Monday, September 07, 2009
:: Cucunda...
6/9/09... Merupakan tarikh istimewa bagi keluarga Zakaria dan Hapsah, kerana di tarikh ini, telah lahir penyambung zuriat dan warisan keluarga kami, yakni cicit pertama bagi mak dan abah, juga merupakan cucu aku yang pertama...
Cucu? wahhh...aku sudah bergelar nenek di usia semuda 28 tahun? Huh...bagaimanakah harus aku dan kakak ku tempuh tatakala pertama kali bergelar nenek? Agak ganjil, tapi inilah kenyataan. Anak buah sulung ku (Along Ju) sudah selamat bergelar ibu dan sudah selamat merasa bagaimana 'bertarung dan berjuang' demi melahirkan zuriat suami tercinta. Bagi kak longku, ini adalah cucu pertamanya. Bertambah meriah lah hari raya kami dan hari-hari yang mendatang nanti.
Alhamdulillah, Along Ju tiada sebarang komplikasi ketika melahirkan anak perempuannya yang masih belum bernama. Cuma, cucu ku itu terpaksa ditahan seketika di NICU kerana pernafasannya agak laju. Mudah-mudahan tiada sebarang kesulitan yang melanda. Melihatkan anak kecil yang baru menjengah dunia, tiba-tiba memori melahirkan Sarra terjah di sanubari. Arrghhh...malas lah nak menoleh ke belakang. Yang terjadi kan tetap terjadi!
Doaku, agar Sarra dan cucuku akan sentiasa sihat, dilindungi Allah dunia dan akhirat. Buat mak dan abah; tahniah...dah jadi moyang, buat kak long dan abang long; selamat menjadi nenek dan atok, disusuli dengan aku, abang dan kakak-kakakku, selamat bergelar nenek dan atok jugak, lastly buat Along Ju dan Apis; selamat menggalas tanggungjawab sebagai mak dan ayah. Wecome to the club - tak tido malam!!! Hehe... (tak sabar nak jenguk cucu ku).....
Subscribe to:
Posts (Atom)
