Wednesday, April 06, 2011

:: Cek Embun Dapat Hadiah...

Dah Cek Embun pulak dah namanya! Takpelah kan, it's still my lovely doter, Alisya! Hahaaa...

Yup... anak ummi dapat hadiah dari sekolahnya. Atas kemenangan dalam pertandingan 'Dressing Competition' yang diadakan di IMC 2 minggu lalu. Santek nau ke Cek Embun ni? Santeklah kot di mata ummi dan abi! Siapa lagi nak ngaku anak mika santek molek kalau bukan mak apaknya sendiri kan? Syukur dengan anugerah Allah. Dalam kekurangan Alisya, ada juga Allah selitkan kelebihannya. Amin!

Beberapa jam sebelum bertolak ke IMC.
Asek na mahu tido duduk.


Sehari selepas majlis, hadiah belum buka...
dok tinggal dalam kereta.

Sabtu lalu, kami ke IMC. Atas jemputan sempena meraikan ulang tahun IMC yang ke-9. Walaupun kedatangan kami agak lewat, yakni sekitar jam 8 malam (dah nak habis dah pun majlisnya)... namun, mujurlah kami sempat untuk bersama dalam acara penyampaian hadiah. Dalam keseronokan berkenalan dengan ibu bapa anak-anak IMC, tiba-tiba nama Alisya diumumkan sebagai pemenang dalam Dressing Competition! Waahh... bersungguh anak ummi menang neh. Ummi ingatkan anak ummi tak dapat apa-apa hadiah. Terus sahaja aku mencari Alisya kat mana diamnya, rupanya dah 'past-around' dah anak aku tu. Macam-macam orang dok dukung Alisya. Sudahnya Alisya didukung oleh pengasuh IMC untuk mengambil hadiah. Seakan tahu yang dirinya menerima cenderahati, makanya terpamerlah lirikan senyumannya yang menyerlahkan kegedikan anak ummi tuh!

Hai... bab-bab melaram, memang Alisya maju! Habis semua baju jalan ummi laramkan masa competition tu. Mana taknya boleh menang. Rezeki... walaupun sekadar majlis anak-anak istimewa, tapi bagi ummi dan abi... perasaan yang tersimpul di kala itu adalah 'suatu nikmat' yang tak terkata! Belum pun Alisya menunjukkan langkahnya, akan tetapi ummi dah dapat rasa 'keseronokan' yang amat menerujakan itu. Seronok rasanya dapat menghadirkan diri dalam acara sekolah anak-anak. Memang terasa macam Alisya dah sekolah darjah 1. Tapi, yang sayangnya... ummi yang ngok ni, tak bawak kamera! Ahahahaaaa.... semuanya kerana otak ummi tak dapat berfikir dengan waras untuk seketika. Hahahaa... rugi kan? Banyak juga acara yang terlepas dek kerana kelewatan kami menghadirkan diri. Tak apalah, tak ada rezeki nak tengok anak-anak IMC buat persembahan. Mungkin di lain majlis, insya-Allah kami akan cuba untuk hadir dengan lebih awal.

Gaya model IMC nak gi sekolah!


Kalau mood amat baik, tersengih-sengih Cek Embun di pagi hari.


Melaram sakan, memang feberet Alisya.

Kesempatan bertemu dengan ibu bapa warga IMC, membuatkan kami berkongsi cerita mengenai 'sejarah' yang berlaku ke atas anak-anak kami. Emil, seorang anak yang dilahirkan sihat, tanpa sebarang komplikasi akhirnya ditakdirkan menjadi CP kerana jangkitan kuman batuk tibi yang dibawa oleh pengasuh (maid) dirumhnya. Seawal umur 2 bulan, anak ini dijangkiti virus tersebut... yang akhirnya 'menetapkan' Emil untuk menjadi keluarga IMC. Mempunyai seorang kakak yang normal, dan seorang adik yang telah kembali ke rahmatullah kerana komplikasi ketika lahir. Menurut mama Emil, adiknya hanya sempat lahir ke dunia dalam jangkamasa 2 jam, selebihnya Allah telah menjemput adik Emil 'pulang'. Lemas dan masalah pada jantung punca arwah adik Emil pergi selamanya. Pasti lebih hebat dugaan mak dan ayah Emil. Sungguhpun kebanyakan latar-belakang keluarga anak-anak di IMC rata-ratanya 'somebody'... akan tetapi apabila berbicara perihal anak istimewa masing-masing semuanya menjadi sama. Semuanya tiada beza, semuanya berkongsi perasaan yang sama, berharapan menggunung yang sama dan menanam impian yang sama agar suatu hari nanti, anak-anak di IMC mampu untuk berdikari. Itu sudah lebih dari cukup. Tanyalah mana-mana ibu bapa yang punyai anak istimewa, apakah yang mereka harapkan dengan anak itu? Jawapannya; Cukuplah andai anak ini mampu berdikari!!!

Aku dan abang adalah jemputan terakhir yang bertandang pada majlis ini dan kami jugalah yang terakhir pulang meninggalkan sekolah Alisya. Hahahaa!!! Berkenalan dengan suami Puan Sunny, membuatkan diri ini dihargai. Masih aku ingat kata-kata lelaki tersebut... "Don't worry, you're not alone! Kami ada untuk membantu." Kata-kata semangat! Rupanya adik Mr Sunny juga merupakan seorang OKU, juga CP. Mungkin kerana ini jugalah, Mr and Mrs Sunny semakin bersemangat membangunkan sekolah khas, ikhlas membantu anak-anak kurang upaya walaupun ada yang terpaksa tinggal di sekolah tersebut atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan. Aku dan abang mengambil kesempatan berborak dengan lebih lama bersama mereka, bertanyakan pelbagai soalan dan kami sama-sama merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak di IMC. Semoga Allah permudahkan urusan dan rancangan kami itu.

Hanya doa dan harapan, semoga anakku Alisya dan kawan-kawan seperjuangannya di sekolah... mahupun di luar sana akan dapat meneruskan kehidupan dengan 'sempurna', berdikari tanpa menyusahkan orang lain seandainya ummi dan abi dijemput Illahi suatu hari nanti! Kamu adalah anak yang banyak memberi kesedaran kepada ummi nak, Alisya adalah segalanya bagi ummi. Ummi sangat mahu melihat kamu berjalan walaupun terpaksa bertemankan tongkat! Ummi sangat mahu kamu memanggil nama ummi, walaupun dalam nada pelat, ummi sangat mahu kamu memeluk ummi walaupun pelukan kamu tidak erat dan ummi sangat mahu kamu memandang wajah ummi, tepat ke dalam mata ummi sambil mengucapkan... 'Alisya sayang ummi!!!'

Tuesday, March 29, 2011

:: Karya Agung Alisya Yang Pertama...

Alisya belajar tanam taugeh.

Huh lehhh!!! Cantik tak? Hihiii.... Inilah hasil karya agung anak ku. Anak ummi dah pandai bercucuk tanam ye! Walaupun hanya sekadar benihan kacang hijau, yang akhirnya tumbuh menjadi taugeh... ianya tetap menjadi karya yang agung lagi 'membanggakan' di mata ummi dan abi! Sangat cantik sayang!

Semalam, ketika menjemput Alisya pulang dari sekolah... inilah yang diberikan oleh pengasuh IMC kepada ku. Katanya, ini hasil karya Alisya. Mereka memegang tangan Alisya, bantu dia untuk buat taugeh ni. Terus sahaja aku mengambil 'karya' tersebut dengan rasa besar di hati! Sangat suka, pulak tu siap ada nama Alisya. Berbunga-bunga hati ummi melihat hasil sentuhan anak sendiri. Masuk sahaja ke dalam kereta, terus ummi MMS abi. Macam real je anak abi ni! Hihiii... pandailah anak CP kita ni abang!

Bahagian dalam bekas taugeh.
Bau tanaman ini agak 'wangi'...

Ummi nak mintak izin Alisya untuk 'service' taugeh ni buleh?


Walaupun dia tak faham dengan jelas apakah yang dia lakukan itu, tapi aku percaya... Alisya 'memahami' dan merasai suatu perasaan apabila dia cuba untuk mengutip kacang hijau tersebut, lalu dicampakkan ke dalam bekas yang disediakan. Memanglah dengan bantuan orang disekelilingnya, tetapi dengan cara itu jugalah mengajar Alisya memahirkan fine motor skillnya. Takpe nak, ummi sokong apa sahaja yang Alisya lakukan! Ummi tak kesah andai suatu hari nanti anak ummi merengek-rengek mahu bermain dengan pasir, tanah mahupun lumpur. Bagi ummi, itu semua pengalaman manis ketika di zaman kanak-kanak. Alisya juga berhak merasainya.

Ummi tunggu hasil karya anak ummi yang seterusnya! Tak sabar nak tahu apakah yang Alisya lakukan di sekolah. Ummi nak sangat muka anak ummi ni dilukis seperti mana wajah kakak-kakak dan abang-abang di IMC diconteng pada 3 minggu yang lepas. Dilukisnya gambar rama-rama, bunga-bunga, bercorak-corak di pipi mereka... cantik! Hihiii... Entah apalah perasaan anak ku tatkala melakukan aktiviti-aktiviti ini di sekolah kan?

Pagi tadi, abi menyangkutkan taugeh Alisya di luar.
Dapat udara segar sikit! Heheee!!!


Lepas ni, Alisya buleh tulun ummi tanam serai. Tangan ummi ni beracun kot, asek je tak jadi serai kat rumah kita. Daun pandan, ok pulak! Dah dapatlah makan kueh cara manis pakai air daun pandan hasil 'karya' ummi tu! Heheee... Abang, nanti ayang masak lagi kuih cara manis dan berlauk tu ye!

** Hanya Allah yang tahu perasaan ummi dikala ini! ~ legaaaaaaaaa + hepi + bersyukur! ~ Alhamdulillah!!!

Monday, March 28, 2011

:: Jemputan...

Ke mana pula kali ni? Jemputan apa ye? Aku dan abang dijemput untuk menghadiri majlis sambutan ulang tahun yang ke-9 sekolah Alisya. Woww!!! Makin teruja pula rasanya. Benar-benar terasa seperti 'anakku sudah melangkah ke alam persekolahan' yang sebenar. Walaupun Alisya hanya 'layak' ke Pusat Latihan & Jagaan Insan Istimewa IMC, namun... aku dan abang cukup berbesar hati dengan keadaan yang kami lalui hari ini. Cukup sempurna di mata kami.

2 April, tarikh yang dipilih untuk jamuan tersebut. Ummi dan abi baru sahaja bercadang mahu pulang ke kampung halaman, tiba-tiba niat kami itu terbantut. Yelah, anak dah mula sekolah... kenelah ikut aktiviti sekolah anak. Yang buat aku tak sabar, nama pun jamuan kan? Bukanlah tak sabar pada makanan, tetapi pada situasi yang bakal berlaku pada majlis tersebut. Memanglah tidak se-gah acara gilang-gemilang. Tetapi, situasi pada majlis tersebut bakal menyaksikan suatu perasaan yang amat sukar untuk digambarkan. Pasti kami dapat berkenalan dengan ibu bapa anak-anak yang lain, dapat berkongsi cerita, menyaksikan persembahan anak-anak istimewa dan yang paling berharga adalah... aku dan abang bakal 'mengutip' pengalaman serta tip istimewa dalam membesarkan anugerah Allah ini. Ibu bapa di IMC lebih ramai yang makan garam dahulu sebelum kami.

Melayu, India dan Cina... walau apa sekalipun bangsa dan agama mereka, di IMC ianya umpama sebuah keluarga. Kasih-sayang yang dipupuk dalam diri anak-anak serta pengasuhnya, amat menarik perhatian aku. Tidak keterlaluan andai aku menyatakan, pengetua IMC... Puan Sunny sungguh berhati ikhlas dan tabah! Tidak semua orang mampu sekuat Puan Sunny dalam membentuk insan istimewa ini agar dihargai dan menjadi yang lebih baik. Terasa kagum setiap kali Puan Sunny bercerita tentang pengalamannya dalam membangunkan 'penghuni' IMC. Syukur lah, Alisya antara seorang yang bertuah!

Tunggu saja 2 April ini tiba. Memori yang bakal kami rakamkan, akan ku paterikan di blog ini. Dengan harapan, suatu hari nanti... Alisya mampu membaca dan mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya yang tidak sehebat anak-anak normal di luar sana. Alisya, bagi ummi dan abi, kamulah anak yang terhebat! Lebih hebat dari ummi dan abi yang diciptakan Allah sempurna segalanya. (Adakala, ummi dan abi lebih bengong dan lalok dari orang gila tepi jalan!) Hahahaaa... Luv u nak!!!

Sunday, March 27, 2011

:: Ummi, Abi Kene Marah...

Huh? Bunyi macam serius. Memang serius pun.

Ummi dan abi dimarahi oleh teacher Alisya. Hahahaa... padan muka kami! Teacher Alisya marah kerana anak kami tidak dihantar ke sekolah pada Jumaat yang lalu. Yelah, dah ummi tak kerja... makanya, ummi mengambil pendekatan untuk Alisya duduk rumah dengan ummi. Rupanya, cikgu Alisya tak bagi dah anak ini ponteng-ponteng lagi... walaupun ummi tak kerja, Alisya harus ke sekolah.

Abi memberi alasan kepada cikgunya, bahawa... ummi berfikir akan kepenatan Alisya ke sekolah selama seminggu. Sekali lagi cikgu Alisya menegaskan; "Nob! She's not tired, but your daugther loves to go to school la! Dia happy jer. Mana ada penat?!"

Haa.. tengok nih! Alisya penat pergi sekolah,
sampai tinggal tulang dah badannya! Hahahaaa....


Alahai... sorrylah teacher Sunny, ummi yang penat sebenarnya! Hahaaa!!! Pandai-pandai pulak cakap anak yang penat ye. Walhal, bila sampai kat pagar sekolah je... mendengar sahaja pengasuh-pengasuh di sekolah terjerit-jerit "preety girl"... Alisya dah tersenyum gedik! Perasan lawa lebih anak ummi neh.

Lepas ni, anak ummi harus ke sekolah setiap Jumaat. Ummi berdendanglah sorang-sorang kat rumah! Nak bergolek-gelantang ke, nak terkinja-kinja ke, nak merayap sensorang ke... ummi dah dapat 'lesen' rehat on Friday! Yeeehaa... tapi confirm tak syok nak jalan sendirian tanpa 'henbeg' kesayangan ummi tu. Takpelah nak, demi kebaikan dan peningkatan perkembangan anak ummi... ummi penat ke, lenguh kaki bawa kereta manual ke, sakit lutut redah jem ke... ummi tetap akan hantar Alisya ke sekolah. Asalkan anak ummi akan maju lagi setapak! Insya-Allah!!!

** Design blog yang macam cannot go! Aku dah malas nak godek-godek dah. Kalau internet laju macam jet, takpe gak!

Tuesday, March 22, 2011

:: Tergendala...

Siaran tergendala seketika... Buat-buat tak nampak lah kehodohan blog ini. Daaaaa....

Friday, March 11, 2011

:: Akhirnya, Aku Berpeluang Bercerita Perihal Sekolah Alisya...

- Entry tersangkut-sangkut. Cerita pun dah nak basi, tapi ummi bedal aje! -

Mak eh... tajuk sikit punya panjang lebar! Excited nampak?!! Eh, tak lah... muka ala senyum je sikit. Yelah, hati lega bukan kepalang sebab anak dah mula ke 'sekolah'!

Assessment day... muka anak ummi agak 'ketat'!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!!! Syukur sangat-sangat... rasa macam nak sujud sahwi pun ada juga neh! Akhirnya anakku berjaya untuk ke sekolah. Satu lagi azam yang sudah aku kecapi untuk tahun 2011 ini. Walaupun sekolah tersebut bukanlah sekolah antarabangsa yang mengujakan, tetapi aku tetap bersyukur kerana Pusat Jagaan & Latihan Insan Istimewa IMC adalah 'dunia' Alisya yang sebenar. Risau hati si ummi tetap ada bila mana meninggalkan anak kesayangan jauh dari pandangan mata. Namun, ku buang jauh perasaan itu demi melihat anak ini berdiri teguh dan berdikari sendiri dengan tulang empat keratnya.

Mungkin ada yang berfikir, kenapa sebelum ini aku tidak pernah bersuara untuk menghantar Alisya ke sekolah. Tak pernah langsung ada entry berkisar sekolah Alisya di blog ini. Bukannya aku berahsia, jauh sekali berkedekut info atau pun mementingkan diri. Tidak sama sekali! Sebenarnya, hati ini sudah lama terpaut untuk menghantar Alisya ke sekolah. Sejak dari tahun lepas lagi. Cumanya... keadaan, masa dan sekolah yang sesuai belum di temui ketika itu. Ada beberapa sekolah yang aku cari dan hubungi sebelum ni, tetapi ianya tidak menepati tempat, duit poket mahupun masa kerja ku. Dan pula, aku tiada pembantu rumah untuk menemani anak ku ke sekolah tatkala aku berkerja. Mahu mendriving sendiri ketika itu pun, aku masih tak tahu. Masih mengharapkan kederat abang seorang. Agak payah untuk membuat keputusan perihal sekolah Alisya ketika itu.

Runsing bila memikirkan manakah sekolah yang sanggup menerima Alisya? Hari demi hari aku berbincang dengan abang, manakah tempat yang terbaik untuk anak ini. Banyak betul halangan yang datang saat aku berbulat hati mahu menempatkan Alisya di mana-mana sekolah. Cumanya, aku tidak pernah menyatakan masalah itu di sini. Aku telan, aku hadapi satu persatu bersama abang. Alhamdulillah, Allah perkenankan doaku! Syukur!!!

Bermula dengan Tasputra. Zaman ni, aku masih 'bergantung hidup' dengan abang. Ke hulu ke hilir memerlukan abang sebagai driver. Bukan aku tak pernah menghubungi Tasputra dan bertanyakan mengenai status anak ku untuk bertemu dengan pengetuanya, tetapi setiap kali aku bertindak, saat itu jugalah ada sahaja aral melintang yang datang. Mungkin memang bukan rezeki Alisya di situ. Sungguh, aku cemburu bila mana anak-anak lain yang seangkatan Alisya telah pun mendapat tempat di sekolah masing-masing. Hati ini pasti terdetik... 'kesian anak ummi, orang lain dah banyak kemajuan, anak ummi masih jauh di belakang!'. Akan tetapi, aku pegang kata-kataku dulu, tidak mahu membezakan Alisya dengan sesiapa pun. Dan aku selalu berbisik dengan Alisya.. 'satu hari nanti, anak ummi pasti ke sekolah... masa tu ummi yang hantar adik, ummi yang jemput adik! Abi, hanya sediakan pacuan buat kita!'... Ya, itulah yang selalu aku sematkan di hati. Ketika itu, ucapan tersebut mungkinlah hanya sebagai kata-kata penyedap rasa. Tetapi hari ini, segalanya menjadi nyata! Alhamdulillah!!!

Setinggi penghargaan buat Mama Dania dan Papa Supit (ayat kamus dewan betol lah) kerana bersusah-payah menolong kami mencari tempat yang terbaik buat Alisya. Kami hargai pertolongan kamu berdua, terima kasih juga kerana 'meminjamkan' kami bahu dan telinga kalian! Pusat Jagaan & Latihan Insan Istimewa IMC. Inilah sekolah Alisya. Bertempat di Subang Jaya. Jika difikir secara logik, setiap pagi aku dan abang akan 'mengukur' jalan dari rumah kami ke sekolah Alisya. Kemudian mengukur jalan lagi dari Subang untuk ke Bangsar. Untuk menjemput Alisya pulang, aku perlu menggagahkan diri, kuatkan semangat, bina keyakinan untuk mendriving sendirian ke sekolah Alisya. Kali pertama melalui jalan yang berliku, haruslah terasa ketarannya dan sayup-sayup sahaja. Ikutkan hati ummi yang lembik nih, lama dah ummi berhenti tepi jalan, menanes puas-puas... kemudian sambung driving semula! Hahaaa... apa dah??? Sebabnya para pemandu di sekitar jalan yang ummi tempuhi ini, rata-ratanya sungguh 'berhemah' sekali! Payah benar nak beri laluan, payah benar nak mengelipkan signal untuk memasuki lorong ummi. Haissshh... sabar ajelah. Pastinya aku berdoa agar pemanduanku pergi dan pulang untuk menjemput Alisya dalam keadaan selamat.


Dressing day! Hari-hari semangat nak gi skool...

Drastik!!! Semua yang berlaku kepada kami tiga beranak, boleh dikatakan satu perubahan yang sangat drastik! Tak pernah terfikir kami akan lalui satu perubahan yang besar dalam masa terdekat ini. Bermula dengan rutin harian, jadual kerja, jalan yang harus dilalui untuk ke pejabat serta penjagaan Alisya yang tiba-tiba bertukar 'warna' dan 'coraknya'! 'Kesulitan' yang kami lalui sepanjang minggu lepas, memberikan kami seribu pengajaran. Namun, di sebalik semua itu... Allah telah selitkan hikmah yang cukup indah. Benarlah, perancangan dan ketentuan Allah adalah lebih teliti dan kemas berbanding kita, yakni manusia biasa yang hanya mampu merancang sebaiknya.


Budak penat balik sekolah. Tido pun main taram je!
Cian anak ummi.


Allah 'menghadiahkan' Alisya pelangi nan indah selepas diuji dengan dentuman kilat dan petir yang sangat kuat! Hanya kesyukuran yang mampu ku panjatkan...

Monday, February 28, 2011

:: Tiada Tajuk Utama...

Sekali lagi blog ini kelihatan sungguh huduh!

Aiseh, mane tah salah silapnya. Buat tak nampak ajelah yerk. Tuan tanah kedaung ni tengah tak ada mood untuk menghias cantek blog ini. Lagi digodeh, lagi cacamarba jadinya! Plus, sangat banyak yang mahu difikirkan.

Kepala kusut, emosi adakala ngam, adakala terpaksa berpura-pura, badan letih, jiwa kacau! Drastik!!! Segalanya drastik sungguh! Hanya itu yang mampu dijelaskan.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Ketentuan Allah adalah rahsia Allah. Semoga ada Nur dan Hikmah yang menanti anakku; Alisya Qaireen!

Kepada suamiku... terima kasih kerana 'melindungi' isteri dan anak mu. Saya sayang kamu!!!