Semalam, 4 Oktober...sudah tercapai hasrat murni aku dan abang untuk mengadakan jamuan kecil dan ringkas, buat teman-teman seperjuangan. Walaupun tidak sehebat jamuan rumah terbuka yang lain, namun kami puas...puas dengan nawaitu untuk merapatkan silaturrahim sesama kita.
Apa yang dapat aku katakan, maaf pada semua tetamu jika ada kekurangan, maaf jika ada tersilap percaturan, maaf jika layanan kurang memuaskan dan maaf jika ada ketidak-keselesaan ketika berada di teratak kami. Maklumlah, rumah kecil kami tidak berapa selesa untuk tetamu yang disanjungi. Harapnya, semua rakan-rakan alam maya, teman sepejabat, ahli keluarga yang berkunjung tidak akan serik untuk menziarahi kami bertiga. Apa yang ada semalam, hanya itu yang mampu tuan rumah sediakan.
Kepada rakan baru kami yang kami anggap seperti ahli keluarga sendiri iaitu Rofaizal, terima kasih yang tak terhingga sebab sudi meluangkan masa, travel dari Tapah ke Serdang semata-mata memenuhi undangan kami. Tak tahu bagaimana kami nak menyatakan rasa berbesar hati ini, atas kunjungan Rofaizal. Pulak tuh, siap bawak lagik buah tangan. (tersangatlah banyak buah rambutan tuh, sampaikan Ita bawak ke ofis. Semuanya kate sedap! Jenuh nak habiskan kalau dengan abang jer...) Dan rakan ofis ramai yang mendoakan untuk Rofaizal, moga murah rezeki kalian. Amin. Maaf juga andai layanan dari Ita dan Farid tidak sebaik mungkin. Rasa bersalah sebab tak dapat nak luangkan masa yang banyak untuk tetamu istimewa kami nih. (jangan serik yer datang rumah)...
Tak ketinggalan buat Jiey. Maaf sangat-sangat atas ketidak-kesempurnaan dari pihak Ita. Kesuntukan masa dan kesibukan menghalang kita nak berborak lebih lama. Dahla jarang jumpa. Terasa ralat sangat-sangat tak dapat layan Ian dengan baik. Maafkan ummi yer Ian. Harapnya Jiey tak berkecil hati dengan Ita. Serius, Ita nak jumpe Ian lagik. Nak pelajari pelbagai teknik untuk 'majukan' Sarra. Maaf yer Jiey...
Akhir sekali, buat semua tetamu...terima kasih tak terhingga atas kunjungan anda. Ribuan ampun maaf dari Ita, Farid dan Aliysa kepada mereka yang sesat mencari rumah, cuba juga tempuhinya sampai jumpa! Yang makan di balkoni akibat kekurangan kerusi dan ruang di dalam rumah, maaf yer. Tetamu terhormat aku, yang terpaksa makan di dalam bilik solat iaitu my big bos!... Mintak ampun dan maaf sangat-sangat yer Cik Zoy... dan yang tidak mendapat layanan yang sempurna dari kami, harapnya tidak serik dan memahami kami seadanya. Andainya tahun depan kami adakan lagi jamuan ringkas ini, dapatlah kiranya kalian datang lagi dan doa aku, semoga kesilapan tahun ini tidak berulang lagi. InsyaAllah...terima kasih semua!
** Buat my best fren forever; Kay..terima kasih sebab menolong aku di dapo. Dari aku tunang, kawin, sampai buat open house, ko memang tak pernah hampakan aku. Aku jer yang tak memenuhi 'kehendak' ko. Maaf ye Kay. Aku hargai pertolongan ko. Dan buat my dear sis; Deeba...thanx jugak sebab sudi memenuhkan dan menolong di dapo. Jangan serik datang rumah akak yer...jasa kalian hanya dapat dibalas dengan pahala. Amin...
Monday, October 05, 2009
Monday, September 28, 2009
:: Syawal 1430 @ Aidilfitri 2009...
Sekali lagi Aidilfitri kunjung tiba. Saat ini memang dinantikan seluruh umat Islam seantero dunia. Setelah sebulan mengharungi penat lelah menahan lapar dan dahaga... tiba sudah Syawal yang penuh indah dengan seribu satu cerita.
Fuhh...baru intro. Haha...Aidilfitri bagi aku adalah hari kemenangan bagi semua umat Islam, hari untuk diraikan dengan penuh rasa kesyukuran. Raya tahun ni, giliran aku dan abang beraya di rumah mertua. Mano laie kalo tak kek Sowomban. Mujurlah sebelah jer kampungnyer. (Itu pon kene hangin-hangin gak tuh) Haha...yang pasti, raya tahun nih memang aku dan abang 'balas' kow-kow beraya dengan family. Yelah, raya tahun lepas, kami tak ke mana langsung. Anakku Sarra, kene demam campak sebaik semua orang menyambut Aidilfitri. Ingatkan sikit jer, tibe-tibe melarat sampai ke ciken pox pulak. Huh...memang raya penuh dengan air mata lah last year. Tahun nih, awal-awal dah doa, moga kesihatan Sarra baik seadanya. Alhamdulillah, Sarra sikit tak meragam bile berjalan raya. Tapi ade jugak rengek manja die di waktu malam, gigi punya hal lah...sekali 4 batang daaaa nak keluar! Mau tak meragam sekoyan? Kesian sangat anak ummi nih...sakit-sakit pon ummi dan abi hayak gi jalan gaks...kate raya kan. Hehe..
Fuhh...baru intro. Haha...Aidilfitri bagi aku adalah hari kemenangan bagi semua umat Islam, hari untuk diraikan dengan penuh rasa kesyukuran. Raya tahun ni, giliran aku dan abang beraya di rumah mertua. Mano laie kalo tak kek Sowomban. Mujurlah sebelah jer kampungnyer. (Itu pon kene hangin-hangin gak tuh) Haha...yang pasti, raya tahun nih memang aku dan abang 'balas' kow-kow beraya dengan family. Yelah, raya tahun lepas, kami tak ke mana langsung. Anakku Sarra, kene demam campak sebaik semua orang menyambut Aidilfitri. Ingatkan sikit jer, tibe-tibe melarat sampai ke ciken pox pulak. Huh...memang raya penuh dengan air mata lah last year. Tahun nih, awal-awal dah doa, moga kesihatan Sarra baik seadanya. Alhamdulillah, Sarra sikit tak meragam bile berjalan raya. Tapi ade jugak rengek manja die di waktu malam, gigi punya hal lah...sekali 4 batang daaaa nak keluar! Mau tak meragam sekoyan? Kesian sangat anak ummi nih...sakit-sakit pon ummi dan abi hayak gi jalan gaks...kate raya kan. Hehe..
Macam biasalah, sesi bermaafan, pilu-piluan dan acara berpelukan memang wajib di pagi rayakan? Yang salah dimaafkan, yang terkasar diampunkan dan yang tersilap di'sorrykan'...haha! Memang penuh warna-warni Aidilfitri aku kali nih. Apa yang tak dapat di tahun lepas, semuanya 'berbayar' di tahun nih. Alhamdulillah. Dapat beraya rumah makcik-makcik, dapat berkonvoi dengan kakak dan abang, dapat beraya rumah kawan lame, semua tuh jadi memori yang tak mungkin dilupakan. Tapi ade gak perancangan yang tak kesampaian. Nak beraya kat rumah member mase sekolah; Shima, Ieta, Iema, Nana... nih semua ade dalam list aku, cuma keadaan sangat-sangat tak terdugalah. (NBD kami masok 'spital' lah) Terpaksa hasrat dipendam, dibawa ke tahun depan. InsyaAllah...
Tahun nih, Uncle Yed tak bagi angpau yer,ganti dengan pellet turtoise... amek sorang sikit.
Jangan gadoh eh...tak cukup mintak lagik,
ade banyak lebih nih!
Oh yea...tak lupa jugak di tahun nih, ramai kawan-kawan yang sama-sama menuntut dulu datang beraya ke teratak kami yang tak seberapa tuh. Sungguh, aku dan abang amat-amat menghargainya. Yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan...camtulah gamaknya! Aku dan abang ada juga menyimpan hasrat nak adakan jamuan rumah terbuka buat rakan-rakan yang lain, tapi belum dapat diputuskan lagi. Ini semua bergantung dengan masa yang terlalu terhad. Sabtu akan datang, bermula semula 'rutin' aku, abang dan Sarra ke Felda Gedangsa! Lama dah kami 'bercuti secara haram'...haha! Dah terasa 'kejam' kat anak sendiri sebab tak bawa ke sana. Maafkan ummi dan abi ye nak. Sabtu akan datang nih, kite 'beraya sambil merawat' ke rumah acik Raw. InsyaAllah...
Macam tulah kisah raya tahun nih. Sekejap benar masa tu berputar, dah berlalu dah Aidilfitri 2009. Hari nih Syawal yang ke-9. Entahkan ada umur dan masa di tahun 2010, wallahualam. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Amin....
** Dalam keriangan dan suka, hatiku tetap dihambat rasa pilu, pilu yang menikam pelusuk kalbu, entah kenapa dan mengapa, masih ada yang tidak mengerti akan jeritan batin seorang insan bernama ibu...!!!
Tuesday, September 15, 2009
:: Bila Family Blogger Berkumpul...
Meriah, seronok! Ini lah gambaran yang sewajarnya, tepat untuk aku utarakan. Sekali lagi berjumpa di Restoran Orkid Thai. Tak kesahlah walaupun berulang kali ke situ. Asalkan, niat nak berjumpa dan beramah-mesra serta berkenalan rapat, terlaksana dengan baiknya. Alhamdulillah...
Kali nih ke Orkid Thai beramai-ramai. Penuh warna-warni. Aku dan abang nak tabek springggg kat blogger; Rofaizal Jaafar sebab bersungguh-sungguh menghadirkan diri di majlis nih. Maksud aku, die datang dari Perak, semata-mata nak bersama-sama berkumpul dengan rakan-rakan lain. Pada Putri Nuur dan Ina, sekalung budi setinggi penghargaan juga buat kalian sebab sudi meluangkan masa untuk majlis nih. Memang seronok, sampai hari ni...(hari aku menaip entry nih - memang lambat!) aku masih terkenang-kenang akan kegembiraan kami pada hari tersebut. Pada mulanya, family Jiey nak turut serta, tapi di saat akhir...ada halangan pulak. Nak buat macam mana kan? Kite hanya merancang saja. Suasana memang seronok, dengan keletah Pia, (anak Put no.2), keletah anak aku; pada mulanya baik, lepas tuh bagaikan main pasing-pasing kamok-kamoknya dengan Nabila dan Irfan. Huh...mencabar jugaklah. Kesian pun ade dengan budak-budak nih, yelah...mungkin dah letih dipangku dan dah penat duduk diam dalam stroller masing-masing. Tiba masa, kamoklah jadinya. Mujur Idris pandai membawa diri. Idris memang hemcem! (aku tak habis-habis puji Idris kat abang. Sangat berbeza pertemuan pertama dan ke-dua kami...tahniah Idris. Teruskan usaha....)
Selesai makan, acara bergambar-gambar lah pulak. Seronoklah... walaupun makanan yang dipesan agak lambat tiba, namun kita enjoy! (A big sorry to Put, Ina dan Rofaizal atas kesulitan di Orkid Thai)... Tak cukup di dalam restoran, kami menyambung sesi berborak pula di car park. Lame juga, mana taknya...Rofaizal ade bawak buah tangan dari Tapah; jambu batu. Boleh kata semua kereta dipenuhi dengan jambu. Dah lah datang dari jauh, bawak buah tangan yang kami pun tak menang tangan nak menerimanya. Tersangatlah banyak. Terima kasih ya...sekali lagi terima kasih untuk gift Sarra tuh. Borak dan terus borak, tak sedar hampir sejam kami berdiri, berkongsi cerita suka dan duka, cerita sebelum dan selepas dan banyak lah lagik. Yang pasti cerita kami akan bersambung lagi bila mana kami di kolumpo nih mai pi Perak pulak. Tentu seronok kan masa tuh...tapi bila lah impian jadik kenyataan? InsyaAllah, ade dah perancangan aku dengan abang nak ke utara, sedang berusaha mengumpul harta yang tak seberapa. Andainya kami punyai harta Ahmad Albab, cakap saja...pasti dah kunjung tiba! Fuhhh..umpama laksamana bila berbicara. Hahaha... (dak ita dak mengarut dah nih....)
Perpisahan kami berlaku sekitar jam 9.45 malam. Memang tak sedar yang masa tuh berlalu pantas. Juga belum cukup puas berkenalan lebih dekat dengan rakan blogger nih. Apapun, harapan aku... semoga majlis begini ada sambutannya. Semoga acara sebegini boleh dijadikan acara tahunan. (Jiey, tahun depan kite confirm awal-awal. hehe...) Andai masa menghalang, doakan saja kita pasti bertemu nanti. InsyaAllah...terima kasih sekali lagi buat family Put, Ina dan Rofaizal. Maaf dari Ita andai ada yang terkurang, tersilap dan harapnya kalian tak serik untuk berjumpa lagi. Kami amat menghargainya...da-da!
** Masih belum berkesempatan menempel cerita-ceriti di bulan Ramadhan ini. Banyak cerita berbuka dengan rakan tertangguh gara-gara hambatan masa yang terlalu sibuk. (Takpelah kalau dah raya, tapi masih cerita puasa. Sekati mak lah nak tempek hape kan...) Ramadhan kali ini penuh dengan jemputan berbuka yang meninggalkan seribu makna...dan Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi... sedihnyaaaaaa!
Tuesday, September 08, 2009
:: Imbas Kembali @ Madam Kwan...
2 tahun lalu, di sinilah aku bersama kawan-kawan 'sekampong' memeriahkan hari kami, berbuka bersama. Bezanya, dulu di Madam Kwan KLCC, tahun nih di Bangsar pulak. Sekali lagi, beza dari segi kehadiran, dulunya bertujuh, tahun nih hanya kami berempat; Deeba, Kay, Qiah dan aku selaku om penting dalam majlis macam nih. Haha...yang lain, masing-masing sebok dengan urusan peribadi dan dah jauh penempatannya. (macam ayat geografi daaa...)
Bile jer majlis nih berlaku? Hmm... Khamis lalu. Happenin gaks, even tak cukup korumnya. Biaselah, sesekali jumpe 'budak kampung Charisma'... layanzzz weeihhh gila-gila semasing nih. Deeba, Kay mahupun Qiah, semuanya lama dah aku tak jumpe. Semasing dah banyak perubahan, dah besar panjang, dah makin lawa... Camtu lah hidup. (masih teruja dengan kek Naqiah...nak jugak!)
Pertemuan kali nih tak buleh nak lame-lame sangat, sebab aku harus pulang ke meja 'tuguku' untuk menyambung tugas yang diamanahkan. (kuli & kije) Terima kasihlah pada Deeba, susah-susah menjemput kakak die nih, menghantar balik ke opis. (haruslah pikap akak kan, kalau tak... tak meriah majlis berbuka tuh...huhuuuuu) All out, memang seronok. Cerita-ceriti semula kisah-kisah mengong time study dulu. Semua tuh tinggal kenangan yang terindah...yeahhh! Mungkin di tahun depan, kita akan 'repeat' semula majlis se-gah ini...haha. InsyaAllah... Thanx a lot to my lovely buddies kerana masih berutusan sesama kita...keep in touch ya! Till then, daaaa....
Monday, September 07, 2009
:: Cucunda...
6/9/09... Merupakan tarikh istimewa bagi keluarga Zakaria dan Hapsah, kerana di tarikh ini, telah lahir penyambung zuriat dan warisan keluarga kami, yakni cicit pertama bagi mak dan abah, juga merupakan cucu aku yang pertama...
Cucu? wahhh...aku sudah bergelar nenek di usia semuda 28 tahun? Huh...bagaimanakah harus aku dan kakak ku tempuh tatakala pertama kali bergelar nenek? Agak ganjil, tapi inilah kenyataan. Anak buah sulung ku (Along Ju) sudah selamat bergelar ibu dan sudah selamat merasa bagaimana 'bertarung dan berjuang' demi melahirkan zuriat suami tercinta. Bagi kak longku, ini adalah cucu pertamanya. Bertambah meriah lah hari raya kami dan hari-hari yang mendatang nanti.
Alhamdulillah, Along Ju tiada sebarang komplikasi ketika melahirkan anak perempuannya yang masih belum bernama. Cuma, cucu ku itu terpaksa ditahan seketika di NICU kerana pernafasannya agak laju. Mudah-mudahan tiada sebarang kesulitan yang melanda. Melihatkan anak kecil yang baru menjengah dunia, tiba-tiba memori melahirkan Sarra terjah di sanubari. Arrghhh...malas lah nak menoleh ke belakang. Yang terjadi kan tetap terjadi!
Doaku, agar Sarra dan cucuku akan sentiasa sihat, dilindungi Allah dunia dan akhirat. Buat mak dan abah; tahniah...dah jadi moyang, buat kak long dan abang long; selamat menjadi nenek dan atok, disusuli dengan aku, abang dan kakak-kakakku, selamat bergelar nenek dan atok jugak, lastly buat Along Ju dan Apis; selamat menggalas tanggungjawab sebagai mak dan ayah. Wecome to the club - tak tido malam!!! Hehe... (tak sabar nak jenguk cucu ku).....
Wednesday, September 02, 2009
:: Berbuka Puasa Dengan Nabila...
Hmm...cam biasa, aku memang terrrsangatlah lambat nak hapdet cerita. (plus, cerita sebelum puasa masih tak keluar lagi di itafedblogspot nih, tak pelah... nak kesah ape kan?) Kali nih cerita pasal aku sefamily berbuka puasa dengan ina dan familynya. Tempatnya, di restoran orkid thai, shah alam. Kire okeylah tempat tuh bagi aku dan abang, selesa juga untuk sarra. Bila kami dah setuju, maka pada ahad lalu, termaktublah pertemuan berbuka puasa aku dan ina sekeluarga.
Kami gerak dari rumah, terus menuju ke shah alam. Alhamdulillah, perjalanan agak teratur, tiada sesat-mesat. Sampai di destinasi, memang ngam-ngam jam 6 petang seperti mana yang aku janji pada ina dan om kedai makan tuh. Parking, so far memang tak susah kat situ. Dah jumpe ina... nabila ala-ala letih pun ade, mantok pun ade. Sarra? Anak aku tuh, yang benarnya... seharian kat rumah dok mengamok. Entah hape yang tak kene tah... Serba serbi salah, nak marah jer... Aleh-aleh bile jumpe nabila, waaahhhh!!!! Terus bertukar perangainya, baik semacam! Adoiii...poning ummi nak oi!
Kami dah menuju ke tingkat atas restoran, tempat duduk memang ngam-ngam belah tepi dinding, senang nak 'parking kete' sarra dan nabila nih. Hihii.... nabila dah mula mantok, sarra cergas lagik! Banyak gak menu yang sedap-sedap kat sini, perut tengah lapar, macam-macam nak disumbatkannya. Last-last, adelah dalam 6-7 lauk yang kami pesan. Ku semangat gak nak habiskan semua tuh. Tibe time berbuka, sarra dah mantok nak tido, mujur tak meragam, tapi kesian kat ina...nak makan pun agak payah. Nabila kamok-kamok, die nak dok luar... Takmoh dok dalam kodai. Kesian lah mak ayahnya nak makan. Sebbaik tetap ade selera, dan nasib baik kamok-kamok nabila tak berpanjangan.
Selesai makan, biaselah...melepakings lah kami. Kamilah om pertama masok kedai dan kamilah om last yang bla! Haha... nak buat caner? Jumpe sekali-sekala. Kot jumpe kat gedangsa pun, tak dapat nak lepak-lepak. Baru nak borak, kak ro dah jerit panggil turn kami. Hihiii... (pengalaman; buat aku tersenyum......) Then, kami ke kedai beby yang berdekatan, ambil kesempatan membeli ape yang kurang tang barang anak-anak nih. All out, memang kami seronok sebab dapat berbuka sama. Teringat akan pertemuan pertama antara keluargaku dan keluarga ina. So suwittt memori tuh. Doaku, moga anak-anak ummi nih akan membesar sehat, mampu berdikari dan mampu menjadi anak yang solehah. Amin....
** Pertemuan seterusnya; berbuka dengan rakan blogger. Pada yang ingin hadir (mana-mana team blogger dialu-alukan)... sila beri nama dan bilangan yang hadir untuk ita buat tempahan (last date; esok...jumaat, 4/9/2009). Sebelum tuh, setuju ke semua di restoran yang sama nih? Ita masih menunggu cadangan yang lain. Harapnya, ada yang sudi menghadirkan diri. Terima kasih pada kawan-kawan sekalian alam maya nih....
Tuesday, September 01, 2009
:: Ada Sesiapa Berminat?...
Assalammualaikum, untuk semua teman-teman blogger sekalian alam. Berminat tak anda untuk kita sama-sama berbuka puasa pada hujung minggu nih; Ahad - 6 september 2009....
Tempat masih tercari-cari lagi di mana yang sesuai dan selesa bagi anak-anak. Seandainya teman-teman sekalian mempunyai cadangan, silalah beri komen yer. Majlis ini bertujuan mengeratkan lagik tali persaudaraan dan silaturrahim sesama kita, lebih-lebih lagi pada kita yang dianugerahkan anak 'istimewa'. Pasti nanti banyak maklumat dan cerita nak dikongsi secara live! Jadi, ita mewakili teman-teman yang mencadangkan majlis nih, mengalu-alukan kehadiran teman-teman semua.
Sudilah kiranya kita meriahkan acara ini, sekaligus boleh dijadikan acara tahunan. Harap, teman-teman sudi meluangkan masa. Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian kalian. Lagi ramai yang join, lagi meriahkan? Sesiapa berminat, sila beri nama dan confermkan kehadiran anda yer.
Tempat masih tercari-cari lagi di mana yang sesuai dan selesa bagi anak-anak. Seandainya teman-teman sekalian mempunyai cadangan, silalah beri komen yer. Majlis ini bertujuan mengeratkan lagik tali persaudaraan dan silaturrahim sesama kita, lebih-lebih lagi pada kita yang dianugerahkan anak 'istimewa'. Pasti nanti banyak maklumat dan cerita nak dikongsi secara live! Jadi, ita mewakili teman-teman yang mencadangkan majlis nih, mengalu-alukan kehadiran teman-teman semua.
Sudilah kiranya kita meriahkan acara ini, sekaligus boleh dijadikan acara tahunan. Harap, teman-teman sudi meluangkan masa. Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian kalian. Lagi ramai yang join, lagi meriahkan? Sesiapa berminat, sila beri nama dan confermkan kehadiran anda yer.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















