Assalammualaikum, untuk semua teman-teman blogger sekalian alam. Berminat tak anda untuk kita sama-sama berbuka puasa pada hujung minggu nih; Ahad - 6 september 2009....
Tempat masih tercari-cari lagi di mana yang sesuai dan selesa bagi anak-anak. Seandainya teman-teman sekalian mempunyai cadangan, silalah beri komen yer. Majlis ini bertujuan mengeratkan lagik tali persaudaraan dan silaturrahim sesama kita, lebih-lebih lagi pada kita yang dianugerahkan anak 'istimewa'. Pasti nanti banyak maklumat dan cerita nak dikongsi secara live! Jadi, ita mewakili teman-teman yang mencadangkan majlis nih, mengalu-alukan kehadiran teman-teman semua.
Sudilah kiranya kita meriahkan acara ini, sekaligus boleh dijadikan acara tahunan. Harap, teman-teman sudi meluangkan masa. Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian kalian. Lagi ramai yang join, lagi meriahkan? Sesiapa berminat, sila beri nama dan confermkan kehadiran anda yer.
Tuesday, September 01, 2009
Sunday, August 30, 2009
:: Sarra dan Dania @ Warong Penyet...
Hari ke 9 berpuasa, syukur...aku masih diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalani ibadah nih. kelmarin dulu, aku dan abang dah planning nak berbuka di luar bersama family fren; ida dan supit. sehari sebelum tu, berbuka di rumah mereka. (makan free je ummi abi nih) merekalah tempat aku dan abang mengadu kasih, terutama aku dan ida. entah sejak bile kami rapat, aku pun tak pasti. masa sama-sama menuntut dulu, tak pulak kami sekamching nih. malah, nak bertegur pun... hanya jika berkaitan dengan hal sekolah. abang dan supit memang dah ngam ho. tido sebantal lah! mungkin 'jodoh' aku dan ida untuk bersama, selepas habis menuntut kot... (thanx yer da..ko selalu ade ngan aku; susah mahupun senang)... sadis lak!
Kami pernah melalui banyak perkara bersama. yang manis, masam, pahit, kelat...sume ade. eh...takmohlah cite pasal nih. om nak citer pasal berbuka sama kat ayam penyet nih. hihi...ida dan supit dah booking dulu, mujur ade kosong. kami menyusul selepas habis kije. sarra, dah tentu ade same. mane leh tinggal anak ummi nih. die suke tul kalau nak jalan, lebih-lebih lagi kalau cakap nak jumpe dania. dania lak, rajin benar dok cium sarra, sayang sarra, cuit-cuit sarra. agaknya dengan 'perasaan' si kecil berdua nihlah yang buat sarra bagai ada 'daya tarikan'... cano nak koba ni yo? canilah ha... budak-budakkan cepat ade rangsangan untuk bersaing, bermain, sayang... so bile si sarra jumpe dania, sarra cam tak nak 'kalah'. suke jer die kalau dania ade sama. (nih yang rasa nak bagi sarra adik cepat nih) haha... mane taknya, mase dalam perut lagik budak-budak cenot nih dah pandai 'berkawan'. aku dan ida sama-sama 'terkena buatan' somi sendiri! sama-sama gi cari baju anak, sama-sama gi jalan...eh, banyaklah yang sama. dua-dua mak om melaka, dua-dua apak om nogowi! dah kono lah tuh! (mesti abang gelak bace nih...! den tongah semangot nih hah...hihi!)
Dania cam biaselah, mula-mula tak nak dengan abi die. nak dengan ummi, puaslah die dok mengacau kami nak santap. sarra, tengah layan mantok dalam buggy die. sebbaik anak ummi nih amat memahami umi abi, papa mama nak buka. dania dah makin ade selera makan... puas gak aku tengok papa dania dok layan die. keletah budak setawon, memanglah penat nak layan. tapi seronok kan... adakala hati berbisik juga... andai anak ku jua begitu........ tak tahulah cukup ke tak tangan ummi dan abi nak layan. (keadaan sarra sekarang pon adakala dah cukup tak terlayan... tapi ummi tetap bersyukur!) ummi tunggu sayang. walau 1000 tahun lagik, ummi tetap tunggu... sarra jangan marah tau bila mana ummi layan dania. ummi takut jer sarra majok. sarra dan dania dua-dua anak ummi. ummi sayang kamu dan ummi pun tahu mama ida jugak macam tuh! (eh..takmo lah nanes! kang batal pose kang!!!)
Dah selesai makan, kami meneruskan sesi berjalan. sopin dan ke kedai ikan. puaslah si dania tuh menghiburkan kami. sarra, dah tak nak tido. nak dokong...suke lah die tengok ikan. adakala aku rasa mata sarra dah makin pandai merenung. hmmm... abang selalu cakap pasal terapi binatang tuh. mase aku dokong sarra bawak tengok ikan, memang mate die tak berhenti tengok pergerakan ikan-ikan tuh. suwit jer... dan kepala die jugak dah macam tak tentu arah dah. hmmm...mungkinkah akan makin bersinar mata anak ummi nih nanti? InsyaAllah... berusahalah untuk mecapai keizinan Allah.
Kedai sume dah nak tutup, barulah kami nak pulang. seronok, sebab lama dah tak date dengan dania. yelah, hari-hari biasa dania dok melaka. mama sekolah, bile cuti sekolah...barulah dapat jumpe dania nih. dania pantang sebut miming. melentin-lentin seronok. hehe...nanti datang raya umah ummi tau! (baru hari ke-9 puasa, dah semangot nak raya! chertt! mane buleh? amal ibadah lom betimbon lagik nih...) harapnya aku dan family fren nih akan terus kekal bersahabat. InsyaAllah...
** Terima kasih pada papa supit dan mama dania kerana banyak 'memahami' aku dan sengih. (kot nak cakap face to face, mau tersembur air mata nih! nih pun dah ketepi-ketengah dah mate nih...! haha) banyak perkara dah kita lalui bersama, semoga akan terus mekar...amin!

Tuesday, August 25, 2009
:: Selamat Ulang Tahun Bondaku...
Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan bonda Hapsah.... Allah selamatkan kamu. Selamat hari lahir buat bondaku yang tercinta; Hapsah binti Kadir. semoga bonda dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dunia dan akhirat.
Hari nih, genap usia mak 69 tahun. usia emas...Alhamdulillah, mak masih sehat, Allah masih beri kami; anak-anak mak peluang untuk bermanja. (even semua anak-anak mak dah berkahwin).... tiada apa yang istimewa dari adik untuk mak, hanya doa yang adik panjatkan. semoga mak terus diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, gembira selalu dan semoga mak beroleh apa sahaja yang diidamkan. InsyaAllah... kami anak-anak, teramat menyayangi mak. terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kami.
Salam sayang buat bonda ku, Hapsah Kadir. selamat hari ulang tahun mak...
Sunday, August 23, 2009
:: Ramadhan al-Mubarak...
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi. tahun nih tahun ke-28 aku masih bernafas di bumi ini dan menyambut ramadhan al-mubarak. kali ke-3 aku berpuasa dengan Farid Hanif dan kali ke-2 ditemani oleh Alisya Qaireen. Alhamdulillah...dengan izin Allah, aku masih dapat menjalani ibadah nan mulia ini.
Seperti orang lain, aku juga punyai cerita, pengalaman berpuasa. sama ada bersama keluarga, bersama teman-teman sebilik ketika menuntut dolu-dolu (kay, azie, noorlie dan deba)... bersama teman serumah ketika masih bujang (along ju, shima, noorlie).... ketika baru bergelar isteri kepada abang dan tak ketinggalan tatkala sudah bergelar ibu. terlalu banyak...sampaikan aku sedang senyum meleret masa manaip nih. terlajak sahur ade, tak terbangun sahur pun ade. nih adatlah kan... kalau dok dengan family, gerenti akan lengkap sahurnya. mana tak, mak pasti akan seru dengan kuat: 'dah nak pukul 5.30 nih, tak nak sahur ker? kang tak sempat...lapar! (walhal baru pukul 5)'... nih antara ayat-ayat mak untuk 'gertak' anaknya ini bangun sahur. haha...
Bile dengan kawan, lazimnya sape terjaga dulu...dielah tukang tolong kejutkan om lain. digerakkannya sang kawan yang sedap tido, untuk bangun saho bagaikan ada gempa bumi! lantas, menu cumelah roti, biskut kering, air dalam 2 cawan..yang dikongsi berempat. adakala megi sebungkus dikongsi 4 jugak! huurrmmm...terlalu aku merindui saat tuh! pernah jugak dengan rajinnya beratur ke dining hall. dengan baju tidonya, dengan tudung herot-herot...dengan muka ala-ala nak tersembam ke lantai dek mengantok ya amat! tapi misi sahur tetap diteruskan! huh...nostalgia lakss! mana mungkin dapat diulang lagik...memori, tinggal memori....
Dengan housemet pon same. masih aku ingat, setiap kali sahur... aku pernah bermenukan telur dan cheese. dah macam om puteh! ala-ala omelet lah konon! (walhal terjelepok jer telor tuh dengan chesee) ntah ape ketagih makan mende maklah tuh tah. tapi memang layanzzz lah mende tuh. yang pastinya kesemua bekas penghuni no 301, block C5 sudah menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu! syabbass betteh! brabo...
Cerita tatkala bergelar isteri pula, tahun pertama berpuasa dengan abang, aku dah mengandung. kiranya kenelah makan heavy sikit. agar 'yang didalam' tak protes lapar. hehe! menu mase tuh, memang nak gelak bile tingat balik. sampaikan tahun nih, sehari sebelum ramadhan menjelma, abang dah sound aku: 'cayang...sahur tahun nih abang taknak karipap eh... jelak!' hurrmmm...leh agak kan ape menu kami ketika bersahur masa mula-mula kawin dolu? yer...karipap, karipap, karipap! sebulan tuh dok layan kuih kepap tuh! hape punye malaslah bini dak farid nih! haha...ntah nape mase tuh dua-dua sengal, layan karipap tak hengat dunia! 'yang didalam' jugak tak meragam. baguslah die... tahun tuh memang mood bersahur cam tak bape nak sedap. aku dah memang tekak om mengandung... tapi abang? ngandung gak ker? hehe...
Ketika sarra sudah menjenguk dunia, mase tuh die hampir 5 bulan. entah magik ape tah, bulan sebelum puase memang die jugak menangis tanpa sebab. entahkan ternampak 'tut' ker... entahkan perut sejuk angin ker...aku pun kurang pasti. yang aku pasti, makan minum die tetap cukup! tapi bile ramadhan jer, sarra memang lain! sarra memang baik ya amat. mungkin die mengerti akan ibadah yang dituntut. terima kasih yer sayang ummi. (tibe-tibe teringat akan 'tregedi' di 304, seminggu sebelum ramadhan datang pada tahun tuh...ngeri wooo! abang ingat lagik tak?)... ramadhan tahun lalu jugaklah menjadi saksi bahawa anakku sarra telah diserang demam yang amat panas... hingga menyebabkan die hampir kejang dan ditarik! syukur sangat-sangat aku dan abang; yang ketika itu jugak demam panas tak hengat, segera membawa sarra ke hospital! ummi dah nanes dah! badan nih dah macam tak cukup tanah nak berpijak! sarra kene warded 5 hari... memang bekampung dengan abang kat spital tuh... mak, kak linda sefamily, kak long ja'a dan mak ton datang nak tengok cucu mika nih... belum pernah dalam sejarah lah... tapi dah nak kene kan, ummi jaga punya jaga, masih tak terkawal. nak cerita punca, baik tak yah lah. ke klinik pun dah merata dah... syukur ajerlah sebab sarra masih baik...Alhamdulillah!
Tak cukup lagik dengan berpuasa di hospital, kami terpaksa berulang alik, demi sarra. mase tuh sarra terpaksa dijaga dengan rapi. memang sedih kalau diingatkan balik. yelah, time buka...anak kemana, laki kemana... bini pun entah kemana. dah macam 3 penjuru plak! tapi tulah ujian sebesar zarah buat kami. mungkin ada yang lagik hebat dari cerita aku nih. bahagian masing-masing kan. kene redha, barulah ada jalan yang diberi olehNya.
Tahun nih, puasa aku agak lengkap. berlindung di rumah sendiri, bersahur dengan baik, berbuka juga Alhamdulillah, tiada halangan. terlewat sampai rumah dari tempat kije, biaselah tuh. om bandarlah katekan! bile dapat peluang balik kampung, memang lah yabeda-bedooo! ape pun, ramadhan kali ini, hanya pintaku agar aku dapat menambahkan lagi amal ibadah mane-mane yang kurang. agar hidup kami sekeluarga dilimpahi rahmat ramadhan, dan yang paling utama... agar anakku mendapat hidayah ramadhan... ya Allah, Kau berilah kami kekuatan dan kesabaran... izinkanlah anakku hidup dengan kesihatan yang baik...amin yarabbal alamin...
** Selamat berbuka ya nanti. semoga kawan-kawanku sekalian juga mendapat pedoman, hidayah, keberkatan dunia dan akhirat kelak. (aku masih ade lagik cerita sebelum ramdhan yang belum di 'diari' kan... takperlah, nih blogspot aku kan...sekati jerlah!) da-da...

Tuesday, August 18, 2009
:: Giliran Abang Ari ke US...
Sarra kat airport? buat pe jer?? hal yang ini berkenaan abang ari ku; yang telah pun selamat berangkat ke Amerika tanggal 7 Ogos yang lalu. setelah pelbagai halangan dan perkara yang melintang arus, akhirnya dah selamat berangkat jua ke perantauan. (buleh aar masuk sok kabar, pic abang sefamily dalam ruangan Salam Perantau kat BH untuk edisi raya nih. dah tentu adik abang nih leh tolong edjust pic tuh kasik besau! hehe..) menariks gak idea tuh kan... (if abang bace blog adik, contact adik via emel eh..)
Jumaat, 7 haribulan aituh, ramailah ahli keluarga yang datang ke kolumpo. mak dan abah serta family kak linda dah datang on khamis. saje nak meluangkan masa dengan anakanda mika nih. maklumlah, 2 tahun berpisah. leh tahan lamenya... anything can happen right? but, aku sebagai adik hanya mendoakan yang terbaik buat semua. flight abang ari dijadualkan jam 11 malam on friday tuh. so...kami decide nak anta abang ke airport. kecoh gak mase nak ke airport tuh, yelah... yang nak perginya hanya abang ari sorang. yang tolong hantar... mak ai, 1 kapal daaaa...berdoyon-doyon! hehe...
Jam 8 malam, bertolak dari rumah abang ari. adelah dalam 3 kereta yang follow di belakang. tiba-tiba kak ijan dari seremban pun turut join. mulanya masih ragu-ragu nak pegi ke tidak. aleh-aleh jadik pulak. sampai kat airport, biaselah...bile adik beradik berkumpolkan, banyaklah cerita nak diburakkan. naik lif, kami sefamily jer yang conquer lif tuh. memang om lain tak buleh masuk dah...haha! eh, anakku sarra pon turut sertalah. die pon nak tengok pok teh (panggilan untuk abang ari) berlepas ke US! dengan doa dan harapan, moga anak ummi akan ikut jejak langkah pokteh die nih...who knows??? mujurlah sarra tak meragam. lagik seronok die bile akak-akakku dok tatang die lepas sorang-sorang. abi tak join, sebab tuntutan kerja mendahului.
Kami pun tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu daaa. dan akhirnya sampailah mase untuk abang ari berlepas. saat nih yang memilukan. air mata seorang ibu, tak dapat dibohongikan? walaupun abang aku dah berfamily, namum kasih ibu tetap akan merindui anaknya ini. memang tiada tangisan menyelubungi waktu tuh. tapi hati di dalam siapa tahu? aku sempatlah juga merakamkan detik-detik tersebut. ternyata, hati aku jua turut tersentuh... dapat aku lihat wajah abang, mak dan abah serta akak-akak yang lain turut berubah. perpisahankan...mana ade yang menggembirakan? lantas teringat akan detik-detik 28 tahun yang lalu (masa tuh aku yang ditatang, lani sarra pulak...ironi erk?) yang mana abang ari nih jugaklah yang nak berangkat ke Canada untuk melanjutkan pelajarannya selama lebih kurang 5 tahun. hari nih, die jugak yang pergi untuk tempoh 2 tahun. mase tuh tampak singkat...tapi, wallahualam! (adik tetap doakan semuanya yang terbaik)...
Terbang sudah abangku ini. yang tinggal, semuanya nak berangkat pulang. (raya nanti dah rasa kekurangan untuk sementara). lagik 2 tahun, barulah kami ke airport semula untuk sambut kepulangan abang dan familinya. dalam perjalanan pulang, sarra mula dah 'tunjuk taring'... aduh. sebbaiklah anak ummi tak kamok kat airport. kot tak, mau kipas kapal terbang tak berpusing nanti! haha...sarra kamok sebab nak beyaklah! nak gelak jer...tapi memang itulah hakikatnya! actually, beyak sarra dah 'cantek'... tak darah-darah dan tak keras lagik. lembut jer...ibarat nak buat icing kek lah lembutnyer tuh! haha...tapi anak aku nih dah semacam takut, fobia tiap kali nak meneran. hmmm..sabar eh sayang. hidup mestilah kene beyak. kot tak beyak hidup nih, payah nak oiii! sampai rumah, mujurlah sarra tak kamok dah. risau gak, memalam jalan sampai airport bawak anak kecik. sebelum tuh dah tanya nenek dan abi die, then ummi tawakal jer...Alhamdulillah, sarra ok! leh jalan lagik nanti, hihihi! Ummi doa, anak ummi nih akan ikut jejak langkah pokteh dan moktehnyer satu hari nanti. InsyaAllah, segalanya hanya ditentukan oleh Allah setelah kita puas merancang dan berusaha sedaya mungkin... Wallahualamissawab...amin!
** Ramadan hampir tiba. sudahkah kalian perlengkapkan diri; zahir, batin, rohani & jasmani untuk menyambut kedatangan bulan nan mulia ini? hati kecilku agak sayu... tak tahu mane puncanya dan kenapa harus ku rasa begini. adakah kerana Ramadan datang lagi?....mohon maaf dari semua rakan-rakan seperjuangan; sahabat lama mahupun yang baru kenal. semoga kita sama-sama mendapat keberkatanNya dan semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu... amin yarabbal alamin!!
Thursday, August 13, 2009
:: Nabila Ke Teratak Sarra...
Ummi off on sunday. Yayyyyy!!!! (jap...aku terrrsangat lah lambat nak hapdet blog nih! cowi yer nabila) lame dah tak dapat spent time dengan family... mulanya, plan aku & abg nak bawak permata kami tuh bersiar-siar di luar, menikmati panorama kolumpo. menghabiskan duit abi! haha... last minute, abg tukar plan... ajak ina, nabila & ayahnya datang ke rumah. hmm...menariks gak tuh. (plus sekarang nih kat luar banyak penyakit!) lame dah kami tak buat makan-makan menjamu kawan-kawan hasil air tangan abi sarra nih! so, set lah... ahad nanti nabila dtg yer sayang...
Hari ahad yg ditunggu dah tiba (walhal sehari jer kene tunggu pun.. jemputan pada sabtu, lepas balik dari gedangsa...hehe!) oh yea, terlanjur cakap bab gedangsa, sarra dah mula dah buat step 'tolak tulang'. wallahualam... macam mane maksud tolak tulang tuh, aku pun tak pasti. ada pun, kak ro terangkan... step tuh utk perbetulkan tulang belakang sarra. insyaAllah, nanti sarra boleh duduk dgn baik. tak lah tulang belakang die menyenget jer. Alhamdulillah, rawatan tuh elok-elok aje. sarra? tetap jugak nanes... mane leh lekang dgn jeritan batinnya setiap sabtu tuh! sabar eh anak ku... effect dari tolak tulang tuh, sarra ala-ala dedau! memang kate kak ro, lepas tolak tulang... sesape pun akan rase demam sikit. ha'ah...sarra demam malam nya. mujur tak kuat, ummi memang fobia dah demam-demam nih. dan tibalah cerita nabila di rumah sarra...
Sesubuh sepie', abg dah celik mata dah. kot tak...kalau hari minggu, selagi jarum jam belom pukul 12, jangan harap abg nak celik! beriya-iya kami dok kemash umah. maklumlah, aku & abg couple yang berkerja! dan tiada sape nak diharapkan di rumah... buat lah sendiri semua keje jawabnye! abg basuh akuarium die... dok alih-alih perabot. (macam lah banyak na perabot rumah!) hehe...then, jam 12 kami ke pasar. sarra tak mandi lagik nih bang...sebab bangun kol 11.30, plus... ade rase dedar gak nih. takpelah, pasar dekat jer...kejap je nak gi. sarra... gi pasar borong pun dok senyum-senyum! sayang ooii.. pasar nih bucuk sikitlah nak, bukan gi ikea pon! best erk dapat kuar rumah? haih...anak ummi betul lah. kaki merayap....haha!
Sampai jer rumah, abg terus ke dapo. chef yang bertugas di hari minggu! (bukan nyer aku tak leh masak... tapi aku reti masak utk kuantiti yang kecil jer.. kot utk hidangan lebih 2 org, failed jawabnyer! hehe....) menu yang kami pilih, nasi ayam berempah. nak buat western, tapi bahan tak mencukupi. plus, last minute planning kan. kira-kira jam 3.30 ptg, ina dah call. kate dah sampai kat post guard. aku suruh ina parking. and....tarrrraaa.... nabila akhirnya sampai jua ke teratak ummi yang tak seberapa nih. Alhamdulillah, selamat gak sampai. kate ina, tak susah pun carik... tak sesat pun, sebab abg die; zul tau jugaklah selok belok serdang. yeahhh... next time leh datang lagi tanpa ragu-ragu kan na.. hehe!
Nabila & sarra dua-dua tak sehat. nih sume gara-gara 'tolak-tulang' di gedangsa. kak ro cakap, tolak tulang nih lagik 'ganas' dari naik bola. hmm... tak perlah sayang, nak baik kan?! sarra meragam gak, nabila pun. silih ganti pulak anak-anak ummi nih. dek leka mengulit anak-anak nih, ummi terlupa nak snap gambo. sorry yer sayang, nanti kite suh nabila datang lagik. mase tuh leh mandi kolam! huhuuuu..best-best! (anak yg best ke... mak nyer?) haha... lepas makan, lepak-lepak lah lagik kami semua. dok borak-borak... macam-macam cerita lah!
Bile dah berborak tuh, memang mase mencemburui kita kan... dah lewat petang, senja dah melabuhkan tirai. ina & zul pun nak berangkat pulang sebabnya ayah nabila nih nak kije malam harinya. tuh yang terhad mase nak melepaking nih. takpelah, banyak lagi mase kan. nabila & sarra dua-dua seakan-akan tak perasan yang mereka sedang bertemu, sebabnya asek silih berganti tidonya. haih....badan tak sehat kan, nak buek camno? so..ini jelah cerita di hari ahad beberapa minggu yang lalu. kunjungan seketika yang bermakna... nanti datang lagi yer nabila...da-da!
** Masih ade cerita tertangguh yang belum sempat dikemaskinikan... sangat lah lambat ummi sarra nih... nanti-nanti lah!
Monday, July 27, 2009
:: Semalam Yang Berlalu...
Kisah 'semalam' yang nak aku coretkan nih, tidak lah sehebat mane, dan ianya bukan lah semata-mata kisah semalam... tapi ianya lebih kepada kisah anakku; sarra seminggu yang lalu. dah tuh, blog nih diteruskan & 'dihidupkan' balik pun kerana sarra kan, nih yang nak cerita-ceriti pasal die nih. (oh yea, gambar-gambir yang terlibat, tiada kaitan dengan kamok-kamok sarra...hehe!)
'Abang, budak normal pun merengek gakkan kalau gigi nak tumbuh. budak normal pun akan meragam bila badan die tak selesa, terus tak dapat nak tido kan...' nih antara persoalan antara ummi & abi tentang sarra seminggu yang lalu. sarra seperti tak keruan, asek meragam, merengek, menangis dan pendek cerita... kamok-kamoknya datang balik! sekitar jam 11pm sarra akan mula resah, nak tido, mata mantok, tapi badannya bagaikan tak keruan! ada aje yang tak kene! (sering aku terfikir, kalaulah budak normal, pasti sudah melenting-lentingkan badannya, pasti sudah tergaru-garu sana sini, minta dibelai... tapi anak ku? hmmm... ummi mengerti sayang!) adakala sarra dengan tiba-tibanya menjerit, bagaikan dicubit! walhal, dah tido barang 10 minit, mata lelap... terkatop rapat. tapi suaranya akan kedengaran dek kerana jeritannya yang ku fikir sampai ke post guard kot! haha... memang seminggu yang lalu, aku & abg adakalanya bagaikan hilang sabar... tensyen dengan bebanan kerja, ditambah pula badan semasing yang penat! bila pulang ke rumah, kene 'layan kerenah' sarra yang teramat-amat menguji kesabaran. sampaikan aku adakalanya terpaksa 'bercerita' dengan sarra tentang; - 'jiran kita nak tido sayang, sarra jangan jerit ye nak, nanti ade orang ketuk pintu rumah kite, marah sarra... suh diam! sarra jangan nanes kuat-kuat yer nak, gud girl mane ade jerit-jerit! sarra jangan kamok-kamok yer, cian abi nak tido... nanti abi tak nak bawak kite gi jalan... tido eh sayang, ummi pelok jer sarra sampai pagi eh...'- nih lah antara ayat-ayat aku yang sering diceritakan kat sarra, lepas dah tak tau nak nyanyikan selawat, zikir ape lagik kat die! but, resultnya sarra tetap kamok! makin dipujuk, makin lantang!
Pada hari mula-mula die meragam, aku ingat kan sarra nak berak! memang perut die akan mengulas sekitar jam 12 malam (nih seminggu sebelum kejadian)... terus berak. dan anak dara ku itu akan terjerit sakan walaupun sisa yang keluar sebesar tait kambing! ntah ape yang sarra takutkan... tapi lani beraknya dah sukses! dah mabeles... lembut jer. (tetap terjerit mungkin kerana fobia. tapi dah tak darah-darah dah...) sebelum tido ummi bagi gripe water, ummi sapu minyak habatus sauda kat perut die, tapi adakalanya tetap anak kecil ini mengamok! kenape jerr?? hati ibu mane tak risau kan... nak tido dah tentu tak dapat, dup dap dup dap jer jantong ummi nih! sampaikan ummi dah terbawak-bawak 'penyakit' cepat terkejut sarra tuh. pantang kalau abi die datang senyap-senyap dari belakang kita, mau kene cubit! tepanjat bukan kepalang wooo!!!
Hari nih, 'keadaan' sarra masih dibayangi kamok-kamok. tapi ada lah sedikit kurang... bangun pagi dah ade senyuman meleret die... menampakkan gigi nya yang hampir 8 batang! dah mula melasak, mane bantal, mane tilam, mane die pun ntah. dah macam kipas helikopter dah die berpusing! hati ummi tetap risau... sebab pagi tadik, selepas subuh, sarra ada buat 'sesuatu' balik. firasat ummi cakap itulah sebenarnya sawan, sebelum nih die sekadar terkejut-kejut! kata kak ro, die terkejut-tekejut tuh sebab badan dia penat! bukan sawan. tapi pagi tadik, 'skill' die lain! sarra seolah-olah takut, tangan terkapai-kapai! mate, mulut tak tentu arah... rasanya dalam 15 saat kot. Ya Allah, andai aku diberi pilihan, ingin rasanya aku 'hindarkan' sawan sarra tuh. tapi apalah daya, hanya doa yang ku puhonkan... semoga anak ku membesar tanpa ada 'iringan' sawan menemani nya! amin...
** Tak pernah ada insan bernama emak pinta anaknya dilahirkan tidak sempurnakan? tak pernah ada di hati seorang ibu, untuk melihat anaknya dilahirkan serba kekurangan! dan tak pernah ada ummi mahupun mama ingin melihat anaknya membesar dalam keadaan 'ganjil' dan 'tersisih'! Alhamdulillah, anakku sarra adalah zuriat dari Allah yang tak ternilai. ini dah bahagian aku & abg. walaupun ada 'kekurangannya'... sarra diterima baik oleh semua golongan lapisan masyarakat... masih ada yang sayang! hari demi hari, ummi & abi ternanti-nanti skill yang positif dari kamu nak! ummi sayang kamu!!!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)