Alhamdulillah, Allah masih beri peluang pada aku, abang dan Alisya untuk menikmati Ramadhan di tahun yang ke-5 ini. Allah masih memanjangkan urusan pinjaman ke dua-dua 'nyawa' ku ini! Alhamdulillah...
Ramadhan datang lagi. Rutin harian di kala bulan puasa ini, seperti biasa. Bangun seawal 4 pagi, menyiapkan sahur, selesai makan, bersiap-siaplah pula untuk ke tempat kerja. Cumanya, tahun ini ada tambahan menu untuk sahur. Menu wajib; yakni aku juga harus memasak bubur nasi untuk Cik Embun sebagai bekalan ke sekolah! Hehee...
Sebenarnya, sejak Alisya bersekolah, sememangnya aku akan memasakkan bubur setiap pagi untuk bekalan hariannya. Bukan tak mahu dia menikmati hidangan di sekolah, cumanya aku risau andai anak ini cepat tersedak dek kerana menu di sekolah agak kasar. Bubur Alisya agak lembik, dan sedikit di blend untuk tidak membuatkan Alisya tercekik atau sebagainya. Lagi pun, kebanyakan anak-anak di IMC sudah pandai mengunyah. Alisya baru sahaja nak belajar. Makanya, adalah lebih baik untuk umminya menyediakan sendiri bubur nasi untuk anak ini, tambahan pula lagi berkat kan bila mana si anak menikmati hidangan air tangan si emaknya. Itu juga yang MIL ku pesan, biarlah kita sendiri yang masak untuk anak, kita tahu anak tu makan apa... kita tahu citarasa anak kita macam mana. Yelah, bubur Cik Embun nak masaknya bukan macam biasa. Ayam atau ikan harus di-grilled terlebih dahulu. Hasilnya... memang ummi pun tumpang semangkuk lah! Hahahaaa... citarasa tekak Alisya nak yang sedap-sedap aje!
Hari ni, masuk hari yang ke-10 sudah kita meneruskan ibadah puasa. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan elok sekali. Cumanya, anak ku agak kurang sihat. Emosi terganggu, jiwanya kacau-bilau. Ini kerana Alisya tersembam dekat meja tulisnya di IMC, minggu lalu. Kasihan anak ummi masa tu, nak salahkan siapa pun, tak logik. Sebab Alisya dengan tiba-tiba diserang spesm@jerk yang melampau. Tuh yang terus tersembam kat meja, hasilnya memang membengkaklah mulut Alisya. Bibir dah terjuih, terjungkit sedikit, agak lebam, bengkak dan berdarah. Ummi yang nangis tengok Cik Embun tuh! Tapi Alisya, selamba aje minum susu nyonyot pakai botol. Memang kuatlah Alisya tu kan? Tapinya, bila malam hari... memang ummi dah start tidur duduk balik lah. Entah manja apalah yang datang dekat Alisya tu, tak buleh nak diletak langsung. Nak dikepit, diriba sahaja! Kalaulah dah lena tidurnya, bila diletakkan di tilam... mau menjerit balik Cik Embun tu! Sabar ajelah ummi pada Ramadhan ni. Mujur luka Alisya cepat baik. Bibir juih kembali mungil! Heheeee...
'Abi... tengok lah Cica ni hah.
Terjuih mulut Cica, sakit tau!'
 |
Zoom sikit, nampak tak sekitar bibir Alisya kehitaman?
Sangat kesian kan? |
|
|
|
| |
|
|
 |
| Dalam perjalanan ke IMC. Lena tapi sakit. |
Effect daripada kejadian, Alisya dah tak mahu tido buai! Mahu di pangkuan kedebok umminya ini. Tido malam pun mahu di peha aje. Lenguh gak pinggang ummi sebab tidur ummi tak selesa. Tapi tak mengapalah nak, asal kamu yang lena! Senyuman pun, dah tak semanis dulu. Mungkin masih ada sisa rasa sakit denyut-denyut tu. Bila digosokkan gigi, memanglah lagi meraung! Cian anak ummi... Cepat sembuh seperti sediakala ye nak, sebab ummi dah rindu nak lihat senyuman simpul manis dia tuh! I love U anakku!!! And abi too!
 |
| Dah baik sikit, tido pun mulalah main taram! |