Touching habis bila ayah cakap nak turun gi tengok mak kat tingkat bawah. Huh... even diriku hanyalah menantu, tapi naluri ku jugak turut sebak! Lebih touching bila ayah cuba nak urut kaki mak!Huh... tajuk cam romantis jer kan. Tapi apa yang mahu ku rungkaikan adalah berkenaan kedua mentua ku; mak Ton dan ayah Hanip. Mereka kini berada di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana kedua-duanya disahkan demam.
Mulanya ayah yang warded dulu, disusuli mak 3 hari selepas ayah warded. Namun, menurut kata dokte, mak Ton berkemungkinan demam denggi (kini di wad denggi) dan ayah, masih dalam pantauan dan masih belum pasti apakah punca sebenar sakit ayah kali nih. Doa dan harapan anak menantu mak ayah, semoga mak dan ayah kembali sehat, dipayungi Illahi hendaknya. Semoga kesihatan semakin baik dan pulih seperti sedia-kala.
Hmm... memang sehati sejiwa kan mak ayah nih. Sama-sama sihat, sama-sama warded. Kesian, memanglah. Mulanya dua-dua tak mahu ke hospital. Bila anak-anak dah gesa, baru lah ikut. Itupun terpaksa... bestuh, kalau dok rumah... bila mahu sembuhnya? Encik Suomi memang tak keruan pada mulanya. Yelah, sekali gus sampai dua-dua kene tido kat hospital. Nak buat caner? Ini pun dugaan buat abang. Doa-doalah moga mak ayah dapat keluar cepat. Ayah makin sembuh, tapi mak masih dalam pantauan. Kalau benar demam denggi, aduhhhh... risau hati tak keruan jadinya! Semoga mak ayah cepat sembuh! Amin....
** Banyak cerita-ceritiku tertangguh. Nanti lah, tunggu masa yang sesuai. Takziah buat abangku, Zamri dan isterinya di atas pemergiaan ayah mentua abangku itu. Hidup dan mati, sihat dan sakit adalah ketentuan Illahi. Ianya adalah hakiki sejak azali.....