Monday, September 07, 2009
:: Cucunda...
6/9/09... Merupakan tarikh istimewa bagi keluarga Zakaria dan Hapsah, kerana di tarikh ini, telah lahir penyambung zuriat dan warisan keluarga kami, yakni cicit pertama bagi mak dan abah, juga merupakan cucu aku yang pertama...
Cucu? wahhh...aku sudah bergelar nenek di usia semuda 28 tahun? Huh...bagaimanakah harus aku dan kakak ku tempuh tatakala pertama kali bergelar nenek? Agak ganjil, tapi inilah kenyataan. Anak buah sulung ku (Along Ju) sudah selamat bergelar ibu dan sudah selamat merasa bagaimana 'bertarung dan berjuang' demi melahirkan zuriat suami tercinta. Bagi kak longku, ini adalah cucu pertamanya. Bertambah meriah lah hari raya kami dan hari-hari yang mendatang nanti.
Alhamdulillah, Along Ju tiada sebarang komplikasi ketika melahirkan anak perempuannya yang masih belum bernama. Cuma, cucu ku itu terpaksa ditahan seketika di NICU kerana pernafasannya agak laju. Mudah-mudahan tiada sebarang kesulitan yang melanda. Melihatkan anak kecil yang baru menjengah dunia, tiba-tiba memori melahirkan Sarra terjah di sanubari. Arrghhh...malas lah nak menoleh ke belakang. Yang terjadi kan tetap terjadi!
Doaku, agar Sarra dan cucuku akan sentiasa sihat, dilindungi Allah dunia dan akhirat. Buat mak dan abah; tahniah...dah jadi moyang, buat kak long dan abang long; selamat menjadi nenek dan atok, disusuli dengan aku, abang dan kakak-kakakku, selamat bergelar nenek dan atok jugak, lastly buat Along Ju dan Apis; selamat menggalas tanggungjawab sebagai mak dan ayah. Wecome to the club - tak tido malam!!! Hehe... (tak sabar nak jenguk cucu ku).....
Wednesday, September 02, 2009
:: Berbuka Puasa Dengan Nabila...
Hmm...cam biasa, aku memang terrrsangatlah lambat nak hapdet cerita. (plus, cerita sebelum puasa masih tak keluar lagi di itafedblogspot nih, tak pelah... nak kesah ape kan?) Kali nih cerita pasal aku sefamily berbuka puasa dengan ina dan familynya. Tempatnya, di restoran orkid thai, shah alam. Kire okeylah tempat tuh bagi aku dan abang, selesa juga untuk sarra. Bila kami dah setuju, maka pada ahad lalu, termaktublah pertemuan berbuka puasa aku dan ina sekeluarga.
Kami gerak dari rumah, terus menuju ke shah alam. Alhamdulillah, perjalanan agak teratur, tiada sesat-mesat. Sampai di destinasi, memang ngam-ngam jam 6 petang seperti mana yang aku janji pada ina dan om kedai makan tuh. Parking, so far memang tak susah kat situ. Dah jumpe ina... nabila ala-ala letih pun ade, mantok pun ade. Sarra? Anak aku tuh, yang benarnya... seharian kat rumah dok mengamok. Entah hape yang tak kene tah... Serba serbi salah, nak marah jer... Aleh-aleh bile jumpe nabila, waaahhhh!!!! Terus bertukar perangainya, baik semacam! Adoiii...poning ummi nak oi!
Kami dah menuju ke tingkat atas restoran, tempat duduk memang ngam-ngam belah tepi dinding, senang nak 'parking kete' sarra dan nabila nih. Hihii.... nabila dah mula mantok, sarra cergas lagik! Banyak gak menu yang sedap-sedap kat sini, perut tengah lapar, macam-macam nak disumbatkannya. Last-last, adelah dalam 6-7 lauk yang kami pesan. Ku semangat gak nak habiskan semua tuh. Tibe time berbuka, sarra dah mantok nak tido, mujur tak meragam, tapi kesian kat ina...nak makan pun agak payah. Nabila kamok-kamok, die nak dok luar... Takmoh dok dalam kodai. Kesian lah mak ayahnya nak makan. Sebbaik tetap ade selera, dan nasib baik kamok-kamok nabila tak berpanjangan.
Selesai makan, biaselah...melepakings lah kami. Kamilah om pertama masok kedai dan kamilah om last yang bla! Haha... nak buat caner? Jumpe sekali-sekala. Kot jumpe kat gedangsa pun, tak dapat nak lepak-lepak. Baru nak borak, kak ro dah jerit panggil turn kami. Hihiii... (pengalaman; buat aku tersenyum......) Then, kami ke kedai beby yang berdekatan, ambil kesempatan membeli ape yang kurang tang barang anak-anak nih. All out, memang kami seronok sebab dapat berbuka sama. Teringat akan pertemuan pertama antara keluargaku dan keluarga ina. So suwittt memori tuh. Doaku, moga anak-anak ummi nih akan membesar sehat, mampu berdikari dan mampu menjadi anak yang solehah. Amin....
** Pertemuan seterusnya; berbuka dengan rakan blogger. Pada yang ingin hadir (mana-mana team blogger dialu-alukan)... sila beri nama dan bilangan yang hadir untuk ita buat tempahan (last date; esok...jumaat, 4/9/2009). Sebelum tuh, setuju ke semua di restoran yang sama nih? Ita masih menunggu cadangan yang lain. Harapnya, ada yang sudi menghadirkan diri. Terima kasih pada kawan-kawan sekalian alam maya nih....
Tuesday, September 01, 2009
:: Ada Sesiapa Berminat?...
Assalammualaikum, untuk semua teman-teman blogger sekalian alam. Berminat tak anda untuk kita sama-sama berbuka puasa pada hujung minggu nih; Ahad - 6 september 2009....
Tempat masih tercari-cari lagi di mana yang sesuai dan selesa bagi anak-anak. Seandainya teman-teman sekalian mempunyai cadangan, silalah beri komen yer. Majlis ini bertujuan mengeratkan lagik tali persaudaraan dan silaturrahim sesama kita, lebih-lebih lagi pada kita yang dianugerahkan anak 'istimewa'. Pasti nanti banyak maklumat dan cerita nak dikongsi secara live! Jadi, ita mewakili teman-teman yang mencadangkan majlis nih, mengalu-alukan kehadiran teman-teman semua.
Sudilah kiranya kita meriahkan acara ini, sekaligus boleh dijadikan acara tahunan. Harap, teman-teman sudi meluangkan masa. Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian kalian. Lagi ramai yang join, lagi meriahkan? Sesiapa berminat, sila beri nama dan confermkan kehadiran anda yer.

Sunday, August 30, 2009
:: Sarra dan Dania @ Warong Penyet...
Hari ke 9 berpuasa, syukur...aku masih diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalani ibadah nih. kelmarin dulu, aku dan abang dah planning nak berbuka di luar bersama family fren; ida dan supit. sehari sebelum tu, berbuka di rumah mereka. (makan free je ummi abi nih) merekalah tempat aku dan abang mengadu kasih, terutama aku dan ida. entah sejak bile kami rapat, aku pun tak pasti. masa sama-sama menuntut dulu, tak pulak kami sekamching nih. malah, nak bertegur pun... hanya jika berkaitan dengan hal sekolah. abang dan supit memang dah ngam ho. tido sebantal lah! mungkin 'jodoh' aku dan ida untuk bersama, selepas habis menuntut kot... (thanx yer da..ko selalu ade ngan aku; susah mahupun senang)... sadis lak!
Kami pernah melalui banyak perkara bersama. yang manis, masam, pahit, kelat...sume ade. eh...takmohlah cite pasal nih. om nak citer pasal berbuka sama kat ayam penyet nih. hihi...ida dan supit dah booking dulu, mujur ade kosong. kami menyusul selepas habis kije. sarra, dah tentu ade same. mane leh tinggal anak ummi nih. die suke tul kalau nak jalan, lebih-lebih lagi kalau cakap nak jumpe dania. dania lak, rajin benar dok cium sarra, sayang sarra, cuit-cuit sarra. agaknya dengan 'perasaan' si kecil berdua nihlah yang buat sarra bagai ada 'daya tarikan'... cano nak koba ni yo? canilah ha... budak-budakkan cepat ade rangsangan untuk bersaing, bermain, sayang... so bile si sarra jumpe dania, sarra cam tak nak 'kalah'. suke jer die kalau dania ade sama. (nih yang rasa nak bagi sarra adik cepat nih) haha... mane taknya, mase dalam perut lagik budak-budak cenot nih dah pandai 'berkawan'. aku dan ida sama-sama 'terkena buatan' somi sendiri! sama-sama gi cari baju anak, sama-sama gi jalan...eh, banyaklah yang sama. dua-dua mak om melaka, dua-dua apak om nogowi! dah kono lah tuh! (mesti abang gelak bace nih...! den tongah semangot nih hah...hihi!)
Dania cam biaselah, mula-mula tak nak dengan abi die. nak dengan ummi, puaslah die dok mengacau kami nak santap. sarra, tengah layan mantok dalam buggy die. sebbaik anak ummi nih amat memahami umi abi, papa mama nak buka. dania dah makin ade selera makan... puas gak aku tengok papa dania dok layan die. keletah budak setawon, memanglah penat nak layan. tapi seronok kan... adakala hati berbisik juga... andai anak ku jua begitu........ tak tahulah cukup ke tak tangan ummi dan abi nak layan. (keadaan sarra sekarang pon adakala dah cukup tak terlayan... tapi ummi tetap bersyukur!) ummi tunggu sayang. walau 1000 tahun lagik, ummi tetap tunggu... sarra jangan marah tau bila mana ummi layan dania. ummi takut jer sarra majok. sarra dan dania dua-dua anak ummi. ummi sayang kamu dan ummi pun tahu mama ida jugak macam tuh! (eh..takmo lah nanes! kang batal pose kang!!!)
Dah selesai makan, kami meneruskan sesi berjalan. sopin dan ke kedai ikan. puaslah si dania tuh menghiburkan kami. sarra, dah tak nak tido. nak dokong...suke lah die tengok ikan. adakala aku rasa mata sarra dah makin pandai merenung. hmmm... abang selalu cakap pasal terapi binatang tuh. mase aku dokong sarra bawak tengok ikan, memang mate die tak berhenti tengok pergerakan ikan-ikan tuh. suwit jer... dan kepala die jugak dah macam tak tentu arah dah. hmmm...mungkinkah akan makin bersinar mata anak ummi nih nanti? InsyaAllah... berusahalah untuk mecapai keizinan Allah.
Kedai sume dah nak tutup, barulah kami nak pulang. seronok, sebab lama dah tak date dengan dania. yelah, hari-hari biasa dania dok melaka. mama sekolah, bile cuti sekolah...barulah dapat jumpe dania nih. dania pantang sebut miming. melentin-lentin seronok. hehe...nanti datang raya umah ummi tau! (baru hari ke-9 puasa, dah semangot nak raya! chertt! mane buleh? amal ibadah lom betimbon lagik nih...) harapnya aku dan family fren nih akan terus kekal bersahabat. InsyaAllah...
** Terima kasih pada papa supit dan mama dania kerana banyak 'memahami' aku dan sengih. (kot nak cakap face to face, mau tersembur air mata nih! nih pun dah ketepi-ketengah dah mate nih...! haha) banyak perkara dah kita lalui bersama, semoga akan terus mekar...amin!

Tuesday, August 25, 2009
:: Selamat Ulang Tahun Bondaku...
Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan bonda Hapsah.... Allah selamatkan kamu. Selamat hari lahir buat bondaku yang tercinta; Hapsah binti Kadir. semoga bonda dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dunia dan akhirat.
Hari nih, genap usia mak 69 tahun. usia emas...Alhamdulillah, mak masih sehat, Allah masih beri kami; anak-anak mak peluang untuk bermanja. (even semua anak-anak mak dah berkahwin).... tiada apa yang istimewa dari adik untuk mak, hanya doa yang adik panjatkan. semoga mak terus diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, gembira selalu dan semoga mak beroleh apa sahaja yang diidamkan. InsyaAllah... kami anak-anak, teramat menyayangi mak. terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kami.
Salam sayang buat bonda ku, Hapsah Kadir. selamat hari ulang tahun mak...
Sunday, August 23, 2009
:: Ramadhan al-Mubarak...
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi. tahun nih tahun ke-28 aku masih bernafas di bumi ini dan menyambut ramadhan al-mubarak. kali ke-3 aku berpuasa dengan Farid Hanif dan kali ke-2 ditemani oleh Alisya Qaireen. Alhamdulillah...dengan izin Allah, aku masih dapat menjalani ibadah nan mulia ini.
Seperti orang lain, aku juga punyai cerita, pengalaman berpuasa. sama ada bersama keluarga, bersama teman-teman sebilik ketika menuntut dolu-dolu (kay, azie, noorlie dan deba)... bersama teman serumah ketika masih bujang (along ju, shima, noorlie).... ketika baru bergelar isteri kepada abang dan tak ketinggalan tatkala sudah bergelar ibu. terlalu banyak...sampaikan aku sedang senyum meleret masa manaip nih. terlajak sahur ade, tak terbangun sahur pun ade. nih adatlah kan... kalau dok dengan family, gerenti akan lengkap sahurnya. mana tak, mak pasti akan seru dengan kuat: 'dah nak pukul 5.30 nih, tak nak sahur ker? kang tak sempat...lapar! (walhal baru pukul 5)'... nih antara ayat-ayat mak untuk 'gertak' anaknya ini bangun sahur. haha...
Bile dengan kawan, lazimnya sape terjaga dulu...dielah tukang tolong kejutkan om lain. digerakkannya sang kawan yang sedap tido, untuk bangun saho bagaikan ada gempa bumi! lantas, menu cumelah roti, biskut kering, air dalam 2 cawan..yang dikongsi berempat. adakala megi sebungkus dikongsi 4 jugak! huurrmmm...terlalu aku merindui saat tuh! pernah jugak dengan rajinnya beratur ke dining hall. dengan baju tidonya, dengan tudung herot-herot...dengan muka ala-ala nak tersembam ke lantai dek mengantok ya amat! tapi misi sahur tetap diteruskan! huh...nostalgia lakss! mana mungkin dapat diulang lagik...memori, tinggal memori....
Dengan housemet pon same. masih aku ingat, setiap kali sahur... aku pernah bermenukan telur dan cheese. dah macam om puteh! ala-ala omelet lah konon! (walhal terjelepok jer telor tuh dengan chesee) ntah ape ketagih makan mende maklah tuh tah. tapi memang layanzzz lah mende tuh. yang pastinya kesemua bekas penghuni no 301, block C5 sudah menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu! syabbass betteh! brabo...
Cerita tatkala bergelar isteri pula, tahun pertama berpuasa dengan abang, aku dah mengandung. kiranya kenelah makan heavy sikit. agar 'yang didalam' tak protes lapar. hehe! menu mase tuh, memang nak gelak bile tingat balik. sampaikan tahun nih, sehari sebelum ramadhan menjelma, abang dah sound aku: 'cayang...sahur tahun nih abang taknak karipap eh... jelak!' hurrmmm...leh agak kan ape menu kami ketika bersahur masa mula-mula kawin dolu? yer...karipap, karipap, karipap! sebulan tuh dok layan kuih kepap tuh! hape punye malaslah bini dak farid nih! haha...ntah nape mase tuh dua-dua sengal, layan karipap tak hengat dunia! 'yang didalam' jugak tak meragam. baguslah die... tahun tuh memang mood bersahur cam tak bape nak sedap. aku dah memang tekak om mengandung... tapi abang? ngandung gak ker? hehe...
Ketika sarra sudah menjenguk dunia, mase tuh die hampir 5 bulan. entah magik ape tah, bulan sebelum puase memang die jugak menangis tanpa sebab. entahkan ternampak 'tut' ker... entahkan perut sejuk angin ker...aku pun kurang pasti. yang aku pasti, makan minum die tetap cukup! tapi bile ramadhan jer, sarra memang lain! sarra memang baik ya amat. mungkin die mengerti akan ibadah yang dituntut. terima kasih yer sayang ummi. (tibe-tibe teringat akan 'tregedi' di 304, seminggu sebelum ramadhan datang pada tahun tuh...ngeri wooo! abang ingat lagik tak?)... ramadhan tahun lalu jugaklah menjadi saksi bahawa anakku sarra telah diserang demam yang amat panas... hingga menyebabkan die hampir kejang dan ditarik! syukur sangat-sangat aku dan abang; yang ketika itu jugak demam panas tak hengat, segera membawa sarra ke hospital! ummi dah nanes dah! badan nih dah macam tak cukup tanah nak berpijak! sarra kene warded 5 hari... memang bekampung dengan abang kat spital tuh... mak, kak linda sefamily, kak long ja'a dan mak ton datang nak tengok cucu mika nih... belum pernah dalam sejarah lah... tapi dah nak kene kan, ummi jaga punya jaga, masih tak terkawal. nak cerita punca, baik tak yah lah. ke klinik pun dah merata dah... syukur ajerlah sebab sarra masih baik...Alhamdulillah!
Tak cukup lagik dengan berpuasa di hospital, kami terpaksa berulang alik, demi sarra. mase tuh sarra terpaksa dijaga dengan rapi. memang sedih kalau diingatkan balik. yelah, time buka...anak kemana, laki kemana... bini pun entah kemana. dah macam 3 penjuru plak! tapi tulah ujian sebesar zarah buat kami. mungkin ada yang lagik hebat dari cerita aku nih. bahagian masing-masing kan. kene redha, barulah ada jalan yang diberi olehNya.
Tahun nih, puasa aku agak lengkap. berlindung di rumah sendiri, bersahur dengan baik, berbuka juga Alhamdulillah, tiada halangan. terlewat sampai rumah dari tempat kije, biaselah tuh. om bandarlah katekan! bile dapat peluang balik kampung, memang lah yabeda-bedooo! ape pun, ramadhan kali ini, hanya pintaku agar aku dapat menambahkan lagi amal ibadah mane-mane yang kurang. agar hidup kami sekeluarga dilimpahi rahmat ramadhan, dan yang paling utama... agar anakku mendapat hidayah ramadhan... ya Allah, Kau berilah kami kekuatan dan kesabaran... izinkanlah anakku hidup dengan kesihatan yang baik...amin yarabbal alamin...
** Selamat berbuka ya nanti. semoga kawan-kawanku sekalian juga mendapat pedoman, hidayah, keberkatan dunia dan akhirat kelak. (aku masih ade lagik cerita sebelum ramdhan yang belum di 'diari' kan... takperlah, nih blogspot aku kan...sekati jerlah!) da-da...

Tuesday, August 18, 2009
:: Giliran Abang Ari ke US...
Sarra kat airport? buat pe jer?? hal yang ini berkenaan abang ari ku; yang telah pun selamat berangkat ke Amerika tanggal 7 Ogos yang lalu. setelah pelbagai halangan dan perkara yang melintang arus, akhirnya dah selamat berangkat jua ke perantauan. (buleh aar masuk sok kabar, pic abang sefamily dalam ruangan Salam Perantau kat BH untuk edisi raya nih. dah tentu adik abang nih leh tolong edjust pic tuh kasik besau! hehe..) menariks gak idea tuh kan... (if abang bace blog adik, contact adik via emel eh..)
Jumaat, 7 haribulan aituh, ramailah ahli keluarga yang datang ke kolumpo. mak dan abah serta family kak linda dah datang on khamis. saje nak meluangkan masa dengan anakanda mika nih. maklumlah, 2 tahun berpisah. leh tahan lamenya... anything can happen right? but, aku sebagai adik hanya mendoakan yang terbaik buat semua. flight abang ari dijadualkan jam 11 malam on friday tuh. so...kami decide nak anta abang ke airport. kecoh gak mase nak ke airport tuh, yelah... yang nak perginya hanya abang ari sorang. yang tolong hantar... mak ai, 1 kapal daaaa...berdoyon-doyon! hehe...
Jam 8 malam, bertolak dari rumah abang ari. adelah dalam 3 kereta yang follow di belakang. tiba-tiba kak ijan dari seremban pun turut join. mulanya masih ragu-ragu nak pegi ke tidak. aleh-aleh jadik pulak. sampai kat airport, biaselah...bile adik beradik berkumpolkan, banyaklah cerita nak diburakkan. naik lif, kami sefamily jer yang conquer lif tuh. memang om lain tak buleh masuk dah...haha! eh, anakku sarra pon turut sertalah. die pon nak tengok pok teh (panggilan untuk abang ari) berlepas ke US! dengan doa dan harapan, moga anak ummi akan ikut jejak langkah pokteh die nih...who knows??? mujurlah sarra tak meragam. lagik seronok die bile akak-akakku dok tatang die lepas sorang-sorang. abi tak join, sebab tuntutan kerja mendahului.
Kami pun tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu daaa. dan akhirnya sampailah mase untuk abang ari berlepas. saat nih yang memilukan. air mata seorang ibu, tak dapat dibohongikan? walaupun abang aku dah berfamily, namum kasih ibu tetap akan merindui anaknya ini. memang tiada tangisan menyelubungi waktu tuh. tapi hati di dalam siapa tahu? aku sempatlah juga merakamkan detik-detik tersebut. ternyata, hati aku jua turut tersentuh... dapat aku lihat wajah abang, mak dan abah serta akak-akak yang lain turut berubah. perpisahankan...mana ade yang menggembirakan? lantas teringat akan detik-detik 28 tahun yang lalu (masa tuh aku yang ditatang, lani sarra pulak...ironi erk?) yang mana abang ari nih jugaklah yang nak berangkat ke Canada untuk melanjutkan pelajarannya selama lebih kurang 5 tahun. hari nih, die jugak yang pergi untuk tempoh 2 tahun. mase tuh tampak singkat...tapi, wallahualam! (adik tetap doakan semuanya yang terbaik)...
Terbang sudah abangku ini. yang tinggal, semuanya nak berangkat pulang. (raya nanti dah rasa kekurangan untuk sementara). lagik 2 tahun, barulah kami ke airport semula untuk sambut kepulangan abang dan familinya. dalam perjalanan pulang, sarra mula dah 'tunjuk taring'... aduh. sebbaiklah anak ummi tak kamok kat airport. kot tak, mau kipas kapal terbang tak berpusing nanti! haha...sarra kamok sebab nak beyaklah! nak gelak jer...tapi memang itulah hakikatnya! actually, beyak sarra dah 'cantek'... tak darah-darah dan tak keras lagik. lembut jer...ibarat nak buat icing kek lah lembutnyer tuh! haha...tapi anak aku nih dah semacam takut, fobia tiap kali nak meneran. hmmm..sabar eh sayang. hidup mestilah kene beyak. kot tak beyak hidup nih, payah nak oiii! sampai rumah, mujurlah sarra tak kamok dah. risau gak, memalam jalan sampai airport bawak anak kecik. sebelum tuh dah tanya nenek dan abi die, then ummi tawakal jer...Alhamdulillah, sarra ok! leh jalan lagik nanti, hihihi! Ummi doa, anak ummi nih akan ikut jejak langkah pokteh dan moktehnyer satu hari nanti. InsyaAllah, segalanya hanya ditentukan oleh Allah setelah kita puas merancang dan berusaha sedaya mungkin... Wallahualamissawab...amin!
** Ramadan hampir tiba. sudahkah kalian perlengkapkan diri; zahir, batin, rohani & jasmani untuk menyambut kedatangan bulan nan mulia ini? hati kecilku agak sayu... tak tahu mane puncanya dan kenapa harus ku rasa begini. adakah kerana Ramadan datang lagi?....mohon maaf dari semua rakan-rakan seperjuangan; sahabat lama mahupun yang baru kenal. semoga kita sama-sama mendapat keberkatanNya dan semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu... amin yarabbal alamin!!
Subscribe to:
Posts (Atom)