Wednesday, May 26, 2010

:: 1095 Hari Mengejar Cinta...

Dia teman ku, dia suami ku, dia jantung ku dan dia,
cinta ku hingga akhir nanti. Amin Yarabbal A'lamin...


Alhamdulillah, jodoh kami masih dipanjangkan! Syukur ke hadrat Illahi, kerana menemukan aku dengan lelaki hebat bernama Mohd Farid! Walau badai melanda, bak ombak memecah pantai... namun kasihku, sayangku, cintaku pada insan ini tidak pernah luntur... mahupun padam! Sememangnya, aku amat bersyukur dengan takdir Allah untuk ku.

Usia perkahwinan baru sahaja mencecah 'setahun jagung'... pelbagai cabaran dan liku-liku hidup telah kami lalui. Bak lautan mana yang tidak bergelora, hati yang mana tidak pernah berkocak... tiga tahun bersama insan ini, sememangnya banyak 'pengajaran' yang aku perolehi! Mampukah ianya bertahan untuk 1000 tahun lagi? Mampukah aku dan insan ini mengecapi kebahagiaan yang diidamkan? Hanya doa pengiring yang terbaik!

Isteri mana yang tidak mahu mencium akan 'syurga' di telapak kaki suami, isteri yang mana tidak mahu membahagiakan suami, isteri yang mana tidak mahu memberi yang terbaik buat suaminya? Lebih-lebih lagi berkaitan zuriat untuk suami. Semua itu sememangnya berada di kotak fikiran dah lubuk sanubariku. Aku hanya mampu merancang untuk sebuah keluarga bahagia, sebuah keluarga yang senantiasa di payungi Allah, namun takdir-Nya juga yang mendahului! Aku pasrah, aku redha. Disebalik jodoh yang sangat-sangat aku sayangi ini, Allah selitkan jua rasa manis yang tak terhingga! Allah beriku peluang untukku membesarkan sendiri zuriat dari rahimku, Allah beriku peluang untuk sama-sama bernafas bersama insan-insan yang amat ku cintai! Syukur pada-Mu ya Allah!!!

Tahun ke-3 kami sebagai pasangan sejoli... umpama merpati yang terbang beriringan, (mau muntah laki ku baca!!! hahaaa....) tiada ungkapan yang lebih indah untuk ku rungkaikan. Hanya doa dan hati yang telus dan terus menyayangi kamu; Mohd Farid Abdul Hanif!! Maaf andai 3 tahun bersama ayang, 'banyak' yang mengguris rasa hati abang. Maaf andai 3 tahun hidup sebumbung dengan ayang, 'banyak' layanan yang serba kekurangan. Dan maaf andai 3 tahun beristerikan ayang, 'banyak' pahit dari manisnya. Ayang hanya seorang isteri yang sentiasa cuba untuk membahagiakan abang! Sungguh, aku cinta kamu!!!!

** Selamat ulangtahun perkahwinan juga buat sahabatku; Yong Noina & Zulhilmi... kami sama-sama bernikah pada tarikh ini. Terlalu banyak persamaan kami, hinggakan kipas di rumah juga sama! Hahaaa.... Semuanya kebetulan dan ketentuan-Nya!

Saturday, May 22, 2010

:: Sekali Lagi...

Apakah? Hmmm... sekali lagi anakku mahu tidur secara duduk. Jika dibaringkan keseorangan, meliat-ledinglah dia bagaikan ada semut yang menggeget! Jika dibaringkan juga, pasti mahu beralaskan peha ummi yang sedebuk ini... tak pun mahu tidurnya beralaskan lengan ummi yang umpama kaki gajah nih! Haih.... pandai dah anak ummi merasakan mana bantal, tilam dengan lengan dan peha ummi yer! Sangat bijak!!!

Satu pagi yang hening, jam baru sahaja menunjukkan pukul 3 pagi. Alisya dah terjaga. Merengek tak tentu pasal. Susu dah beri, lampin masik ok... apalah lagi yang dia mahu? Aduhh... runsing jugak, nak kata mahu meneran berak... tiada pula tanda-tandanya! Sudahnya, aku mengejut apak Alisya. Serah 'batton'! Huahuahuaa.... rupanya, anak kecil ini mahu duduklah!!! Itulah Alisya Qaireen, berubah hangin dan mood mengikut sesuka hatinya! Tak kira malam ke, siang ke, tengah malam ke... adehhh, fenin ummi! (abi kata, perangai ummi dia jugak, sejibik!) huahuahuahuahuaaa......

Kalau dapat duduk... pasti lena tidonya!


Adushhh... failed lah anak ummi tido! Lopongggg!!!


Kalau Alisya tak tido, dia akan melasak sampai tahap macam ni.


Kemudian, akan tertido mengikut suka hati dia.
Time nih, memang Alisya sedang lena!

Kisah lainnya; jika aku tidak bekerja, pasti anak ini mahu dipangkuan sahaja. Malah, kala entry ini diketuk... Alisya sedang 'weng-weng' melayan mata yang kuyu dipangkuan ummi! Dah naik kebas segala urat dawai kat kaki ummi nih nak oi! Layankan saja kemanjaan puteri ini. Asal kamu selesa sayang! Luv Alisya Qaireen...

** Shedey... hari yang shangat shedey! 'Sekali lagi' terpaksa akur!

Monday, May 10, 2010

:: Di Sebalik Hari Lahir Alisya... (Part 1)

Huh...ada part-part siku lipatlah pulok! Hmm.. nak buat caner, kawan-kawan dan sedara-mara anakku ini memang ramai. Rezekikan... so, sambutan birthday girl ini haruslah berperingkat-peringkat. (Itu hanya cadangan ummi dan abi, entah dapat terlaksana ke tidak... wallahualam. Kene lihat pada poket abi jugak, andai masih utuh... bulehlah teruskan niat. Andai dah 'tergabak' di pertengahan... tangguhkan atau padamkan saja! Hehe...)

Kek Dania untuk Sarra. Terima kasih sayang...

Cerita part 1 nih... birthday Sarra disambut awal oleh Mama Ieda, Dania dan Papa Upit. Kejadian lokasi adalah di teratak kami. Mulanya mereka cadang nak datang saja-saja. Aleh-aleh, Dania bawakkan Sarra kek! Surprise lah jugak... sebenarnya, aku sangat terharu! Terharu dengan 'kasih' dari keluarga ini. Terima kasih Ida, Supit dan Dania. Kamu juga adalah pembakar semangat kami anak-beranak! Tak terkata perasaan nih tatkala Dania duduk bersebelahan Sarra, menyanyikan lagu hepi birthday untuk anakku itu. Siap dengan gaya mahu memotong kek. Agak mahu berjuraian juga air mata ni, tapi... aku tahu di sebalik semua ini, pasti ada rahmat yang menanti Sarra. Sabar ye anak ummi! Anak ummi kuat! Dania seronok, Sarra pun sama seronok. Sarra memang dah tahu bila masa Dania di sisinya. Bagai kakak dan adik! (Nanti besday Dania, abi buatkan kek ye nak...)

Dania tengok jer, bilalah Dania punya turn pulak!


Anak ummi dah fenat fotong kek!


Manalah die jeling tuh! Mulut tomot!!!

Kemudian, birthday anakku disambut di Seremban. Al-kishanya, alang-alang sepupu-sepapat abang nak buat makan-makan family, Mak Ton cakap elok buat sekali birthday Shisha (panggilan Wan Ton untuk Sarra dari beby lagik). Hmmm... aku ikut jer. Best juga, memang dah ada simpan niat nak buat kat Seremban, Melaka dan di kediaman sendiri. Cuma masa tak berapa nak sesuai dengan keadaan sekililing. Nantilah kot.

Sepupu; Alya dan Alisya. Macam kembarkan?
Mereka memang dilahirkan pada hari yang sama.


Sesi memotong kek.
Anak ummi macam sombong je lagaknya!
Kak Neno pun nak tumpang sepotong!


Tahun ke-2 birthday Sarra, kami agak 'save' sikit. Huhuuuu... bukannya berkira or kidikut. Tapi sebab-musabab Encik Sayang saya sudah pandai membuat kek sendiri, maka kek birthday Sarra pada tahun ini adalah hasil air tangan apaknya. Lagik best! Kalaulah Sarra dah pandai bercakap, mungkin juga anak itu akan demand! Haha... sebab kek dia yang abi buat tuh takde tulis "Hepi Birthday Alisya"... hanya sebuku cheese cake ala-ala oreo cheese cake, yang di banjiri dengan coklat caca-marba aje! Takpelah nak, janji sodap! Sarra pun makan kemain lagik! Nanti ummi pulak nak buat, sebab sangat senang caranya! Tunggu hasil ummi lak yer...

Hasil air tangan Abi Sarra. Sangat puas hati!


One hepi family at home! Ummi sayang kamu!!!

** InsyaAllah, walaupun lewat... akan ada majlis untuk Sarra di rumah neneknya nanti. (Kira Part 2 lah tuh). Berbincang dengan Encik Sayang, mungkin kami hanya mengadakan doa selamat berserta bacaan Yassin or solat hajat, buat Sarra dan semua anak-anakku; Nabila, Aiman, Ian, Habib, Idris, Irfan, Alanna dan sekalian anak-anak istimewa di luar sana! Mudah-mudahan, anak-anak ini akan dirahmati, diberkati serta dikurniakan rezeki dari Yang Maha Esa. Doakan semuanya lancar ya... amin yarabbal a'lamin!

Thursday, May 06, 2010

:: Banyak Yang Tertangguh...

Fiuuuhhhh...memang banyak cerita-ceriti ku tertangguh akibat kesibukan, ke-bizian dan ke-huru-haraan ku semenjak dua menjak ini! Sememangnya aku juga terkenal dengan kelewatan meng-apdet segala bagai cerita fasal anakku Alisya!

InsyaAllah... selewat mana pun, tetap mahu ku paterikan di blog ini! Nantilah... ada masa yang lapang, akan tercoret jua!

** Tatkala aku mengetuk entry ini, sepupu ku sedang berjuang di HKL kerana kemalangan jalan raya. Sepupu ku tidak bersalah, dia sedang menolak motosikalnya yang rosak di bahu jalan, tiba-tibanya sebuah kereta sesat yang mungkin mabuk, tiada kawalan, mungkin juga laju pemanduannya merempuh sepupu ku itu! Rasa geram bukan? Namun, takdir Allah tiada siapa boleh menduga. Doa-doakanlah sepupu ku yang kini di ICU sedar dan kembali sihat seperti sedia kala... Amin-Yarabbal-A'lamin...

Tuesday, April 27, 2010

:: Emosi Berantakan!!!

Penat! Sangat sangat sangat sangat sangat saaaangggaaatttt penat! Di manakah silapnya? Apakah puncanya? Kenapa tiada penghujung yang ceria? Mengapa harus begini? Hati sakit, hati terasa kecil, hati terasa seperti mahu menjerit dan melaung!!!

Ya Allah, sungguh kuat dugaan ini! Mampukah aku menanganinya sekali lagi??? Mampukah aku kecapi apa yang ku rancang andai Kau merahmati hidup ini? Mampukah aku menjadi kuat untuk kali ke dua ini? Mampukah aku bertahan???

Ingin ku pinjam kata-kata Kak Sham... ~ Masih Ada Yang Manis Untuk Dikenang! ~

Wallahualammissawab......

Tuesday, April 13, 2010

:: Bila 13 April Tiba...

Keterujaan menunggu April. Kenapa ye? Kerana di bulan ini dan di hari inilah, anakku meningkat usianya. Anakku bertambah besar dan doaku moga Sarra bertambah perkembangannya kelak. Anakku menginjak ke usia 2 tahun! Yay... Sarra dah besar!!! Hepi birthday sayang!!!

Birthday girl pagi nih. Dia bantaikan tido je!


Sewaktu ummi mendendangkan lagu
'hepi birthday' untuk Alisya!



Selamat panjang umur anakku Alisya Qaireen!


April... 2 tahun yang lalu.


Saat abi teruja memiliki zuriat sendiri.


Anak ini yang mengindahkan hari-hari kami.

Banyak yang 'tersimpan' di naluri keibuanku ini. Walaupun aku masih mampu mengukir senyuman, adakala hati kecil si ibu 'menangis' jua. Namun, tidaklah bererti aku mahu menoleh ke belakang, menyalahkan diri, mempersoalkan nasib dan menyerah kalah! Tidak, bukan itu yang aku renungkan. Hari-hari yang mendatang terasa banyak yang baik daripada yang sebaliknya. Umpamanya, dengan kelahiran Sarra... aku dan abang berpeluang mengenali keluarga baru kami. Superkids Family's! Bak kata abi Sarra dan kakak ku; 'Andai Sarra tak 'begini'... mungkin kita tak jumpa kawan-kawan yang best macam nih!'... Benar bukan? Setiap yang sudah ditentukan Allah, punyai maksud dan makna yang telah direncanakan!

Abi yang tak jemu melayan 'kerenah' anaknya.

Bila datangnya 13 April, adakala aku 'terusik' dengan memori 'semalam'. Bila melihat anak-anak sepupu, saudara-mara mahupun rakan taulan yang sebaya Sarra, tak dinafikan... ada sedikit rasa hiba dan kacau menyelubungi jiwa ini. Lebih-lebih lagi bila melihat anak-anak mereka 'tiada yang kurang'. Namun, aku cuba untuk tepis jauh 'perasaan' itu, tak mahu fikiran ini terus kusut dan terganggu tatkala anakku sedang 'berkembang' maju. Anak ummi pun tak ada yang kuranglah... makin hari makin banyak yang dia nak suruh ummi dan abinya 'faham'! (Eh... Sarra dah makin nak gelak tau! Cuma, perasaan marahnya masih di ranking teratas!) Walaupun gelak Sarra tuh belum ke tahap mengekek, tapi bila aku nyanyikan lagu 'air pasang malam, surut pukul lima, nyonya bangun pagi siram pokok bunga...' Sarra pasti berubah wajah. Walaupun senyuman dia tidak sampai ke telinga, namun aku tahu Sarra memang suka dengan lagu tu! Clever girl! Alhamdulillah...

Insan-insan yang ku cintai dan akan terus ku cintai!

Hmmm.... masih aku ingat pesanan seorang kakak di rumah Kak Raw tempoh hari; 'Jangan putus asa dik, jangan skip berubat nih... kene kuat tau, untuk suami!!!' Fuhh...tang ayat untuk suami tuh, aku rasa nak nanes. Bila hari lahir Sarra tiba, mulalah aku teringat akan 'kesungguhan' abang pada masa lalu. 3 minggu sebelum aku bersalinkan Sarra, aku berada di kampung. Abang pula di KL seorang diri. Alasanku, mahu rehat... dah tak larat nak mendaki tangga rumah. Abang ikut je... sudahnya, hari-hari bila mendengar suara abang di corong telefon, aku bantaikan melalak! Melalak sebab rindukan abang! Memang 'ngok' betul aku masa tuh. Andai ada rezeki anak kami yang ke-2 nanti, aku mahu di samping abang hingga anak itu lahir! Maafkan ayang ye abang. Lagi yang buat aku teringat akan kesungguhan insan bernama bapa; bila abang kucup dahi ini sejurus aku keluar dari wad bersalin! Masa tuh memang aku mamai-mamai lagi, tapi keterujaan abang dapat melihat dan meng-qamatkan anak sendiri... buat aku bersemangat dan bertambah bersyukur! Aku sangat-sangat bertuah punyai suami seperti abang. Bagiku, dialah abi yang terbaik! Walaupun aku tidak dapat 'memberikannya' anak yang seperti orang lain beri, namun... abang cukup-cukup bersyukur dengan lahirnya Alisya Qaireen! Terima kasih suamiku. Ummi dan Alisya tak akan berhenti menyayangi kamu; Mohd Farid!

Merekalah sang suria ku!

Hari ini, Alisya Qaireen berusia 2 tahun! Memang nampak anak dara ummi tuh dah besar! Bila duduk dalam kereta dengan ummi, memang dah tak muat kerusi depan tu untuk kami berdua! (bilalah abi nak beli 'kerusi' besar sikit? hehe...) Hari demi hari, Sarra makin pandai nak bermanja. Tidurnya tidak mahu keseorangan, mahu di celah ummi dan abi! Setiap hari ummi tak jemu untuk berborak dengan kamu nak! Walaupun belum ade sepatah ayat yang anak ummi balas, ummi tetap tak jemu untuk bercakap, bercakap dan terus bercakap dengan Sarra. Ummi sabar menunggu detik-detik kita berborak sama! Ummi yakin dengan 'kesungguhan' anak ummi untuk 'menghiburkan' hati ummi ini, walaupun sesaat cuma.

Alisya Qaireen, hadirmu memberi
seribu rahmat buat ummi dan abi!

Anakku Alisya, hadirmu memberikan seribu erti, sejuta makna buat ummi dan abi untuk menempuhi liku-liku kehidupan sebagai 'ummi dan abi' yang terbaik buat kamu, sebagai hambaNya yang sedang diuji! Lahirmu di sisi kami amat bermakna, walaupun kamu tidak seperti anak-anak yang lain, walaupun kamu umpama 'pelangi petang'... ummi tetap bersyukur nak. Syukur dengan anugerah Allah yang hebat ini! Penat ummi seharian berbayar apabila mengucupmu! Jiwa ummi adakalanya kacau, menjadi sejuk kembali apabila memeluk kamu! Alisyalah permata bernilai buat ummi dan abi! Ummi sayang Alisya!!!

Kasih ummi tetap utuh, mekar
bak mutiara yang menyinar!

** Alisya, abi... maafkan ummi! Maafkan ummi... maafkan ummi!!!!

Saturday, April 03, 2010

:: Family Gathering @ Port Dickson (lagi....)

Entry yang dah lame terperuk! Sangatlah kemalasan ummi Sarra nih! Tapi masih nak cerita-ceriti fasal gathering family ku yang tersenta ke Port Dickson (lagi). Haha... memang setiap tahun, kak ngahku selaku penerbit rancangan, akan menguruskan semua penginapan untuk adik-adiknya ini. A big tenkiu to kak ngah Aisyah! Tempat adalah di Residence Desa Lagoon Resort.

Qisya dan Aleeya yang tak reti dok diam


Beday girl.. Hanny dan Iesya

Lauk-pauk pasti ada kalau bermalam kat PD nih. Tak banyak pun, tetap ade! Memang seronoklah...nama pun bercutikan? Encik Sayang juga tak ketinggalan untuk menunjukkan 'skill' memasaknya. Emak tercinta turut serta, tapi abah... layan diri kat rumah! 'Tengok wrestling, tido lagik baik kat umah!!!' Hahaaa.. orang tua kan, mane nak dok selain dari rumah sendiri?

Bermalamlah kami di PD. Ade BBQ, makan-makan kat pantai. Macam biasa, Sarra akan tinggal kat resort masa malam hari. Mak tak bagi bawak budak kecik kat pantai memalam buto! Bahayooo... Mulanya, Sarra susah nak tido. Aseklah merengek. Mak cakap, budak beralih tempat tido... memang meragam sekoyan! Lepas dah dipujuk, dibelai... lena jugak dak tecit tuh. Alhamdulillah... lena sampai ke pagi! Sempatlah ummi dan abi bercanda di tepi pantai tuh. Sempatlah juga bergambar sakan, berpelukan mesra... haha! (Terasa cam honeymoon laksss! Ahakkkss...) Kali nih, kami sengaja tak 'benamkan' Sarra kat pasir, sebab pantai dan pasir kat situ penuh dengan kesan tapak kaki han**ng! Tak besshhh!!!

Malam kejadian, parti bbq di tepi pantai


Anak-anak yang berpeleseran di laut


Ummi dan abi yang bercanda sakan

Acara mandi kolam lak...huh, Sarra dah macam tak hengat dunia. Suke lak ai mandi! Ummi cam tak percaya lak Sarra tak kesah dengan air. Tapi ummi heran, nape Sarra nanes bila mandi kat rumah? Haha... Aku dan abang cuba-cubalah buat hydrotherapy kat Sarra. Walhal tak sure pun caner step yang betul. Tak pelah nak, asal ummi dapat lihat yang anak ummi memang suke kalau ummi dan abi berendam same dengan kamu! That's my doter!!!

Nak mandi ke, nak tido?


My harta, dunia akhirat!


Kami bertiga di air


Mereka bertiga di darat

Hmmm..macam tu lah kesahnya percutian 24 jam kami di PD. Seronok, sebab Encik Sayang dan mak ade same. Biaselah, kami nih ibarat kisah 'ibu ayam dan anak-anaknya!' Mana mak ade, situlah anak-anak dok berlonggok! Ibulah ratu kami! Okies bebeh... nak sambung entry lain plak. Jom kite cite pasal Pahang laks.... ahahaha! Ummi gedik!!!!

Cinta-cinta ummi


I love her sooo... bondaku!


Sebelum pulang, pose yang main tangkap muat je!

** Pulang dari Gedangsa dengan perasaan 'kacau'! Geram dengan mika-mika yang tak reti rasa tolak-ansur langsung! (Ingat kau sorang je ke nak anak ko baik? Dah tuh, hambek lah Kak Raw tuh bawak balik!!!) Hellooo... kalau tak buleh sabar, pergi berenang wak! Sungai besar!!! Nasib baik sesi 'teraphy' dan kata-kata Kak Raw beri semangat balik kat kami! Tenkiu kak, we luv u!!! Allah panjangkan umur Kak Raw...amin!