Wednesday, August 17, 2011

:: Lepaking Di Rumah...

Rabu... hanya melepak di rumah bersama Cik Embun.

Sekolahnya tutup, kerana Nuzul al-Quran. Ummi terpaksa mengambil cuti untuk menjaga permata hati nan satu ini. Kebetulan, badan Alisya agak suam-suam panas. Demam... sama macam kembarnya; Nabila. Melepet ajelah Cik Embun tu. Merengek-rengek manja. 

Dah lama tak lihat senyuman manis anak ummi tu. Entah manalah urat-uratnya yang dah bersimpul sampaikan nak senyum pun dah tak larat. Kesian kamu nak. Cepat baik ye sayang... tak mau lah demam lama-lama ye. Ummi cayam kamu Alisya Qaireen!

 Cik Embun ku yang tak larat... cian anak ummi!


Bila dah duduk rumah, nak-nak pula time-time puasa ni... memang agak boring! Dah tak de kejaan lain, ummi pun lambakkan baju-baju raya Alisya. Memang tak banyak membeli pun untuk raya tahun ni, sebabnya banyak yang orang beri. Pemberian 2 tahun lalu pun, masih ada yang belum berpakai, sebabnya baju tu Alisya belum muat. Alhamdulillah, tahun ni Alisya dah 'membesar' sedikit. Dapatlah anak ummi menggayakan baju-baju tu. Rezeki anak kan... terima kasih pada mereka yang memberi Alisya pakaian yang santek-santek ini. Semoga rezeki kalian pula dilipat-gandakan oleh-Nya. Niat hati nak membasuh baju-baju baru tu, tapi ummi tengah tunggu mood ni datang. Hehee... vokeylah! Selamat berbuka...


Rezeki anak, Alhamdulillah.

Wednesday, August 10, 2011

:: Ramadhan Kami Yang Ke-5...

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang pada aku, abang dan Alisya untuk menikmati Ramadhan di tahun yang ke-5 ini. Allah masih memanjangkan urusan pinjaman ke dua-dua 'nyawa' ku ini! Alhamdulillah...

Ramadhan datang lagi. Rutin harian di kala bulan puasa ini, seperti biasa. Bangun seawal 4 pagi, menyiapkan sahur, selesai makan, bersiap-siaplah pula untuk ke tempat kerja. Cumanya, tahun ini ada tambahan menu untuk sahur. Menu wajib; yakni aku juga harus memasak bubur nasi untuk Cik Embun sebagai bekalan ke sekolah! Hehee...

Sebenarnya, sejak Alisya bersekolah, sememangnya aku akan memasakkan bubur setiap pagi untuk bekalan hariannya. Bukan tak mahu dia menikmati hidangan di sekolah, cumanya aku risau andai anak ini cepat tersedak dek kerana menu di sekolah agak kasar. Bubur Alisya agak lembik, dan sedikit di blend untuk tidak membuatkan Alisya tercekik atau sebagainya. Lagi pun, kebanyakan anak-anak di IMC sudah pandai mengunyah. Alisya baru sahaja nak belajar. Makanya, adalah lebih baik untuk umminya menyediakan sendiri bubur nasi untuk anak ini, tambahan pula lagi berkat kan bila mana si anak menikmati hidangan air tangan si emaknya. Itu juga yang MIL ku pesan, biarlah kita sendiri yang masak untuk anak, kita tahu anak tu makan apa... kita tahu citarasa anak kita macam mana. Yelah, bubur Cik Embun nak masaknya bukan macam biasa. Ayam atau ikan harus di-grilled terlebih dahulu. Hasilnya... memang ummi pun tumpang semangkuk lah! Hahahaaa... citarasa tekak Alisya nak yang sedap-sedap aje!

Hari ni, masuk hari yang ke-10 sudah kita meneruskan ibadah puasa. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan elok sekali. Cumanya, anak ku agak kurang sihat. Emosi terganggu, jiwanya kacau-bilau. Ini kerana Alisya tersembam dekat meja tulisnya di IMC, minggu lalu. Kasihan anak ummi masa tu, nak salahkan siapa pun, tak logik. Sebab Alisya dengan tiba-tiba diserang spesm@jerk yang melampau. Tuh yang terus tersembam kat meja, hasilnya memang membengkaklah mulut Alisya. Bibir dah terjuih, terjungkit sedikit, agak lebam, bengkak dan berdarah. Ummi yang nangis tengok Cik Embun tuh! Tapi Alisya, selamba aje minum susu nyonyot pakai botol. Memang kuatlah Alisya tu kan? Tapinya, bila malam hari... memang ummi dah start tidur duduk balik lah. Entah manja apalah yang datang dekat Alisya tu, tak buleh nak diletak langsung. Nak dikepit, diriba sahaja! Kalaulah dah lena tidurnya, bila diletakkan di tilam... mau menjerit balik Cik Embun tu! Sabar ajelah ummi pada Ramadhan ni. Mujur luka Alisya cepat baik. Bibir juih kembali mungil! Heheeee...



  
 'Abi... tengok lah Cica ni hah. 
Terjuih mulut Cica, sakit tau!'


Zoom sikit, nampak tak sekitar bibir Alisya kehitaman?
Sangat kesian kan?






  

Dalam perjalanan ke IMC. Lena tapi sakit.
 
Effect daripada kejadian, Alisya dah tak mahu tido buai! Mahu di pangkuan kedebok umminya ini. Tido malam pun mahu di peha aje. Lenguh gak pinggang ummi sebab tidur ummi tak selesa. Tapi tak mengapalah nak, asal kamu yang lena! Senyuman pun, dah tak semanis dulu. Mungkin masih ada sisa rasa sakit denyut-denyut tu. Bila digosokkan gigi, memanglah lagi meraung! Cian anak ummi... Cepat sembuh seperti sediakala ye nak, sebab ummi dah rindu nak lihat senyuman simpul manis dia tuh! I love U anakku!!! And abi too!

Dah baik sikit, tido pun mulalah main taram!

Tuesday, July 19, 2011

:: 19 Julai 2011...

Saya sayang kamu; Encik Farid!

Saya kasihi kamu; Encik Abang!


Saya cinta kamu; Encik Suami!



Senyuman pada zaman kudus!


Senyuman pada jubli gangsa! ~Ngeeeee~


Dan saya sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat
sayangkan anak kita; Cek Embun Alisya!



Gaya tido anak om kaya!
Senang hati sebab ummi dan abi dah 10 tahun bersama!
Alhamdulillah...


Kamu-kamulah nyawa ku dunia akhirat.

Semoga kita terus bersama hingga hujung nyawa!


Selamat 10 tahun!!!



** Saya sayang juga amat-amat kat mak apak saya dan family saya...

Monday, July 11, 2011

:: 7 Bulan Memandu Dengan Gaban...

Diam tak diam, masuk 7 bulan aku bergelumang dengan stereng! Cehhh... ayat, macam real ajeee!

Payah gak sebenarnya nak mahir dalam bab mendriving ni. Maklumlah, sejak dapat lesen 10 tahun lalu, terus stop dulu. Terencat nak teruskan pemanduan sebabnya asek kerna sergah dengan abah. Hahaaa!!! Sejak dua menjak kejadian yang bertubi-tubi menimpa kami, aku gagahkan diri untuk cuba memandu semula. Terima kasih kepada parking Mid Valley kerana sudi menaikkan harga tiket, kerana kalau tidak... sampai ke hari ni aku masih menjadi co-pilot terhormat! Muahahhaaa...

Memandu di Kolumpo, banyak sungguh yang mencabar keimanan. Ada pemandu yang berhemah, siap bagi jalan... ada yang tak sabar main redah masuk lorong orang, ada juga yang beli kereta mewah @ besar gedabak, tapi sayang 'tak ada' lampu signal! Macamlah kene bayar kalau nak bagi signal untuk masuk simpang! Haiii... macam tu lah sikap dan ragam pemandu-pemandu di Mesia ini. Pada mereka yang bertolak-ansur, terimas lah! Pada yang masih rasa jalanraya ni macam jalan dia sendiri, bawak-bawaklah bertenang. Wallahualam!

Aku sendiri pun adakalanya bagaikan hilang sabar dengan pemandu-pemandu lain. Tapi, paling busuk pun... aku cuma tercarut; "wak lu bawak kereta macam tuh"! (sekadar melepaskan batuk kering kat tangga!) Hahaaa... nak marah lelebih, aku pun bukan teror sangat dalam bab bawak kereta neh! Kadang tu macam nak cari driver je rasanya. Abang, auto car please! (macam dapat?!) Hihiiii...

Keterpaksaan aku untuk memandu adalah kerana Alisya! Kekuatan hati terbit kerana Alisya! Dulu memanglah aku seriau nak driving semula. Tapi kerana anak, aku berusaha dan teruskan jua walaupun kadang-kala tersenggut-senggut menahan mengantuk! Alhamdulillah, skill tu tak hilang macam tu sahaja. Setakat 7 bulan nih, tidaklah sempurna mana pemanduan aku. Adat... sesekali pasti berdentum sana-sini. Macam Pak Mat Tempe berlanggar dengan motokar! Muahahahaa!!! Sudahnya, NBD aku ranap jugaklah. Dah macam kereta Gaban! Baru aje bertukar kulit... dah start melecet sana-sini. Pinjam kereta abah, pun ranap jugak aku kerjakan... tapi bukannya sengaja. Manalah ada pemandu nak saja-saja langgar tembok ke, langgar bendul ke, langgar teksi ke... Teksi? Adeh, 2 kali gaban kami ni 'mencium' muntut teksi! Ahahaaaa!!! Memang jahanamlah kereta aku tuh. Pulak tu, itulah satu-satunya nyawa yang ada untuk mengangkut kami ke sana-sini.


Gabanku... Dah macam kereta samseng jalanan!


Kejadian yang tidak disengajakan. Serta-merta perutku senak seharian!
Kereta abah. Stereng sekali putar hilang 5 kilo berat badan.
Punyalah berat! Tapi enjin power lagi, walaupun dah 'veteran'.



Walaupun Gaban kami tidak seindah rupa,
namun Alisya tetap selesa!
Hanya inilah pengangkutan
yang kami ada untuk dibanggakan! Hahaaa...



What ever pung, hanya doa sebagai pengiring perjalanan pergi dan balik walau ke mana sahaja aku memandu. Terima kasih pada mak yang tak pernah putus mendoakan keselamatan anak-anak, menantu dan cucu-cicitnya ini. Doa ibu adalah yang terbaik! Tak kesahlah sekemek mana pun kereta kami tu, tak kesahlah se'gaban' mana pun jadinya... asalkan NBD mampu menampung perjalanan kami ke mana sahaja dengan selamatnya! Yang penting, baca doa naik kenderaan memang aku tak pernah tinggal! Sehari dalam 16 kali aku ulang! Hahahaaa... hinggakan nak makan pun terbaca doa naik kenderaan daaa... kan ke sengal tuh?

** Kene tukar absorber pulak! Lepas satu, satu sakit NBD ni. Sabar ajelah... sebab tu kami sayang sangat dengan si gaban neh!

Thursday, June 30, 2011

:: Kamu Ibu Yang Kuat!...

Along... harapnya Along semakin kuat. Semakin tabah dalam meniti hari-hari yang mendatang. Sekiranya hati kamu sangat merindui arwah, perbanyakkan sedekah Al-Fatihah dan Yassin buat Nukman di sana. Insya'Allah... jiwa Along akan tenang. Berdoalah agar Allah beri peluang untuk Along 'bertemu' arwah walaupun dalam mimpi.

Mokcu faham apa yang Along rasa, cumanya... Mokcu tak dapat nak bayangkan hati Along yang menerima ujian ini. Berat mata memandang, berat lagi Along yang melaluinya. Hanya doa dan kata-kata semangat yang mampu Mokcu bagi. Andai pertolongan yang Along pinta, Insya'Allah... Mokcu cuba mana yang mampu. Lastly, semoga terus tabah dan kuat demi Qisya, Irfan & Apis.


Teman ketika kecil.


~ Seindah Biasa ~

Jalan pernah takut ku tinggalkan

Saat bintang tak mampu lagi berdendang

Saat malam menjadi terlalu dingin

Hingga pagi tak seindah biasanya


Takkan mungkin kita bertahan

Hidup dalam bersendirian

Panas terik hujan badai

Kita lalui bersama


Saat hilang arah tujuan

Kau tahu ke mana berjalan

Meski terang meski gelap

Kita lalui bersama


Ku tak bisa merubah yang telah terjadi

Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik

Agar kita tak pernah menjadi jauh

Meski beza dermaga untuk kita berlabuh


Pernah kita jatuh

Mencuba berdiri

Menahan sakit dan menangis

Tapi erti hidup lebih dari itu

Dan kita mencuba melawan



Dan teman sehingga kini!
Kekuatan Along, inspirasi Mokcu!
*peace yaw*

Tuesday, June 28, 2011

:: Kau Pergi Jua...

~ Al-Fatihah buat Ahmad Nukman Haqimi ~


Wajahmu...
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu...
Mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku

Sayangku...
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga...
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya...
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua...
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Thursday, June 23, 2011

:: Hakikat Kehidupan...

Dalam dunia ini, tanyalah siapa sahaja. Apakah yang mereka mahu? Pasti ada antara jawapan mereka; Mahu kaya, mahu hidup senang, mahu gaji banyak, mahu hidup tanpa masalah, mahu kereta dan rumah mewah, mahu isteri atau suami yang cantik dan hensem, mahu anak-anak yang sihat membesar tanpa sakit, mahu anak-anak yang comel, mahu hidup bahagia sahaja dan segala-galanya mahu yang baik-baik sahaja. Yang tak baik, yang tak best dalam hidup... tak ada siapa pun mahukan! Wallahualam...

Aku pernah mengandung, walaupun baru sekali Allah mengurniakan nikmat tersebut... aku tetap bersyukur. Aku tetap berpeluang merasai nikmat mengandung itu. Susah ke, berat ke, letih ke, sakit kaki ke, susah nak tido ke... seingat aku, semuanya aku tolak tepi. Tak banyak merungut, cuma banyakkan sabar. Abang pun cakap, aku masa mengandung baik aje! Dengar cakap abang, tak marah-marah... cuma bab merajuk makin kuat! (Nikmat mengandung sangat aku rindukan. Dan sangat-sangat aku impikan agar ianya terjadi untuk kali ke-2!)

Sewaktu Alisya di dalam perut, tak pernah sekali aku doa yang tak baik untuk anak ini, tak pernah sekali aku tidak mendoakan kesejahteraan bayi dalam rahim ku, tak pernah sekali aku abaikan kesihatan aku demi anak yang ku kandung itu. Semuanya aku cuba lakukan yang terbaik. Itulah lumrah manusia, sentiasa merancang dan mempraktikkan yang terbaik untuk diri. Cuma, pernah aku tertanya kepada abang; "Kalaulah Allah beri kita anak istimewa... macam mana erk bang?" Ketika itu, aku dan abang tiada jawapan. Terdiam sesama sendiri, sebabnya kami sendiri tak tahu apakah yang bakal berlaku esok hari? Soalan itu hanya berlalu bak angin yang bertiup.


Sakit Alisya, sakit ku jua!
Sungguh... ummi derita melihat kamu dalam kesakitan!


Bila kamu sihat, hati ummi turut 'sihat'!
Kamulah penawar ummi...


Penawar hati abi juga...
Walau apapun yang kamu hadapi,
Alisya tetap kesayangan kami!


Kelahiran Alisya sangat kami nantikan. Anak sulung, siapa yang tak teruja? Takut untuk bersalin itu pasti, namun hati ini hanya berdoa agar segala urusan dipermudahkan Allah. Apa sahaja doa mahupun bacaan ayat-ayat suci tidak lekang dari bibir ini. Kita hanya manusia yang mampu merancang sehabis baik, namun qada' dan qadar Allah tiada siapa yang mampu mengubahnya. Aku mencuba sehabis daya untuk meneran agar bayi ku keluar menjenguk dunia ini dengan selamatnya. Apa sahaja yang aku hajati, apa sahaja yang aku dan abang inginkan... sungguh berlainan sekali dengan apa yang kami terima daripada-Nya.

Anak kami tidak se'indah' yang kami doakan, namun Alisya lah yang paling 'indah' kurniaan Allah buat kami! Sungguh, pada mulanya berat aku rasakan untuk menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ibu terhadap anak istimewa. Tambahan pula, anak sulong. Manalah ada pengalaman yang boleh dijadikan sandaran? Teringat akan kata-kata kakak iparku; Pertama sekali, REDHA lah dengan apa yang berlaku. Terimalah sebaiknya apa sahaja pemberian Allah, kerana kita tak tahu apakah hikmah dan maksud di sebalik semua qada' dan qadar ini. Perancangan Allah itu lebih baik daripada apa yang kita rancang dan minta. Allah Maha Mengetahui.

Alhamdulillah, berkat daripada ketabahan hati, berkat daripada kesabaran yang masih tipis suatu masa dulu... aku dan abang telah lepas melalui satu fasa dalam bab menjaga anak istimewa. Walaupun masih banyak fasa yang harus ditempuh, ilmu masih cetek, pengalaman tidak seluas mana... apa yang kami dapati, kami cuba untuk melalui ujian Allah ini dengan tenang. Walaupun sesekali tewas juga, namun kami cepat bangkit dan mencari semula kekuatan itu demi Alisya! Sedangkan Alisya yang menanggung 'derita' begitu kuat semangatnya untuk menempuh hari-hari mendatang bersama kami, inikan pula kami yang tidak menanggung sebarang sakit? Malulah pada Alisya kalau ummi dan abi tak kuat macam dia. Apa pun yang berlaku dalam hidup, hakikatnya... hidup mesti diteruskan. Selagi ada nyawa yang dipinjamkan Allah, selagi itu aku dan abang berusaha apa sahaja untuk Alisya. Memang kesan usaha itu sangat jauh dan kabur untuk dilihat serta dirasai. Tetapi aku yakin, dengan doa yang ku panjatkan setiap hari, dengan usaha yang berterusan... Insya'Allah, Dia mendengar!


Alisya, yang sangat 'indah' di mata kami...


Habis bab aku dengan ujian ku. Dan aku masih mengharungi dugaan dari-Nya.

..................................................................................................

Setiap manusia pasti melalui liku-liku kehidupan yang berlainan. Panas yang diharapkan hingga ke petang, rupanya ada hujan yang menyinggah di tengahari. Cucu kedua ku, anak kepada anak saudaraku; Along Ju... juga didatangi ujian daripada Allah. Dilahirkan kembar seiras dan sejantina, namun si abang (Nukman) disahkan menghidap penyakit jantung yang mana jantungnya tidak berfungsi dengan baik, ada saluran yang tersumbat. Subhanallah, semoga ada hikmah disebalik semua yang tertulis.


Cucuku dalam kenangan;
Ahmad Nukman Haqimi
& Ahmad Irfan Haqimi.


Along Ju... Mokcu pernah rasa apa yang Along rasa. Mokcu pernah rasa bagaikan 'mati hidup semula'... pernah rasa tertekan yang teramat, pernah rasa hampir nak meroyan, pernah rasa hidup ini bagai tiada makna lagi dan pernah juga rasa malu dan tiada kekuatan langsung untuk menghadapi hari yang mendatang! Rasa sakit ketika mahu bersalin, tidaklah seperit mana jika mahu dibandingkan dengan peritnya untuk menerima kenyataan bahawa anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari itu, punyai masalah kesihatan yang akan berkekalan hingga hujung nyawanya! Sungguh... Mokcu dan Pokcu tidak tahu dengan siapa mahu kami mengadu. Kami tidak pasti apakah yang harus kami lakukan, kami buntu!

Namun, dek kerana keimanan yang masih ada di dalam hati ini... Mokcu dan Pokcu cuba bangkit daripada kesakitan yang mendalam. Nasihat daripada Mak Lang dan Pak Lang, amat terkesan sampai ke hari ini. Masih disematkan di dalam hati;... "Walau apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Anak tu rezeki daripada Allah. Tak semua orang berpeluang merasai ujian Allah, tak semua orang dapat rasa nikmat menjaga anak istimewa. Allah menguji hamba-Nya setakat yang Dia rasa mampu untuk ditanggung oleh seseorang itu. Segala yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi"...

Along, redhalah dengan ketentuan Allah. Tabahlah, bersabarlah! Hari ini, Ahmad Nukman Haqimi telah pergi buat selamanya. Pergi untuk bertemu dengan Penciptanya, pergi untuk mencari ketenangan syurgawi, pergi demi menyahut seruan Illahi dan perginya tak akan kembali lagi! Insya'Allah, arwah Nuqman menunggu ibu, ayah, kakak dan adiknya 'di sana'. Nukman umpama 'saham' Along di akhirat nanti. Arwah kini telah 'sihat' di samping bidadari syurga yang setia menemaninya. Damailah kamu di sana wahai cucunda ku, walaupun hati ini semakin rindu pada kamu, namun... hanya doa serta kalimah Al-Fatihah yang mampu Ummi Chu titipkan buat kamu nak! Jika aku hanya nenek saudaranya yang terlalu merindui arwah, bagaimanakah Along Ju... yakni ibu yang telah mengandung dan melahirkan dia! Subhanallah!!! Semoga Along terus kuat dan tabah! Sesungguhnya, ujian yang Along lalui bersama suami lebih hebat daripada Mokcu dan Mak Lang! Inilah hakikat sebuah kehidupan, mati adalah peneman setia walau di mana sahaja kita berada!


Ahmad Nukman Haqimi;
kini telah berada di syurgawi. Al-Fatihah...



Kali pertama dan terakhir bersama arwah.
Damailah kamu di sana nak...



Rindu Ummi Chu tidak bertepi, apatah lagi ibu mu.
Semoga Along Ju dan Apis tabah dengan ujian Allah!


Anak... adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, sihat atau sakit anak itu... itulah hadiah paling 'mewah' buat si ibu dan si ayah! Namun, hidup kita semuanya adalah pinjaman. Suatu hari nanti, mati pasti mendatangi kita. Semoga Allah mendengar doa Along, doa Mokcu dan sekalian mereka yang bernama manusia! Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Allah telah merancang yang lebih baik daripada yang kita pinta! Wallahualam...