Tuesday, September 15, 2009

:: Bila Family Blogger Berkumpul...

Kali pertama berbuka dengan rakan alam maya

Meriah, seronok! Ini lah gambaran yang sewajarnya, tepat untuk aku utarakan. Sekali lagi berjumpa di Restoran Orkid Thai. Tak kesahlah walaupun berulang kali ke situ. Asalkan, niat nak berjumpa dan beramah-mesra serta berkenalan rapat, terlaksana dengan baiknya. Alhamdulillah...

Kali nih ke Orkid Thai beramai-ramai. Penuh warna-warni. Aku dan abang nak tabek springggg kat blogger; Rofaizal Jaafar sebab bersungguh-sungguh menghadirkan diri di majlis nih. Maksud aku, die datang dari Perak, semata-mata nak bersama-sama berkumpul dengan rakan-rakan lain. Pada Putri Nuur dan Ina, sekalung budi setinggi penghargaan juga buat kalian sebab sudi meluangkan masa untuk majlis nih. Memang seronok, sampai hari ni...(hari aku menaip entry nih - memang lambat!) aku masih terkenang-kenang akan kegembiraan kami pada hari tersebut. Pada mulanya, family Jiey nak turut serta, tapi di saat akhir...ada halangan pulak. Nak buat macam mana kan? Kite hanya merancang saja. Suasana memang seronok, dengan keletah Pia, (anak Put no.2), keletah anak aku; pada mulanya baik, lepas tuh bagaikan main pasing-pasing kamok-kamoknya dengan Nabila dan Irfan. Huh...mencabar jugaklah. Kesian pun ade dengan budak-budak nih, yelah...mungkin dah letih dipangku dan dah penat duduk diam dalam stroller masing-masing. Tiba masa, kamoklah jadinya. Mujur Idris pandai membawa diri. Idris memang hemcem! (aku tak habis-habis puji Idris kat abang. Sangat berbeza pertemuan pertama dan ke-dua kami...tahniah Idris. Teruskan usaha....)

Apaks-apaks dan anaks-anaks

Giliran emaks-emaks pulak posing

Selesai makan, acara bergambar-gambar lah pulak. Seronoklah... walaupun makanan yang dipesan agak lambat tiba, namun kita enjoy! (A big sorry to Put, Ina dan Rofaizal atas kesulitan di Orkid Thai)... Tak cukup di dalam restoran, kami menyambung sesi berborak pula di car park. Lame juga, mana taknya...Rofaizal ade bawak buah tangan dari Tapah; jambu batu. Boleh kata semua kereta dipenuhi dengan jambu. Dah lah datang dari jauh, bawak buah tangan yang kami pun tak menang tangan nak menerimanya. Tersangatlah banyak. Terima kasih ya...sekali lagi terima kasih untuk gift Sarra tuh. Borak dan terus borak, tak sedar hampir sejam kami berdiri, berkongsi cerita suka dan duka, cerita sebelum dan selepas dan banyak lah lagik. Yang pasti cerita kami akan bersambung lagi bila mana kami di kolumpo nih mai pi Perak pulak. Tentu seronok kan masa tuh...tapi bila lah impian jadik kenyataan? InsyaAllah, ade dah perancangan aku dengan abang nak ke utara, sedang berusaha mengumpul harta yang tak seberapa. Andainya kami punyai harta Ahmad Albab, cakap saja...pasti dah kunjung tiba! Fuhhh..umpama laksamana bila berbicara. Hahaha... (dak ita dak mengarut dah nih....)

Masih terus berborak walaupun dah beberapa kali cakap 'bye'

Perpisahan kami berlaku sekitar jam 9.45 malam. Memang tak sedar yang masa tuh berlalu pantas. Juga belum cukup puas berkenalan lebih dekat dengan rakan blogger nih. Apapun, harapan aku... semoga majlis begini ada sambutannya. Semoga acara sebegini boleh dijadikan acara tahunan. (Jiey, tahun depan kite confirm awal-awal. hehe...) Andai masa menghalang, doakan saja kita pasti bertemu nanti. InsyaAllah...terima kasih sekali lagi buat family Put, Ina dan Rofaizal. Maaf dari Ita andai ada yang terkurang, tersilap dan harapnya kalian tak serik untuk berjumpa lagi. Kami amat menghargainya...da-da!

Cinta hati ku, pengarang jantung ku, jiwa raga ku

** Masih belum berkesempatan menempel cerita-ceriti di bulan Ramadhan ini. Banyak cerita berbuka dengan rakan tertangguh gara-gara hambatan masa yang terlalu sibuk. (Takpelah kalau dah raya, tapi masih cerita puasa. Sekati mak lah nak tempek hape kan...) Ramadhan kali ini penuh dengan jemputan berbuka yang meninggalkan seribu makna...dan Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi... sedihnyaaaaaa!

Tuesday, September 08, 2009

:: Imbas Kembali @ Madam Kwan...

Hanya berempat dari bertujuh

2 tahun lalu, di sinilah aku bersama kawan-kawan 'sekampong' memeriahkan hari kami, berbuka bersama. Bezanya, dulu di Madam Kwan KLCC, tahun nih di Bangsar pulak. Sekali lagi, beza dari segi kehadiran, dulunya bertujuh, tahun nih hanya kami berempat; Deeba, Kay, Qiah dan aku selaku om penting dalam majlis macam nih. Haha...yang lain, masing-masing sebok dengan urusan peribadi dan dah jauh penempatannya. (macam ayat geografi daaa...)

Bile jer majlis nih berlaku? Hmm... Khamis lalu. Happenin gaks, even tak cukup korumnya. Biaselah, sesekali jumpe 'budak kampung Charisma'... layanzzz weeihhh gila-gila semasing nih. Deeba, Kay mahupun Qiah, semuanya lama dah aku tak jumpe. Semasing dah banyak perubahan, dah besar panjang, dah makin lawa... Camtu lah hidup. (masih teruja dengan kek Naqiah...nak jugak!)

Tidak mengecewakan...sodap!

Pertemuan kali nih tak buleh nak lame-lame sangat, sebab aku harus pulang ke meja 'tuguku' untuk menyambung tugas yang diamanahkan. (kuli & kije) Terima kasihlah pada Deeba, susah-susah menjemput kakak die nih, menghantar balik ke opis. (haruslah pikap akak kan, kalau tak... tak meriah majlis berbuka tuh...huhuuuuu) All out, memang seronok. Cerita-ceriti semula kisah-kisah mengong time study dulu. Semua tuh tinggal kenangan yang terindah...yeahhh! Mungkin di tahun depan, kita akan 'repeat' semula majlis se-gah ini...haha. InsyaAllah... Thanx a lot to my lovely buddies kerana masih berutusan sesama kita...keep in touch ya! Till then, daaaa....

Monday, September 07, 2009

:: Cucunda...

Cicit dan cucu pertama keluarga kami

6/9/09... Merupakan tarikh istimewa bagi keluarga Zakaria dan Hapsah, kerana di tarikh ini, telah lahir penyambung zuriat dan warisan keluarga kami, yakni cicit pertama bagi mak dan abah, juga merupakan cucu aku yang pertama...

Cucu? wahhh...aku sudah bergelar nenek di usia semuda 28 tahun? Huh...bagaimanakah harus aku dan kakak ku tempuh tatakala pertama kali bergelar nenek? Agak ganjil, tapi inilah kenyataan. Anak buah sulung ku (Along Ju) sudah selamat bergelar ibu dan sudah selamat merasa bagaimana 'bertarung dan berjuang' demi melahirkan zuriat suami tercinta. Bagi kak longku, ini adalah cucu pertamanya. Bertambah meriah lah hari raya kami dan hari-hari yang mendatang nanti.

Alhamdulillah, Along Ju tiada sebarang komplikasi ketika melahirkan anak perempuannya yang masih belum bernama. Cuma, cucu ku itu terpaksa ditahan seketika di NICU kerana pernafasannya agak laju. Mudah-mudahan tiada sebarang kesulitan yang melanda. Melihatkan anak kecil yang baru menjengah dunia, tiba-tiba memori melahirkan Sarra terjah di sanubari. Arrghhh...malas lah nak menoleh ke belakang. Yang terjadi kan tetap terjadi!

Doaku, agar Sarra dan cucuku akan sentiasa sihat, dilindungi Allah dunia dan akhirat. Buat mak dan abah; tahniah...dah jadi moyang, buat kak long dan abang long; selamat menjadi nenek dan atok, disusuli dengan aku, abang dan kakak-kakakku, selamat bergelar nenek dan atok jugak, lastly buat Along Ju dan Apis; selamat menggalas tanggungjawab sebagai mak dan ayah. Wecome to the club - tak tido malam!!! Hehe... (tak sabar nak jenguk cucu ku).....

Wednesday, September 02, 2009

:: Berbuka Puasa Dengan Nabila...

My love, my life, my everything

Hmm...cam biasa, aku memang terrrsangatlah lambat nak hapdet cerita. (plus, cerita sebelum puasa masih tak keluar lagi di itafedblogspot nih, tak pelah... nak kesah ape kan?) Kali nih cerita pasal aku sefamily berbuka puasa dengan ina dan familynya. Tempatnya, di restoran orkid thai, shah alam. Kire okeylah tempat tuh bagi aku dan abang, selesa juga untuk sarra. Bila kami dah setuju, maka pada ahad lalu, termaktublah pertemuan berbuka puasa aku dan ina sekeluarga.

Kami gerak dari rumah, terus menuju ke shah alam. Alhamdulillah, perjalanan agak teratur, tiada sesat-mesat. Sampai di destinasi, memang ngam-ngam jam 6 petang seperti mana yang aku janji pada ina dan om kedai makan tuh. Parking, so far memang tak susah kat situ. Dah jumpe ina... nabila ala-ala letih pun ade, mantok pun ade. Sarra? Anak aku tuh, yang benarnya... seharian kat rumah dok mengamok. Entah hape yang tak kene tah... Serba serbi salah, nak marah jer... Aleh-aleh bile jumpe nabila, waaahhhh!!!! Terus bertukar perangainya, baik semacam! Adoiii...poning ummi nak oi!

Menu-meni yang sedap-sedap

Kami dah menuju ke tingkat atas restoran, tempat duduk memang ngam-ngam belah tepi dinding, senang nak 'parking kete' sarra dan nabila nih. Hihii.... nabila dah mula mantok, sarra cergas lagik! Banyak gak menu yang sedap-sedap kat sini, perut tengah lapar, macam-macam nak disumbatkannya. Last-last, adelah dalam 6-7 lauk yang kami pesan. Ku semangat gak nak habiskan semua tuh. Tibe time berbuka, sarra dah mantok nak tido, mujur tak meragam, tapi kesian kat ina...nak makan pun agak payah. Nabila kamok-kamok, die nak dok luar... Takmoh dok dalam kodai. Kesian lah mak ayahnya nak makan. Sebbaik tetap ade selera, dan nasib baik kamok-kamok nabila tak berpanjangan.

Gaya nabila yang seakan 'mendera' ibu dan ayah nak makan

Selesai makan, biaselah...melepakings lah kami. Kamilah om pertama masok kedai dan kamilah om last yang bla! Haha... nak buat caner? Jumpe sekali-sekala. Kot jumpe kat gedangsa pun, tak dapat nak lepak-lepak. Baru nak borak, kak ro dah jerit panggil turn kami. Hihiii... (pengalaman; buat aku tersenyum......) Then, kami ke kedai beby yang berdekatan, ambil kesempatan membeli ape yang kurang tang barang anak-anak nih. All out, memang kami seronok sebab dapat berbuka sama. Teringat akan pertemuan pertama antara keluargaku dan keluarga ina. So suwittt memori tuh. Doaku, moga anak-anak ummi nih akan membesar sehat, mampu berdikari dan mampu menjadi anak yang solehah. Amin....

** Pertemuan seterusnya; berbuka dengan rakan blogger. Pada yang ingin hadir (mana-mana team blogger dialu-alukan)... sila beri nama dan bilangan yang hadir untuk ita buat tempahan (last date; esok...jumaat, 4/9/2009). Sebelum tuh, setuju ke semua di restoran yang sama nih? Ita masih menunggu cadangan yang lain. Harapnya, ada yang sudi menghadirkan diri. Terima kasih pada kawan-kawan sekalian alam maya nih....

Tuesday, September 01, 2009

:: Ada Sesiapa Berminat?...

Assalammualaikum, untuk semua teman-teman blogger sekalian alam. Berminat tak anda untuk kita sama-sama berbuka puasa pada hujung minggu nih; Ahad - 6 september 2009....

Tempat masih tercari-cari lagi di mana yang sesuai dan selesa bagi anak-anak. Seandainya teman-teman sekalian mempunyai cadangan, silalah beri komen yer. Majlis ini bertujuan mengeratkan lagik tali persaudaraan dan silaturrahim sesama kita, lebih-lebih lagi pada kita yang dianugerahkan anak 'istimewa'. Pasti nanti banyak maklumat dan cerita nak dikongsi secara live! Jadi, ita mewakili teman-teman yang mencadangkan majlis nih, mengalu-alukan kehadiran teman-teman semua.

Sudilah kiranya kita meriahkan acara ini, sekaligus boleh dijadikan acara tahunan. Harap, teman-teman sudi meluangkan masa. Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian kalian. Lagi ramai yang join, lagi meriahkan? Sesiapa berminat, sila beri nama dan confermkan kehadiran anda yer.

Sunday, August 30, 2009

:: Sarra dan Dania @ Warong Penyet...

Keluarga kesayangan sarra dan dania

Hari ke 9 berpuasa, syukur...aku masih diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalani ibadah nih. kelmarin dulu, aku dan abang dah planning nak berbuka di luar bersama family fren; ida dan supit. sehari sebelum tu, berbuka di rumah mereka. (makan free je ummi abi nih) merekalah tempat aku dan abang mengadu kasih, terutama aku dan ida. entah sejak bile kami rapat, aku pun tak pasti. masa sama-sama menuntut dulu, tak pulak kami sekamching nih. malah, nak bertegur pun... hanya jika berkaitan dengan hal sekolah. abang dan supit memang dah ngam ho. tido sebantal lah! mungkin 'jodoh' aku dan ida untuk bersama, selepas habis menuntut kot... (thanx yer da..ko selalu ade ngan aku; susah mahupun senang)... sadis lak!

Kami pernah melalui banyak perkara bersama. yang manis, masam, pahit, kelat...sume ade. eh...takmohlah cite pasal nih. om nak citer pasal berbuka sama kat ayam penyet nih. hihi...ida dan supit dah booking dulu, mujur ade kosong. kami menyusul selepas habis kije. sarra, dah tentu ade same. mane leh tinggal anak ummi nih. die suke tul kalau nak jalan, lebih-lebih lagi kalau cakap nak jumpe dania. dania lak, rajin benar dok cium sarra, sayang sarra, cuit-cuit sarra. agaknya dengan 'perasaan' si kecil berdua nihlah yang buat sarra bagai ada 'daya tarikan'... cano nak koba ni yo? canilah ha... budak-budakkan cepat ade rangsangan untuk bersaing, bermain, sayang... so bile si sarra jumpe dania, sarra cam tak nak 'kalah'. suke jer die kalau dania ade sama. (nih yang rasa nak bagi sarra adik cepat nih) haha... mane taknya, mase dalam perut lagik budak-budak cenot nih dah pandai 'berkawan'. aku dan ida sama-sama 'terkena buatan' somi sendiri! sama-sama gi cari baju anak, sama-sama gi jalan...eh, banyaklah yang sama. dua-dua mak om melaka, dua-dua apak om nogowi! dah kono lah tuh! (mesti abang gelak bace nih...! den tongah semangot nih hah...hihi!)

Kami yang menggiurkan

Makcik nih selalu jaga air bulan pose

Dania cam biaselah, mula-mula tak nak dengan abi die. nak dengan ummi, puaslah die dok mengacau kami nak santap. sarra, tengah layan mantok dalam buggy die. sebbaik anak ummi nih amat memahami umi abi, papa mama nak buka. dania dah makin ade selera makan... puas gak aku tengok papa dania dok layan die. keletah budak setawon, memanglah penat nak layan. tapi seronok kan... adakala hati berbisik juga... andai anak ku jua begitu........ tak tahulah cukup ke tak tangan ummi dan abi nak layan. (keadaan sarra sekarang pon adakala dah cukup tak terlayan... tapi ummi tetap bersyukur!) ummi tunggu sayang. walau 1000 tahun lagik, ummi tetap tunggu... sarra jangan marah tau bila mana ummi layan dania. ummi takut jer sarra majok. sarra dan dania dua-dua anak ummi. ummi sayang kamu dan ummi pun tahu mama ida jugak macam tuh! (eh..takmo lah nanes! kang batal pose kang!!!)

Dah selesai makan, kami meneruskan sesi berjalan. sopin dan ke kedai ikan. puaslah si dania tuh menghiburkan kami. sarra, dah tak nak tido. nak dokong...suke lah die tengok ikan. adakala aku rasa mata sarra dah makin pandai merenung. hmmm... abang selalu cakap pasal terapi binatang tuh. mase aku dokong sarra bawak tengok ikan, memang mate die tak berhenti tengok pergerakan ikan-ikan tuh. suwit jer... dan kepala die jugak dah macam tak tentu arah dah. hmmm...mungkinkah akan makin bersinar mata anak ummi nih nanti? InsyaAllah... berusahalah untuk mecapai keizinan Allah.

Kedai sume dah nak tutup, barulah kami nak pulang. seronok, sebab lama dah tak date dengan dania. yelah, hari-hari biasa dania dok melaka. mama sekolah, bile cuti sekolah...barulah dapat jumpe dania nih. dania pantang sebut miming. melentin-lentin seronok. hehe...nanti datang raya umah ummi tau! (baru hari ke-9 puasa, dah semangot nak raya! chertt! mane buleh? amal ibadah lom betimbon lagik nih...) harapnya aku dan family fren nih akan terus kekal bersahabat. InsyaAllah...

Anak dara kami yang terchen-ta

** Terima kasih pada papa supit dan mama dania kerana banyak 'memahami' aku dan sengih. (kot nak cakap face to face, mau tersembur air mata nih! nih pun dah ketepi-ketengah dah mate nih...! haha) banyak perkara dah kita lalui bersama, semoga akan terus mekar...amin!

Tuesday, August 25, 2009

:: Selamat Ulang Tahun Bondaku...

Bonda ku tercinta

Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan bonda Hapsah.... Allah selamatkan kamu. Selamat hari lahir buat bondaku yang tercinta; Hapsah binti Kadir. semoga bonda dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dunia dan akhirat.

Hari nih, genap usia mak 69 tahun. usia emas...Alhamdulillah, mak masih sehat, Allah masih beri kami; anak-anak mak peluang untuk bermanja. (even semua anak-anak mak dah berkahwin).... tiada apa yang istimewa dari adik untuk mak, hanya doa yang adik panjatkan. semoga mak terus diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, gembira selalu dan semoga mak beroleh apa sahaja yang diidamkan. InsyaAllah... kami anak-anak, teramat menyayangi mak. terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kami.

Salam sayang buat bonda ku, Hapsah Kadir. selamat hari ulang tahun mak...