Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Kareem...
Tahun ke lima bersahur, berpuasa dan berbuka bersama suami. Teringat tahun ke dua puasa, Alisya sudah ada dengan kami ketika itu. Dan ketika Ramadan itulah Alisya diserang demam panas. Seminggu ummi dan abi berpuasa, berkampung di hospital. Pengalaman! Tak perlu nak kenang lebih-lebih lah.. kan?
Tahun ini, ummi berdoa semoga Allah mengurniakan rahmat dan seribu hidayah buat kami sekeluarga, menerima ibadah kami, memberkati amalan kami. Juga ummi doakan semoga seluruh umat Islam, hamba Allah mendapat petunjuk dan keberkatan dunia akhirat sempena Ramadan nan mulia ini.
Kepada semua kenalan alam maya yang ummi kenal mahupun tak pernah bersapa, selamat berpuasa ummi ucapkan. Moga-moga kita semua di bawah payungan Allah. Ampun dan maaf jika diri ini pernah tersalah kata, tersilap bicara.
Salam Ramadan al-Muabarak.
Friday, July 20, 2012
Thursday, July 19, 2012
:: 19 Julai, 11 Tahun Chenta...
Hari ni genap 11 tahun ummi abi bercintan-cintun. Macam biasa, memori 19 Julai 2001 masih berdendang-dendang di benak fikiran. Hihiii... zaman bercinta, seronok aje. Siapa tak suka saat dilamun cinta...kan?
11 tahun... kalaulah terus kahwin dulu, Insya'Allah dah ada dah anak-anak ummi yang menginjak bujang ataupun anak dara. Alisya pasti dalam senarai anak-anak ummi tu. Hahahaaa...beranganlah ko ummi oii! Bestkan kalau anak ramai ni. Haihhh!!!
11 tahun... Insya'Allah dan Alhamdulillah, kasih sayang ummi masih sama untuk abi. Chenta pun begitu. Sungguhpun adakala dilema, namun sebaliknya benda itulah yang menambahkan lagi rasa kasih sayang ini. Lagi bertambah bilamana Alisya di sisi.
Syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah kurniakan ini. Walaupun hidup kami tak seindah kehidupan si anak raja, walaupun hidup kami tak semewah kehidupan si anak tan sri, walaupun hidup kami tak sesempurna kehidupan keluarga yang normal, namun kebahagiaan kami tetap terukir. Manisnya hidup ini tetap kami nikmati. Alisya juga begitu.
Terima kasih buat suami ku, abi Alisya, kekasih ku, penjaga ku, ketua ku, raja di dalam rumah ku serta pemegang saham terbesar dosa-dosa ku kerana menjaga ummi, mendidik ummi, membahagiakan ummi dan menjadi pelindung ummi dan Alisya. Kami, perempuan-perempuan kepunyaan abi, sangat-sangat sayangkan abi! Dunia akhirat... semoga terus kekal selamanya! Amin Ya Rabbal A'lamin!

Ya Allah, kekalkanlah kami hingga ke Jannah-Mu. Amin!
Tuesday, June 26, 2012
:: Mari Bercerita...
Bismillahirrahmanirrahim...
Dek kerana ada masa terluang sementara menunggu kerja yang bagaikan menunggu durian gugur, mehlah sini... kita bercerita-ceriti tentang seorang budak baik, bernama Alisya dan mak apaknya... yang baik jugak! Muahahahahaa...
(ummi tak jadilah nak tutup blog, sesekali datang gila ummi... sesekali datang rajin ummi, walaupun sebulan sekali kasi edit post, best pulak layan blog kan...mengong ummi neh! ngengada lebey...)
Cerita pasal Alisya dulu eh. Hari ni, Alisya baik-baik aja. Alhamdulillah, makin senang tidur malamnya, walaupun pesen tidur dah lain. Kalau dulu, lengan ummi jadi 'bantal empuk' dia. Lani... sudah tukar ke perut ummi pula. Lagiklah empuk kan! Sebelum tidur, harus dipeluk. Kemudian, sampai ke pagi kepala Alisya di atas perut ummi ni. Memang ummi tak boleh nak pusing kiri atau kanan sebabnya kalau dialihkan kepala anak ini, maka terjagalah Cik Embun dari tidurnya. Dia ni kalau dah bangun bukan mudah nak suruh tidur balik. Makanya, biarlah Alisya sedap menikmati tidur malam di atas perut ummi yang bolat itu! Hahahahaha!!!
Tidur di kerusi secara duduk, masih menjadi kegemaran Alisya sekali-sekala. Selesa kot bagi dia. Kalau balik kampung ummi kene booking khas satu kerusi buat kamu, dan... dua-dua Atok kalah dengan Alisya! Sebabnya, kerusi 'agung' Atok Anip serta Atok Ai'd automatik akan jadi milik Alisya. Dah sah-sah kerusi Atok-Atok ini yang selesa. Mahaplah Tok ye, Alisya ni kan special case!
Cerita tidur habis. Cerita lain pula. Bab buang air besar. Sedia maklum, anak ummi ni bukannya mudah nak membuang air besar. Kalau di pam pun, mau berdarah-darah tempat 'tut' dek kerana Alisya harus meneran sekuat hati. Adakala, sampai air mata ummi pun turut mengalir. Kesian sangat! Ada satu masa, ummi berdoa moga sakit berak Alisya tu, biar ummi yang tanggung. Memang masin mulut si emak kan, esoknya memang ummi rasa payah sangat nak membuang. Mengulas-ngulas mungkin sama seperti yang Alisya alami. Takpe nak, asalkan kamu mudah untuk urusan itu. Ummi tak pernah putus doa kat Allah, moga anak ummi diberi kekuatan dan permudahkan urusan beraknya. (nampak macam kelakar doa ummi ni + ummi tak reti nak buat ayat bunga-bunga bila nak berdoa kat Allah... ummi cuma harap doa ummi sikit sebanyak membantu Alisya. Dan Allah itu kan Maha Pendengar dan Maha Mengasihani! Insya'Allah...)
Mungkin dengan doa ummi yang tak putus-putus itu membuatkan Alisya mudah untuk melalui proses pembuangan air besar. Alhamdulillah, walaupun tidak membuang setiap hari, tapi Alisya mampu meneran dengan mudah. Allah kan Maha Penyayang! Tapi, selain tu ummi beri Alisya minum air suam dengan banyak, ummi beri dia minum jus oren, beri dia rasa yogurt, beri makan betik. Apa saja yang agak-agak senang nak berak, ummi kasi. Alisya pula, dapat manis-manis... makan saja. Hehehe. Moga anak ummi terus mudah nak membuang air besar! (sorrylah erk, ummi belasah cerita kat blog pulak bab-bab membuang neh)
Pasal sekolah Alisya pula. Pun baik-baik aja. Walaupun report kad anak ini menyatakan dia lebih banyak tidur daripada belajar, tapi ummi tetap hepi dan bersyukur. Tido tu memang amalan wajib dia di sekolah. Lain orang ajar, lain kejaannya! Kadang tuh, pulang sekolah memanglah keadaan Alisya agak tak terurus. Dengan rambut diikat macam baru lepas bersalin, pipi bau mahsyam + melekit-lekit. Namun, apa jua keadaan Alisya, ummi bersyukur kerana disebalik keadaan tak terurus itu, masih ada yang sudi menjaga Alisya.
Walaupun tiada kesempurnaan di situ, namun hati ummi tetap lapang bila menghantar Alisya ke sekolah. Hari-hari ummi berdoa semoga Allah melindungi Alisya walau di mana pun anak ummi berada. Biarpun pelbagai kesakitan pernah Alisya 'bawa pulang ke rumah', malah berlarutan hingga seminggu lebih, tapi ummi tetap bersyukur. Syukur kerana kesakitan Alisya alami itu tidaklah seserius mana. (Bukanlah bermakna dah serius, baru nak bertindak... berpada-padalah) Tak dinafikan, luluh hati seorang emak tetap ada bilamana si anak yang paginya dihantar cantik-molek tetapi bila dijemput pulang pada petangnya, keadaan bertukar sadis. Akan tetapi, ummi tetap menarik nafas lega. Lega kerana ummi berfikir... Andai Alisya di bawah jagaan ummi sendiri, belum tentu Alisya sesihat ini. Andai Alisya di rumah bersama ummi, belum pasti tiada kecedaraan yang tak akan berlaku. Dan ummi terus berfikir, Allah pasti melindungi anak ini. Bilamana kita berserah pada Yang Esa dan terus yakin dengan kuasa-Nya, Insya'Allah... Allah mendengar doa si emak.
Lainlah jika Alisya didera, memanglah ummi tak boleh duduk diam. Tapi syukurlah, masih ada yang sudi dan masih ada yang sayang. Jika kita mahukan si anak 'sempurna'... bayarannya adalah berhenti kerja. Pagi petang siang malam, tak perlu buat apa-apa. Belek saja anak itu, kerana jika kita terlalai sedikit pun, mungkin akan ada sesuatu pasti berlaku. Kerana, kita bukanlah emak yang sempurna, apatah lagi mahu mengharapkan kesempurnaan dari orang lain untuk anak kita. Berhati-hati bagaimana sekalipun, tetap kun-faya-kun! Wallahualam. Berdoa pada Allah lebih baik kan?
Pasal kesihatan Alisya. Banyaknya pasal! Hahahaa!!! Lately ni, Alisya lebih banyak mengeras. Sejak daripada jangkitan sakit mata sebulan lalu, Alisya agak berubah sifatnya. Banyak nak marah dari senyum. Senyum hanya bila dibawa berjalan. Ke..... sebab memang dia dah lama tak berjalan? Yelah, hampir 2 bulan tak ronda-ronda Sabtu dengan anak ummi ni. Sakit mata yang kami sekeluarga hadapi membataskan segalanya. Teruk juga kami anak-beranak diserang sakit mata yang makan minggu nak sembuh.
Mula dengan Alisya. Entah dari mana jangkitan itu datang, tiba-tiba Alisya kena sakit mata. Habis membengkak + siap luka matanya dan ada sedikit tompokan darah. Risau hati ummi memang tak terkata. Jam 1 pagi paksa abi drive ke hospital, tak mahu tunggu esok dah. Macam-macam imaginasi ummi masa tengok mata Alisya berdarah tu. Kes Alisya disuruh rujuk ke pakar mata hsopital Putrajaya. Belum pun sembuh sakit mata Alisya, abi pula dapat penangannya. Abi tak pernah kena sakit mata sesakit itu katanya. MC lah abi seminggu. Terus, ummi pula dapat panahan yang sama. Ya Allah, sakitnya rasa ya amat, Dia saja yang tahu. Takpelah... adap ajelah sakit tu, nak buat macam mana dah nak kena. Ummi doa Alisya cepat sembuh. Syukur, kesakitan Alisya hanya seminggu lebih. Tapi abi, 2 minggu MC nya, 2 minggu ambil masa nak pulih semula. Ummi pula, 3 minggu!!! (MC paling lama ummi dapat! Hambekkkk!) Lagi best, mata ummi dua-dua membengkak. Alisya hanya sebelah. Abi tak bengkak langsung, hanya kemerahan. Memang azab + azab + azab rasanya. Asyiklah muka kami berulang-alik ke pakar mata hospital Putrajaya. Pengalaman kan... Macam tu lah nak sihat membesar!
Cukup-cukuplah merasa sakit mata nan melampau itu. Redha! Dan berdoa moga tidak akan berulang lagi. Tak sanggup!
Sejak dari kes sakit mata tu lah, Alisya seakan dah lupa pada badannya yang lembut, Alisya macam dah lupa nak senyum. Alisya macam dah hilang 'fokus' dengan rutin hariannya. Risau sangat hati ummi ni. Alisya, maafkan ummi ye nak. Ummi dan abi sedang perlahan-lahan nak cover balik diri kamu seadanya. Mana yang ummi dan abi terdaya nak buat, ummi cuba. Mana yang mampu ummi dan abi usahakan, ummi cuba. Maafkan ummi, maafkan abi. Ummi sayang kamu nak!
** Ummi dan abi masih merangka perancangan buat si anak. Doakan kami! Amin...

Tidur itu nikmat bagi saya,
walaupun dalam keadaan duduk! Hehehee..

Tengok ubatnya dulu pun dah tak lalu kan?
Ini pun suku dari ubat yang mula-mula.
Mula dengan Alisya. Entah dari mana jangkitan itu datang, tiba-tiba Alisya kena sakit mata. Habis membengkak + siap luka matanya dan ada sedikit tompokan darah. Risau hati ummi memang tak terkata. Jam 1 pagi paksa abi drive ke hospital, tak mahu tunggu esok dah. Macam-macam imaginasi ummi masa tengok mata Alisya berdarah tu. Kes Alisya disuruh rujuk ke pakar mata hsopital Putrajaya. Belum pun sembuh sakit mata Alisya, abi pula dapat penangannya. Abi tak pernah kena sakit mata sesakit itu katanya. MC lah abi seminggu. Terus, ummi pula dapat panahan yang sama. Ya Allah, sakitnya rasa ya amat, Dia saja yang tahu. Takpelah... adap ajelah sakit tu, nak buat macam mana dah nak kena. Ummi doa Alisya cepat sembuh. Syukur, kesakitan Alisya hanya seminggu lebih. Tapi abi, 2 minggu MC nya, 2 minggu ambil masa nak pulih semula. Ummi pula, 3 minggu!!! (MC paling lama ummi dapat! Hambekkkk!) Lagi best, mata ummi dua-dua membengkak. Alisya hanya sebelah. Abi tak bengkak langsung, hanya kemerahan. Memang azab + azab + azab rasanya. Asyiklah muka kami berulang-alik ke pakar mata hospital Putrajaya. Pengalaman kan... Macam tu lah nak sihat membesar!
Cukup-cukuplah merasa sakit mata nan melampau itu. Redha! Dan berdoa moga tidak akan berulang lagi. Tak sanggup!
Permulaan sakit mata yang mengerikan.
Semakin membengkak.
Lantas, anak ini tidak sihat untuk beberapa minggu.
Ummi dan abi pula menyusul.
Seksa! Namun kami redha.
Gaya kami dok rumah dek kerana
sakit mata yang melampau!
Gaya Alisya?
Sama lah jugak lagak gaya anak ummi ni!
Bercermin mata sajo!
Sejak dari kes sakit mata tu lah, Alisya seakan dah lupa pada badannya yang lembut, Alisya macam dah lupa nak senyum. Alisya macam dah hilang 'fokus' dengan rutin hariannya. Risau sangat hati ummi ni. Alisya, maafkan ummi ye nak. Ummi dan abi sedang perlahan-lahan nak cover balik diri kamu seadanya. Mana yang ummi dan abi terdaya nak buat, ummi cuba. Mana yang mampu ummi dan abi usahakan, ummi cuba. Maafkan ummi, maafkan abi. Ummi sayang kamu nak!
** Ummi dan abi masih merangka perancangan buat si anak. Doakan kami! Amin...
Wednesday, May 30, 2012
:: Busan...
Makin malas nak berceloteh di sini.
Makin tiada idea apa yang hendak dikongsikan bersama.
Makin lesu melihat blog sendiri.
Makin lama makin tak ada hati nak berblogging...
Haaaaiiihhh. Tutup sajalah blog ni kan....
:'(

Friday, April 13, 2012
:: Anjer Ummi Dah 4 Tahun ...
Selamat hari lahir anak ummi. 13 April, lebih kurang waktu sebegini, saat ummi menaip entry inilah kamu selamat keluar dari perut ummi!
Lani kamu dah 4 tahun sayang. Sunnguh sekejap masa berlalu. Ummi dah tak mahu mengingati saat-saat getir kita berdua. Biarlah yang terindah terus kita terokai. Ummi mahu bersama kamu hingga hujung dunia! Sungguhpun banyak kesabaran yang perlu ummi tuntut, ummi tetap mahu kamu di sisi.
Hari ini, kamu sudah menjangkau usia 4 tahun. Semoga kesihatan yang baik sentiasa bersama kamu. Semoga anak ummi di bawah lindungan Allah, semoga kamu menjadi anak yang solehah!
Ummi dan abi reviyuuu sangat-sangat!

Wednesday, March 28, 2012
:: Bila Harapan Tinggi Menggunung...
Bukan semua yang kita mahu, akan menjadi milik kita.
Bukan semua yang kita pinta, akan dimakbulkan oleh-Nya.
Bukan semua yang yang diharapkan elok, menjadi elok di akhirnya...
Akan tetapi,
Mungkin yang kita tak mahu itu akan menjadi hak kita yang kekal.
Mungkin yang kita tak pinta itu, akan diberi 'percuma' oleh-Nya.
Dan mungkin, yang tidak elok itulah yang terbaik buat kita sebenarnya...
Allah kan Maha Mengetahui. Maha Mendengar. Ar-Rahman, Ar-Rahim. Arrggghhhhh! Sangat-sangat rindu dengan kehadiran si kecil yang merah gebu kulitya, nyaring merdu tangisannya. Apakan daya, merancang dan terus merancang adalah pekerjaan manusia. Penghujungnya, hanya Allah yang Maha Bijaksana!
Abang, kalau Allah tak beri kita rezeki zuriat seterusnya kali ini, mungkin Allah akan beri pada masa yang lain. Kalau Allah dah tetapkan yang zuriat kita hanya adik seorang, harapnya tiada 'penyesalan dan kesedihan' mengiringi kebahagiaan kita.
Alisya, anak ummi... hari-hari akan ummi sebut yang ummi sangat-sangat sayangkan kamu! Sangat-sangat! Kekurangan kamu, adalah kelebihan di mata ummi. Kekerasan kamu, adalah kelembutan di hati ummi. Ke-amukan kamu, adalah kesabaran di jiwa ummi! Luv u anak!!!

Ada gaya nak jadi 'Kak Long' ke macam ni?
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui!
Monday, March 26, 2012
:: Cuba Untuk Menulis...
Lagi 5 minit ke pukul 10 malam. Kedudukan aku; Masih di ofis. Turn untuk stanby telah tiba. Harus aku sahut cabaran ini merangkap tanggungjawab selagi bergelar kuli yang makan gaji! (Keje ummi umpama pak guard supermarket! Kene stanby bila masa itu tiba...) Hahahaaa!
Dah 3 bulan berlalu dalam kalendar 2012. Tapi, blog aku ni seakan-akan 'hidup segan, mati tak mahu'! Haiisshhhh... orang lain sebulan 30 cerita. Aku??? 3 bulan baru nak ada 3 cerita! Hahahaa... takpelah, asal aku enjoy untuk mencoret di sini.
Tiba-tiba terasa rindu yang amat pada Alisya. Entah apalah yang dibuatnya dengan abi kat rumah. Semalam pun ummi kene kerja. Kata abi, semasa ummi keluar berkerja... abi dan Alisya main lari-lari jogging dalam rumah. Bila ummi balik, abi lakonkan semula watak abi tadi. Hehehe... Abi dukung Alisya, kemudian lari-lari anak keluar masuk bilik terus ke ruang tamu. Keluar masuk bilik, kemudian ke ruang tamu semula. Maklumlah, rumah kami tiada tanah. Luas pun tidak. Situ-situ ajalah tempat nak bermain dengan Alisya. Reaksi Alisya? Kemain tersenyum-senyum anak ummi! Makin fahamlah tuh. Kata pergi sekolah, haruslah ada kemajuan. Tak banyak, sedikit pun ummi bersyukur!
Gitulah Alisya. Siang hari memang baik sangat-sangat. Mulutnya asyik ternganga-nganga nak bercakap. Tapi suaranya aja masih belum tersembul keluar. Hehehee. Ekoran matanya... time relax, time kita berguaru-senda, sangat-sangatlah eye level! Alhamdulillah. Walaupun bukan sepanjang masa keadaan Alisya elok, namun ummi tetap panjatkan rasa syukur itu kepada Yang Maha Esa!
Tapi.... bila malam menjelma, agak payah ummi nak menduga sikap Alisya ni. Tak apalah nak, macam mana sekalipun, ummi tetap harus bersabar. Tidur duduk, tidur mengiring sepanjang malam, tidur kepala terlentok bagaikan itik kene gantung, tidur tatkala tangan ummi terhimpit kerana menampung kepala kamu... itu semua ummi dah biasa. Memang dah jadi mainan tidur ummi! Hehehee. Kesabaran adalah kunci untuk ummi terus membesarkan kamu! Selagi iman di dada, ini yang ummi pohon dari Allah. Agar kesabaran ummi masih bertahan! Insya'Allah... (bila boleh balik niiiiiiii?????)
** Bersyukur itu kan lebih baik daripada merungut??? Wallahualam.

Rindu dak ni!

Haaiihhhh... cair jantom ummi!
Subscribe to:
Posts (Atom)