Sunday, July 11, 2010

:: Syifa' al-Hidayah...

Alhamdulillah, sampai jua kami pada tarikh 9 Julai nan lalu. Jauh di sudut hati, kami agak terkilan. Terkilan kerana ketika sama-sama ke Syifa' al-Hidayah ini, kami berempat sebenarnya. Namun, apabila tiba saat yang ditunggu... kami hanya pergi bertiga. Sedia maklum, arwah telah dulu pergi menemui Penciptanya. Di sinilah aku berkenalan dengan Ayu, Nadime, Syarul dan arwah Alanna. Pertama kali kami bersalaman, bertegur-sapa dan kekok untuk memulakan cerita masing-masing. (Bagaikan malu-malu tapir masing-masing!) Hehehee...

Berbalik kepada cerita 9 Julai, inilah tarikh yang ditunggu! Walhal, kami ke sana untuk mengambil tarikh rawatan adalah pada 27 Mac yang lalu. Lamakan kami menanti? Akhirnya tiba jua masa itu. Rawatan di sini sememangnya amat menarik minat aku dan abang. Hanya berlandaskan ayat suci al-Quran. Kita hanya manusia, yang punyai kuasa untuk berusaha... namun kuasa Allah lebih besar untuk menentukan segalanya. Teringat akan kata-kata Mak Ton... "Tak ada satu pun penyakit kat dunia nih yang tiada penawar. Allah memang suruh kita berusaha untuk cari dan terus cari penawar tuh"... InsyaAllah. Hanya doaku, agar Dia terus membuka jalan dan petunjuk serta memberkati usaha aku dan abang dalam membaik pulih Alisya. Sememangnya, bukan suatu perkara yang mudah.

Apa yang Tuan Haji Lokman (yakni tuan empunya tempat rawatan) memberitahu kami tentang Alisya... "Anak ini tidak ada sebarang gangguan 'halus'... namun ianya berhubungkait dengan permasalahan otaknya. Peredaran saraf-saraf otaknya tidak terkawal dengan baik, bila tak dikawal anak ini akan makin stress. Bila stress, otot-ototnya pula mengejang dan mengeras. Dengan ini, sawannya pun mudah datang" Begitulah hendaknya erti yang tersirat disebalik kata-kata Tuan Haji ini. Aku dan abang.... pasrah! Bukan pasrah pada yang mengalah, namun pasrah dengan ujian buat kami. Tuan Haji ada bercakap... "Memang tiada ubat yang khas dapat menyembuhkan penyakit seperti ini. Hanya amalan surah-surah al-Quran sebagai penawar!" Hmmmm.... agak suspen juga rasanya berada di Sungai Pusu itu. Suspen dengan kaedah rawatan yang diberikan. Sungguh aku kagum dengan 'kebolehan' yang ada pada Tuan Haji ini. Semuanya dengan izin Allah.

Surah terpilih sudah pun diberikan kepada kami, hanya perlu melaksanakan amalan yang dituntut. InysaAllah, andai punyai masa yang lapang... pasti kami akan cuba mengamalkannya. Alisya anakku, ummi dan abi bukanlah hambaNya yang sempurna. Kami bukanlah ummi dan abi yang terbaik, namun kami tetap mencuba selagi ada jalan untuk memperbaiki 'kekurangan' kamu! Mana sahaja tempat rawatan yang kami rasa 'serasi' dengan kamu dan jiwa ini, pasti ummi akan menggesa abi ke sana. InsyaAllah nak, tiada yang lebih ummi pinta. Cukuplah sekadar kamu pandai menguruskan diri kelak. Ummi dan abi teramat menyayangi kamu; Alisya Qaireen!

Wednesday, July 07, 2010

:: Syukur Alhamdulillah...

Alhamdulillah dan sekalung tahniah buat anak-anak buahku; Natasya Amira, Farah Ainaa, Fakhrur Razzi dan Mohd Hanafi di atas kejayaan kamu semua untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading! Belajarlah dengan rajin dan penuh tekun agar tiada penyesalan di kemudian hari. Sungguhpun mokcu bekas graduan, akan tetapi rasa kesal dan ralat kerana tidak bersungguh di alam persekolahan masih menebal. Mokcu doa, anak-anak buah mokcu nih akan sentiasa sabar, tabah dan bersemangat tinggi untuk mencapai cita-cita masing-masing.


Farah, Natasya (yang dah selamat ke kampus masing-masing).
Nadira dan Athirah memang dah jadi warga siswi.
Selamat mentela'ah!



Hanafi... jangan nak nakal-nakal lagik.
Mama mengharapkan kamu juga!



The one and only anak Kak Ngah ku, Akoi (kiri).
Juga harapan ibu dan ayah!


Al-kisahnya, penghujung Jun lalu... kesemua kakak serta abangku termasuk yang di Ohio, USA pulang dan mengadakan kenduri doa selamat, majlis kesyukuran sekali gus kenduri aqiqah buat anak buah baruku; Fazura Melissa. Hadirnya Fazura, maka anakku Alisya, dengan rasminya dah menjadi 'senior' dalam keluarga Zakaria + Hapsah ini. Kalau dulu, Alisya lah mangsa gomolan, ciuman para makciknya. Sekarang, giliran Fazura pula. Tetapi tidak bermakna Alisya diketepikan. Hahaa... anakku masih mempunyai 'peminat fanatiknya' yang tersendiri.


Ahli jemaah baru; Fazura Melissa bt Muhammad Hafizi.
(Abang iparku berkenan benau dengan nama Melissa....)



Alisya the senior.
Memang senang lena kalau balik kampung.



Inilah peminat fanatik Alisya; Angah Natasya.
Memang sesuai Angah jadi 'Nurse'


Biasalah, bila balik kampung ramai-ramai dok mengadap anak kecil ini.. sudah pasti dia suka bukan kepalang! Ye, memang anakku bertukar moodnya yang sangat baik kala pulang ke kampung. Tak kesahlah kampung Nek Cha atau kampung Wan Ton! Hebatkan penangan kampung? Dan Alisya juga pandai benar berlakon. Hahaaa... bak kata Nek Cha nya; 'Dia suka ramai-ramai dok mengadap dia... main-main dengan dia!' Hoh yehhh?? Ialah kot, sampai ada suara yang memang suruh Alisya mintak adik cepat-cepat! Hehee... (kene tanya abinya dulu.............)

Kepulanganku hanya sehari, kerana tuntutan kerja pada hari minggu harus dipenuhi. Memang berat hati nak pulang ke Kolumpo nih. Apa boleh buat, kerja ku masih lagi di bawah takuk makan gaji, haruslah laksanakan tugas dengan baik. (Masih berdoa agar dapat menjadi suri sepenuh masa). Huh... entah bila lagi akan kaki ini jejak ke kampung halaman. Sejak kebelakangan nih, memang jarang aku dan abang pulang ke kampung. Kami punyai 'urusan' yang tak pernah habis di Kolumpo nih. Buat Mak Cha, akan adik pulang andai punyai masa yang terluang! Dan buat mentuaku, Mak Ton... kami pasti akan pulang lama sikit ke Seremban. Tunggu ye mak... Kami pun bukannya suka duduk kat Kolumpo tanpa menjengah orang-orang tersayang kat kampung tu. Hehee... lebih-lebih lagi, aku dan abang punyai 'projek' bersama Mak Ton! Walauuweeehhh...... (errr... abang ingat lagi ke tak???)


The Bongsu's forever!


Errr... rajin gaklah En. Sayang nih.


** Agak banyak lagi cerita yang belum sempat dipateri, dicop mohor dan dibingkaikan! Huh... Nanti sajalah. Maaf pada kalian, para pembaca dan teman-teman... kerana agak menyusahkan untuk singgah ke blog ini. Maaf... maaf... maaf!

Thursday, July 01, 2010

:: Lenalah Puteri Ku...

Tidurlah anakku, walau bagaimana sekali pun cara yang kamu selesa!

Hampir sebulan lamanya... sikap Alisya makin sukar diramal. Makin kuat merengek, makin lantang suaranya terjerit-jerit ketika menangis dan makin sakan dia kamok-kamok! Hingga naik seraklah suara manja anakku ini. Waktu tidur Alisya adalah sekitar jam 11.30 malam. Kadang-kadang sangat senang anak ini lena, akan tetapi bila tiba waktu yang tidak disangka, mau jam 6 pagi pun masih tak tido-tido! Pulak tuh, disertakan dengan rengekan yang di luar jangkaan! Aduhhh... ummi kene kerja sayang, ummi bukan cuti setiap hari. Ummi jugak perlu tido!!!

Sungguh, adakalanya aku hilang sabar, hilang pertimbangan... mulalah suara aku pula terpekik-pekik di tengah malam. Sesekali, kene jugak anak itu. (Tetapi hanya babab di pampersnya sahaja... itupun Alisya dah sedih bukan kepalang. Macam kene pial!) Tak kesampaian rasanya hati ini mahu babab kuat-kuat. Mujur aku cepat sedar, sedar dari perbuatan yang tidak sepatutnya! Pernah juga aku dan abang buang tebiat. Mandikan dia jam 3 pagi! Memang keje giler... semuanya untuk 'menyedarkan' anak ini dari terus dibuai amukan yang sangat-sangat tak terkawal!

Aku sayang dan akan terus sayangkan Alisya! Seringkali aku 'berborak' dengan dia di tengah malam; "Alisya... tidurlah nak. Ummi kene keje esok. Esok baru Selasa, kalau Jumaat... takpe, ummi off! Tidolah sayang. Ummi sayang sangat kat anak ummi nih. Alisya baik, pandai, cantik... tido eh. Ummi tak nak marah-marah adik, ummi mengandungkan adik, lahirkan adik bukan untuk dimarah-marah! Ummi sayang sangat anak ummi nih..." Macam-macam lagiklah yang aku borakkan, adakala ianya berkesan buat anak ini. Memang dia mahu kita berborak dengannya dan terus lena dibuai mimpi. Manelah ummi tahu nak oi! Adakala, tak jalan jugak dengan cara nih. Hinggakan air suam satu botol pun mampu dihabiskan dek kerana kehausan yang melampau agaknya!]


Sayu dan hiba hati ummi tatkala Alisya pandai membawa diri.

Apakah lagi yang harus aku buat? Bila diletak dalam buai, makin kuat jeritannya! Dicuba cara lain, oouuhh... mahu tidur duduk pula. Kalau dia sahaja yang tido secara duduk, tak pelah. Mungkin itu keselesaan dia, ini tidak... dengan aku sekali Alisya paksa suruh tido duduk! Adushhh... sakit pulak pinggang ummi nih. Kalau masa Alisya baru 3-4 bulan dulu, memang begini cara tidur kami dua beranak. Tapi sekarang, Alisya dah 2 tahun. Sesak jugak nafas ummi nak... hihii.

Hari ini, alhamdulillah... Alisya makin lena. Tafsiran ku, berkemungkinan dia tidak selesa dengan pampersnya, (sebelum tidur haris ditukar... walaupun belum kuyup)... tak pun, Alisya tidak mahu berlengan panjang tika tidur. Walaupun ada 'kekurangan' anak ini, namun dia tetap manusia yang punyai rasa ketidakselesaan yang sama. Tak apalah nak... apa pun gaya yang anak ummi mahukan, ummi turuti. Asalkan Alisya dapat tidur yang cukup dan selesa! Itu yang ummi mahu sayang. Doa ummi, agar Alisya tidak lagik mengamok sakan, sebab dari sinilah dia mudah 'diserang' nawas yang jahat itu! Maafkan ummi atas 'kekejaman' ummi yang diluar kawalan itu! Ummi berdosa dan sangat bersalah dengan Alisya. Ummi sayang, sayang, sayang, saaayyyyaaanngggg kamu sangat-sangat!

** Lega rasanya dapat memprivatekan blog ini. Terasa 'jauh dan selamat' dari anasir-anasir yang tidak sepatutnya! Maafkan tuan empunya blog....

Wednesday, June 23, 2010

:: Privasi...

Insya'Allah... dalam masa terdekat, aku akan memulakan operasi mem-privatekan itafed.blogspot ini. Sudah tiba masanya... kenapakah? Biarlah ianya menjadi cerita antara aku dan abang. Cerita kami suami isteri...

Oleh itu, dengan rasa rendah diri... ingin ku alu-alukan kalian; para pembaca setia, followers, rakan-taulan, kakak-kakak dan abang-abang ku, serta family superkids agar dapat memberikan emel kalian ke Comment Box nanti. Boleh juga di tinggalkan pada ruangan Soseh-soseh ku itu untuk memudahkan tuan tanah menjemput anda ke sini! Blog ini tidaklah sehebat mana hingga terpaksa di privatekan, akan tetapi aku punyai sebab yang utuh dan abang juga bersetuju! Itu yang penting....

Akan tetapi, sedia maklum... hanya 100 pembaca yang dapat di invite ke blog ini. Andai ada yang tercicir, maafkan tuan empunya tanah! Perancangan untuk membuka secara umum, tidak terlintas lagi di fikiran buat masa ini dan 2-3 bulan akan datang. Hatiku bulat, nekad dengan keputusan... Mudah-mudahan, cintaku untuk terus menulis di alam maya... masih kuat!

Monday, June 21, 2010

:: Lelaki-Lelaki Ini...

Selamat Hari Bapa! Semalam, aku terlupa untuk mengucapkannya pada suamiku yang tercinta. Makanya, hanya kiriman sms sebagai pengganti kerana aku harus berkerja, abang pula di rumah bondanya bersama Alisya.

Dialah yang mengindahkan hari-hariku...
cinta kamu hingga hujungnya!

Ringkas sahaja; inginku merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak ternilai buat suamiku... Farid Hanif kerana telah bersama-sama dalam hidup ini dan menjadi abi kepada Alisya! Ayang tahu, hanya abang yang berhak ke atas 'harta-harta' abang di dunia ini. Hanya abang yang layak untuk menjadi abi kepada anak-anak kita! Semoga kasih kita berkekalan hingga ke syurga...

Abang... bersabarlah dalam menjaga amanah dari abah (yakni isterimu) dan Allah ini (zuriat kita). Sehebat mana pun tamparan yang kita terima, sejauh mana pun kita diuji... kita tetap ada Dia yang Maha Mengasihi. Sejujurnya, ayang dan Alisya tak akan 'berseri' tanpa abi di sisi! Terima kasih kerana menyayangi kami... puteri-puteri kamu yang sungguh banyak kerenah!!!

Mahu juga berterima kasih kepada ayahanda ku, kerana telah membesarkan anaknya ini sehingga menjadi sebesar mak orang! Walaupun adik tidak pernah dengar abah ucap 'abah sayang anak-anak abah'... tapi adik tahu, tiada bapa yang tidak menyayangi anak-anaknya. Terbukti ketika adik menyambut hari raya pertama sejurus bergelar isteri... mak cakap, abah seakan terasa 'kosong' pagi raya tuh. Huh... adik je yang tak ada, haruslah raya tahun tu tidak 'selengkap' mana.

Lelaki ini tetap bertahta di sanubariku... i luv u dad!

Sejak abah 'menyerahkan' adik pada suami, adik dah tak merasa gosok baju melayu abah untuk ke masjid, adik dah tak merasa buat air teh untuk abah petang-petang (kalau mak gi jalan)... adik dah tak merasa buat teh o ais untuk abah kalau abah berkebun! Yang paling tak akan adik lupa, kalau ade boyfren telepon rumah, jangan harap dapat cakap! Lebih sadis, dah la tak dapat cakap dengan boyfren... kene ketuk pulak dengan ganggang talipon tu! (aku tak pernah kene, tapi kakak-kakak ku merasa! sakit woooo!!! hahaaa)

Itulah abah ku, Tuan Haji Zakaria bin Baba. Watak dan mukanya agak penuh emosi, agak serius orangnya... maklumlah, bekas sarjan! Dalam mendidik anak-anaknya, jangan katakan pukul... jentik pun abah tak pernah buat! Alhamdulillah, disebabkan prinsip dan disiplin yang tinggi... anak-anak abah semuanya menjadi 'orang'! Terima kasih Pak A'id!!! Adik sayang abah!!!

Wednesday, June 09, 2010

:: Kamok-kamok...

"Alisya... tidurlah nak. Ummi batok nih, esok ummi nak keje... Abang, tolonglah amek adik nih pulak"... Alisya masih menangis dan terus menangis! "Alisya, apsal nih?? Asek melalak je... nak ape tengah-tengah malam nihhh??" Kedengarannya nada abi agak keras! Tak sampai hati rasanya nak biarkan anak kecil itu tidak dilayan, aku ambil semula. Adakala aku biarkan juga dengan abinya, kerana aku kebatukan yang melampau! Sampai tahap mahu terkeluar kerongkong nih rasanya. Inilah yang berlaku sehingga ke malam semalam semenjak 2 yang minggu lalu. Aduh, lama dah anak ini tidak mengamok sakan... entah kenapa, tiada kepastian!

Siang harinya, di rumah ibu daycare... tidak pula dia meragam sehebat malam hari. Kenapa jerr? Sakit perutkah? Nak berak tak lepaskah? Nak susu, sudah diberi. Air suam juga diberi... akhirnya mahu dipujuk, dibelai... berborak sehabis lembut nada ini, barulah lena tidurnya! Itu pun, tidurnya bukan di buai atau di tilam... tapi, nah!!! Hambek kau... mulanya diriba sudahnya bila bangun pagi... kenapalah kaki ku kebas semacam? Ohh... anak kecil ini sedang lena di celah bedah ummi rupanya! Haihh... ikut ajerlah nak oiii, asalkan sayang ummi tidur! Tapi, aku masih pelik... ape pasal Alisya menangis di malam hari? Lama dah tabiat sebegini tidak berulang kembali.

Hanya membuat kesimpulan sendiri, mungkin Alisya kepanasan. Atau mungkin kepenatan. Atau juga tidak selesa dengan pampersnya. Wallahualam. Pintaku, biarlah anak ini dapat tidur lena dan tiada gangguan sampingan. Kerana tatkala Alisya mulai penat, akan terjadilah 'nawas' nya yang sangat-sangat aku geruni itu! Sungguh, aku masih mampu menghadap akan kerenah Alisya di malam hari, tetapi aku tak sanggup melihat 'nawas' nya itu datang mengganggu anakku! Ya Allah, di manakah kekurangan dan kelemahanku? Kau berilah kekuatan dan teguhkanlah imanku untuk mengharungi onak duri dalam membesarkan Alisya Qaireen!

Malam tadi, syukur sangat-sangat sebab Alisya dapat tidur lena! Sehinggakan tergolek dari tilam pun... dia masih lena. Pagi ni, muka anakku sungguh manis. Rasa sayang mahu tinggalkan dia untuk bekerja. Apakan daya? Ummi dan abi masih kekurangan wang ringgit dalam membesarkan kamu, Alisya! Ummi masih perlu membantu abi untuk melunaskan segala hutang dalam hidup ini. Berdoalah semoga ada rezeki abi agar ummi dapat berhenti kerja, seterusnya membesarkan sendiri anak ummi yang sangat ummi sayang ini! Inilah impian ummi, mahu menjadi surirumah agar anak ummi sentiasa di sisi.

Sepayah mana pun mencari rezeki,
ummi tetap mengutamakan kesihatan anak ummi.
Ummi tahu Alisya tak suka, sabarlah wahai anakku...
maafkan ummi!

Sunday, June 06, 2010

:: Syurga Menanti Mu...

Entry khas, buat anakanda Alanna Qish. Malam tadi, kira-kira jam 11 lebih... abang mendapat panggilan dari Syarul (daddy Alanna). "Alanna dah takde..." Pilunya hati, tergamam seketika! Bukan menolak suratan Yang Maha Esa, tetapi kami baru sahaja pulang dari melawatnya sebelum Alanna menghembuskan nafas yang terakhir. Tiada tanda yang menunjukkan itulah pertemuan kami yang terakhir kali, sebelum anak kecil itu pergi buat selama-lamanya.

Alanna, semangat mu tinggi! Perjuangan mu di muka bumi ini telah berakhir. Allah lebih menyayangi mu nak! Ternyata, kamu adalah 'pinjaman' Allah yang tiada tandingannya! Pasti ummi dan yang lain-lain akan merindui kamu! Pergilah sayang, pergilah dengan tenang... nantikan mumyy, daddy, abang Nadim mu 'di sana'! Syurga menanti kamu; Alanna Qish binti Syarulniza!

Al-Fatihah...