Friday, June 04, 2010

:: Zuriat...

Sejak kebelakangan nih... perbualan aku dan abang banyak berkisarkan tentang hidup, rumahtangga, Alisya dan bakal 'adiknya'. Hmmm... kalau diikutkan susunan pertuturan kata, aku yang lebih banyak mengutarakan akan hal 'adik' Alisya berbanding abang. Akan tetapi, lately nih... abang lebih banyak bertanya akan perihal zuriat ini. Adakah abang sudah bersedia punyai anak 2?

Baru semalam abang bertanya; "Cayang, kalau tahun depan kita tambah adik, cayang nak? Dah ready?".... Dengan pantas aku menjawab; "Abang, kalau tanya ayang, sekarang pun dah ready. Tak payah tunggu tahun depan!" Hahaaaaa... rakusnya aku untuk menjadi ummi kepada zuriat-zuriat abang nih! Gopohkah namanya andai hati ku sering kali membuak-buak untuk menambah anak dalam keluarga nih? Adakah aku cukup bersedia?

Secara zahir, aku bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dari yang sedia kala. Secara batin pula, aku hanya berserah pada Allah, andai Dia mahu aku menjadi ummi kepada Alisya seorang, aku redha! Andai Dia mahu aku menjadi ummi kepada lebih 3 orang anak-anak abang... pun aku terima dan redha! Abang pernah bercakap; "Entah-entah, ujian kita yang sebenar nanti... bila diberi anak yang sempurna, sihat, normal, tak ada masalah. Mana tahu, membesarkan anak yang sebegitu lebih banyak menguji kesabaran kita daripada membesarkan Alisya"... Wallahualam! Aku harus kuatkan semangat, jiwa, hati nurani untuk menjadi ummi yang lebih baik dari hari ini.

Keluargaku, nyawaku. Adakah bertiga lebih baik?
Atau berempat? Lima?... Kekurangan dalam kelebihan!!!


Bohong andai aku tak punya rasa rindu untuk mengandung lagi. Tipu andai aku tak cemburu pada rakan-rakan yang punyai anak lebih dari 1. Aku juga mahu rumah ku disulami dengan gelak-tawa anak-anak yang ramai, hingar-bingar disebabkan tangisan anak-anak yang memecahkan suasana dan rumah yang berkepau dek kerana mainan dan telatah anak-anak yang mengusik jiwa! Doakanlah agar ada sinar, ada rezeki kami suami isteri punyai zuriat lagik. Doakanlah agar anakku Alisya punyai adik yang boleh 'menjaganya' apabila mata ini pejam untuk selamanya... dan doakanlah semoga Alisya juga mampu menjadi contoh kepada adik-adiknya nanti! Akhir sekali, doakanlah moga 'semangatku' semakin kuat untuk menempuh proses bersalin kelak! Sesekali, kenangan lalu sering menjadi igauan ngeri yang boleh mematahkan semangat seorang wanita bergelar ibu!

Untuk suamiku; Kun Faya-Kun... apa yang dah tertulis semenjak azali, akan tetap terjadi! Kita hanya mampu merancang untuk yang lebih baik, hanya Allah yang berhak menentukan semuanya! Rezeki datang dari-Nya, sentiasalah mohon agar dikurniakan kepada kita rezeki yang baik dan melimpah-ruah! Amin Yarabbal A'lamin...

Dialah abi Alisya dan 'adik-adiknya' kelak.

Monday, May 31, 2010

:: Apakah Maknanya?

Kucar-kacir + haru-biru + tonggang-langgang + fenin-fenin lalat + berhenti mengharap + separuh jiwaku pergi + gundah-gulana + emosi tidak stabil + jiwa kacau = apakah yang harus aku buat?

Adeeehhhh!!! Tak tertampung dah rasa dek badan, tak terlayan dah rasa dek fikiran nih! Berat sungguh untuk ditanggung! Jalan terbaik; istighfar... Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui...

Mula merapu, meraban! Mana harus ku 'lemparkan' perasaan ini? Penat! Sangat penat!!!

Wednesday, May 26, 2010

:: 1095 Hari Mengejar Cinta...

Dia teman ku, dia suami ku, dia jantung ku dan dia,
cinta ku hingga akhir nanti. Amin Yarabbal A'lamin...


Alhamdulillah, jodoh kami masih dipanjangkan! Syukur ke hadrat Illahi, kerana menemukan aku dengan lelaki hebat bernama Mohd Farid! Walau badai melanda, bak ombak memecah pantai... namun kasihku, sayangku, cintaku pada insan ini tidak pernah luntur... mahupun padam! Sememangnya, aku amat bersyukur dengan takdir Allah untuk ku.

Usia perkahwinan baru sahaja mencecah 'setahun jagung'... pelbagai cabaran dan liku-liku hidup telah kami lalui. Bak lautan mana yang tidak bergelora, hati yang mana tidak pernah berkocak... tiga tahun bersama insan ini, sememangnya banyak 'pengajaran' yang aku perolehi! Mampukah ianya bertahan untuk 1000 tahun lagi? Mampukah aku dan insan ini mengecapi kebahagiaan yang diidamkan? Hanya doa pengiring yang terbaik!

Isteri mana yang tidak mahu mencium akan 'syurga' di telapak kaki suami, isteri yang mana tidak mahu membahagiakan suami, isteri yang mana tidak mahu memberi yang terbaik buat suaminya? Lebih-lebih lagi berkaitan zuriat untuk suami. Semua itu sememangnya berada di kotak fikiran dah lubuk sanubariku. Aku hanya mampu merancang untuk sebuah keluarga bahagia, sebuah keluarga yang senantiasa di payungi Allah, namun takdir-Nya juga yang mendahului! Aku pasrah, aku redha. Disebalik jodoh yang sangat-sangat aku sayangi ini, Allah selitkan jua rasa manis yang tak terhingga! Allah beriku peluang untukku membesarkan sendiri zuriat dari rahimku, Allah beriku peluang untuk sama-sama bernafas bersama insan-insan yang amat ku cintai! Syukur pada-Mu ya Allah!!!

Tahun ke-3 kami sebagai pasangan sejoli... umpama merpati yang terbang beriringan, (mau muntah laki ku baca!!! hahaaa....) tiada ungkapan yang lebih indah untuk ku rungkaikan. Hanya doa dan hati yang telus dan terus menyayangi kamu; Mohd Farid Abdul Hanif!! Maaf andai 3 tahun bersama ayang, 'banyak' yang mengguris rasa hati abang. Maaf andai 3 tahun hidup sebumbung dengan ayang, 'banyak' layanan yang serba kekurangan. Dan maaf andai 3 tahun beristerikan ayang, 'banyak' pahit dari manisnya. Ayang hanya seorang isteri yang sentiasa cuba untuk membahagiakan abang! Sungguh, aku cinta kamu!!!!

** Selamat ulangtahun perkahwinan juga buat sahabatku; Yong Noina & Zulhilmi... kami sama-sama bernikah pada tarikh ini. Terlalu banyak persamaan kami, hinggakan kipas di rumah juga sama! Hahaaa.... Semuanya kebetulan dan ketentuan-Nya!

Saturday, May 22, 2010

:: Sekali Lagi...

Apakah? Hmmm... sekali lagi anakku mahu tidur secara duduk. Jika dibaringkan keseorangan, meliat-ledinglah dia bagaikan ada semut yang menggeget! Jika dibaringkan juga, pasti mahu beralaskan peha ummi yang sedebuk ini... tak pun mahu tidurnya beralaskan lengan ummi yang umpama kaki gajah nih! Haih.... pandai dah anak ummi merasakan mana bantal, tilam dengan lengan dan peha ummi yer! Sangat bijak!!!

Satu pagi yang hening, jam baru sahaja menunjukkan pukul 3 pagi. Alisya dah terjaga. Merengek tak tentu pasal. Susu dah beri, lampin masik ok... apalah lagi yang dia mahu? Aduhh... runsing jugak, nak kata mahu meneran berak... tiada pula tanda-tandanya! Sudahnya, aku mengejut apak Alisya. Serah 'batton'! Huahuahuaa.... rupanya, anak kecil ini mahu duduklah!!! Itulah Alisya Qaireen, berubah hangin dan mood mengikut sesuka hatinya! Tak kira malam ke, siang ke, tengah malam ke... adehhh, fenin ummi! (abi kata, perangai ummi dia jugak, sejibik!) huahuahuahuahuaaa......

Kalau dapat duduk... pasti lena tidonya!


Adushhh... failed lah anak ummi tido! Lopongggg!!!


Kalau Alisya tak tido, dia akan melasak sampai tahap macam ni.


Kemudian, akan tertido mengikut suka hati dia.
Time nih, memang Alisya sedang lena!

Kisah lainnya; jika aku tidak bekerja, pasti anak ini mahu dipangkuan sahaja. Malah, kala entry ini diketuk... Alisya sedang 'weng-weng' melayan mata yang kuyu dipangkuan ummi! Dah naik kebas segala urat dawai kat kaki ummi nih nak oi! Layankan saja kemanjaan puteri ini. Asal kamu selesa sayang! Luv Alisya Qaireen...

** Shedey... hari yang shangat shedey! 'Sekali lagi' terpaksa akur!

Monday, May 10, 2010

:: Di Sebalik Hari Lahir Alisya... (Part 1)

Huh...ada part-part siku lipatlah pulok! Hmm.. nak buat caner, kawan-kawan dan sedara-mara anakku ini memang ramai. Rezekikan... so, sambutan birthday girl ini haruslah berperingkat-peringkat. (Itu hanya cadangan ummi dan abi, entah dapat terlaksana ke tidak... wallahualam. Kene lihat pada poket abi jugak, andai masih utuh... bulehlah teruskan niat. Andai dah 'tergabak' di pertengahan... tangguhkan atau padamkan saja! Hehe...)

Kek Dania untuk Sarra. Terima kasih sayang...

Cerita part 1 nih... birthday Sarra disambut awal oleh Mama Ieda, Dania dan Papa Upit. Kejadian lokasi adalah di teratak kami. Mulanya mereka cadang nak datang saja-saja. Aleh-aleh, Dania bawakkan Sarra kek! Surprise lah jugak... sebenarnya, aku sangat terharu! Terharu dengan 'kasih' dari keluarga ini. Terima kasih Ida, Supit dan Dania. Kamu juga adalah pembakar semangat kami anak-beranak! Tak terkata perasaan nih tatkala Dania duduk bersebelahan Sarra, menyanyikan lagu hepi birthday untuk anakku itu. Siap dengan gaya mahu memotong kek. Agak mahu berjuraian juga air mata ni, tapi... aku tahu di sebalik semua ini, pasti ada rahmat yang menanti Sarra. Sabar ye anak ummi! Anak ummi kuat! Dania seronok, Sarra pun sama seronok. Sarra memang dah tahu bila masa Dania di sisinya. Bagai kakak dan adik! (Nanti besday Dania, abi buatkan kek ye nak...)

Dania tengok jer, bilalah Dania punya turn pulak!


Anak ummi dah fenat fotong kek!


Manalah die jeling tuh! Mulut tomot!!!

Kemudian, birthday anakku disambut di Seremban. Al-kishanya, alang-alang sepupu-sepapat abang nak buat makan-makan family, Mak Ton cakap elok buat sekali birthday Shisha (panggilan Wan Ton untuk Sarra dari beby lagik). Hmmm... aku ikut jer. Best juga, memang dah ada simpan niat nak buat kat Seremban, Melaka dan di kediaman sendiri. Cuma masa tak berapa nak sesuai dengan keadaan sekililing. Nantilah kot.

Sepupu; Alya dan Alisya. Macam kembarkan?
Mereka memang dilahirkan pada hari yang sama.


Sesi memotong kek.
Anak ummi macam sombong je lagaknya!
Kak Neno pun nak tumpang sepotong!


Tahun ke-2 birthday Sarra, kami agak 'save' sikit. Huhuuuu... bukannya berkira or kidikut. Tapi sebab-musabab Encik Sayang saya sudah pandai membuat kek sendiri, maka kek birthday Sarra pada tahun ini adalah hasil air tangan apaknya. Lagik best! Kalaulah Sarra dah pandai bercakap, mungkin juga anak itu akan demand! Haha... sebab kek dia yang abi buat tuh takde tulis "Hepi Birthday Alisya"... hanya sebuku cheese cake ala-ala oreo cheese cake, yang di banjiri dengan coklat caca-marba aje! Takpelah nak, janji sodap! Sarra pun makan kemain lagik! Nanti ummi pulak nak buat, sebab sangat senang caranya! Tunggu hasil ummi lak yer...

Hasil air tangan Abi Sarra. Sangat puas hati!


One hepi family at home! Ummi sayang kamu!!!

** InsyaAllah, walaupun lewat... akan ada majlis untuk Sarra di rumah neneknya nanti. (Kira Part 2 lah tuh). Berbincang dengan Encik Sayang, mungkin kami hanya mengadakan doa selamat berserta bacaan Yassin or solat hajat, buat Sarra dan semua anak-anakku; Nabila, Aiman, Ian, Habib, Idris, Irfan, Alanna dan sekalian anak-anak istimewa di luar sana! Mudah-mudahan, anak-anak ini akan dirahmati, diberkati serta dikurniakan rezeki dari Yang Maha Esa. Doakan semuanya lancar ya... amin yarabbal a'lamin!

Thursday, May 06, 2010

:: Banyak Yang Tertangguh...

Fiuuuhhhh...memang banyak cerita-ceriti ku tertangguh akibat kesibukan, ke-bizian dan ke-huru-haraan ku semenjak dua menjak ini! Sememangnya aku juga terkenal dengan kelewatan meng-apdet segala bagai cerita fasal anakku Alisya!

InsyaAllah... selewat mana pun, tetap mahu ku paterikan di blog ini! Nantilah... ada masa yang lapang, akan tercoret jua!

** Tatkala aku mengetuk entry ini, sepupu ku sedang berjuang di HKL kerana kemalangan jalan raya. Sepupu ku tidak bersalah, dia sedang menolak motosikalnya yang rosak di bahu jalan, tiba-tibanya sebuah kereta sesat yang mungkin mabuk, tiada kawalan, mungkin juga laju pemanduannya merempuh sepupu ku itu! Rasa geram bukan? Namun, takdir Allah tiada siapa boleh menduga. Doa-doakanlah sepupu ku yang kini di ICU sedar dan kembali sihat seperti sedia kala... Amin-Yarabbal-A'lamin...

Tuesday, April 27, 2010

:: Emosi Berantakan!!!

Penat! Sangat sangat sangat sangat sangat saaaangggaaatttt penat! Di manakah silapnya? Apakah puncanya? Kenapa tiada penghujung yang ceria? Mengapa harus begini? Hati sakit, hati terasa kecil, hati terasa seperti mahu menjerit dan melaung!!!

Ya Allah, sungguh kuat dugaan ini! Mampukah aku menanganinya sekali lagi??? Mampukah aku kecapi apa yang ku rancang andai Kau merahmati hidup ini? Mampukah aku menjadi kuat untuk kali ke dua ini? Mampukah aku bertahan???

Ingin ku pinjam kata-kata Kak Sham... ~ Masih Ada Yang Manis Untuk Dikenang! ~

Wallahualammissawab......