Thursday, November 11, 2010

:: Cerita-Ceriti Alisya...

Semenjak kebelakangan ni, blog ini hanya berkisar tentang cerita gila glamer ku sahaja. Cerita Alisya tersunyi sepi pula. Maaf ye nak. Ummi patutnya 'up' kan kamu. Tapi ummi pula yang terover terlebey sudah! Hihiii... ummi lupa diri sekejap!

Alisya... rutin hariannya seperti biasa. Ke Ibu Daycare, adakala baik di sana. Ada masanya melalak, meraung dah macam tak hengat dunia! Masih ku bekalkan buaian santai yang kami panggil 'buai katak' jika Alisya ke rumah ibunya. Ini kerana mood anak ini yang sememangnya tak dapat nak di duga sama sekali. Sekejap mahu didudukkan, sekejap mahu dibaringkan, sekejap mahu di buai katak. Tak ke fenin Ibu Daycare nak melayan? Haih... macam-macam hal lah ini budak.


Kalau tengah baik, Alisya memang suka duduk di sini.
Kami gelar buai katak sebab corak kain buai ini
ade tema katak. Hehe...


Sabtu pula, masih ke Gedangsa. Jika yang lain ramai dah 'hye-hye bye-bye' dengan Kak Raw, tapi aku dan abang masih teruskan rawatan ini. Yelah, kami mak apak Alisya, kami tahu mana yang sesuai dengan tubuh istimewa anak kami ini. Begitu juga dengan ibu bapa yang lain. Mereka tahu mana yang serasi buat anak mereka. Dan tiada salah mencuba itu ini, hak masing-masing kan? Semuanya yang terbaik untuk si anak. Kalaulah kami memonteng dari Kak Raw, alamatnya Alisya akan mula 'mengeras' macam kayu dan 'melurus' macam pembaris. Hihiii... taklah ummi suke-suki nak melebel anak ummi macam tu. Sekadar contoh. Tapi memang itulah yang akan Alisya lakukan. Aku dan abang beranggapan badan Alisya akan mula tidak selesa kalau tak kene penangan Acik Raw dia.

Kali ni balutan Alisya dipanjangkan dari 4 jam kepada 6 jam. Apa yang aku dan abang dapati, anak ini akan lebih mudah tidur malamnya. Tiada lagi tidur di peha ummi, tiada lagi penderaan ke atas ummi untuk tidur secara duduk bersama-samanya. Alhamdulillah... memang ada keberkesanannya berubat dengan Kak Raw. Yelah, nak mengubati anak yang sakit, kesabaran yang tinggi perlu dipertaruhkan. Bukan sekali dua mencuba, kita sudah mengharapkan pencapaian yang besar. Dan tidak semestinya hanya tertumpu pada satu tempat, anak itu boleh pulih. Mencari penawar bagi mengubati si anak, bagaikan mencari jodoh yang paling baik buatnya. Berusaha sedaya mungkin. Insya'Allah.


Anak ummi merayu simpati.
Tapi dia tahu rasa sedap selepas berbalut 6 jam!


Cerita lanjutan mengenai anak ini, Alisya makin kuat melemparkan senyumannya. Alhamdulillah. Memang aku dan abang sangat-sangat menantikan detik anak ini terkekek-kekek dengan kami. Mungkin ada yang beranggapan "anak senyum lebar pun nak heran ke?"... Haruslah! Sebab anakku istimewa. Senyuman istimewanya lah pengubat bagi penat lelah kami, pengubat bagi kegusaran hati kami! Pulak tu, sesekali senyuman anak ini disulami dengan mulut yang ternganga, terkumat-kamit. Bagaikan mahu bercerita. Menurut kakak iparku yang juga punyai anak istimewa, katanya jangan berhenti bercakap, bercerita dengan anak ini. Kerana setiap yang dibualkan akan direkodkan oleh si anak, akan dirakam di kotak memorinya walaupun mengambil masa yang lama. Suatu hari nanti, anak ini pula akan membalas dengan bercerita semula kepada kita. Huh... ajaibkan rangsangan itu? Bilakah momen itu akan tercetus? Tak apa, ummi tunggu nak!


Senyuman anak ummi di suatu pagi Jumaat.
Kami pula yang terkekek-kekek!

Untuk anak ummi, walaupun suatu hari nanti ummi sudah 'kehabisan' cerita untuk diperdengarkan kepada kamu... akan ummi teruskan jua walaupun ummi terpaksa meminjam cerita jiran sebelah! Ummi tidak akan berputus asa untuk terus bercakap dengan kamu, ummi tidak akan berputus harap untuk mendengar Alisya pula yang bercerita kepada ummi. Ummi sangat-sangat nantikan saat itu sayang! Walaupun ummi bercakap bahasa kita, kamu bercakap bahasa jerman, ummi terima... sebab kamulah 'nyawa' ummi dan abi! Kamulah harta kami dunia dan akhirat!


Ketika asyik 'bercerita' dengan abi.
Ouhh... gigi anak ummi lompong lah!



Indahnya nikmat yang Allah beri pada kami.
Syukur Ya Allah...



** Ya Allah, Kau panjangkanlah usia 'urusan pinjaman' anak ini kepada kami... agar dapat kami membelainya, menghargainya dan menyayanginya dengan penuh rasa syukur! Walaupun 'pinjaman' Mu ini serba kekurangan, namun cukup besar nikmat yang Engkau turunkan di sebaliknya! Aku bersyukur dengan kurniaan-Mu ini Ya Allah....

Tuesday, November 09, 2010

:: Perut Ku 'Menari Cak Kun Cak'...

** Entry yang agak meloyakan! Hihiii... jangan teruskan bacaan jika rasa nak muntah terbelahak. Sekadar peringatan pada diri agar tidak berlaku lagi kes seperti ini. Dah lembik macam cicak melepet dah ni!

"Dan kau sudah tahu yang berapa kali aku sudah terbuang air besar? Ini pun ada rasa macam terkucil nak terkeluar, ku tahan Jebat! Ini sudah hampir 14 kali!"

Hahahaha... Ingat dialog tuh? Ye, memang ini yang sedang aku alami. Rasanya yang paling teruk sepanjang 2010! 14 kali, dah nak sama level dengan parking kereta semalam! Hahahaa!!! Dah tak tertahan dah rasanya. Mahu MC tadi, tapi memang tak buleh kerana ofismate ramai cuti. Dah nak hujung tahun kan, ada sahaja yang ber-vacation. Mahu tak mahu, ku gagahkan jua ke tempat kerja.

Azabnya rasa bila setiap setengah jam mahu 'bertapa' dalam tandas! Sakit jangan ceritalah. Entah mana silap makannya, tak tahulah pulak. Tapi abang cakap ni penangan kene drive semalam! Hahahaa...yok yok lah! Bukan tak mahu ke klinik pagi tadi, tapi aku tak yakin buleh bertahan sementara nak tunggu turn jumpa doktor. Dalam tengah menaip ni pun, dah mengulas-ngulas dah. Atoiyaiii! Rasa macam nak cabut toilet bowl tuh letak kat sebelah! Muahahaha. Ramai nasihatkan aku suruh minum 100 plus, hmmm... akan ku cuba juga walaupun tekak ni memang sejak azali tak buleh terima 100 plus. Makan pun hanya 2 sudu aje yang buleh masuk. (kalau turun 5 kilo, best nih). Teh o pekat dah selamat aku telan. Tapi masih berbisa lagi. Apalah nasib badan. Harap-harapnya esok dah pulih. Dah tak ada tenaga dah nak mengadap tandas! Hahaha...

Serius, memang sekarang ni dah terbayang nak tidur baring dalam toilet! Senang. Hihihi... what everlah Ita. (Pengotor gak ko ni kan?) BFF hajak merendek makan meetball pun ku tolak dengan berhemah! Habis tu, nak ke ko tanggung risiko jalan dengan aku Hayu Mayo? Hihiii... dahlah, tak buleh nak go on dah.

Monday, November 08, 2010

:: Cubaan Pertama...

Dari rumah lagi, perutku dah mengulas-ngulas sakit. Entah kenapa je. Abang cakap, jangan di fikirkan sangat pasal nak drive tuh. Huh??? Bukan itu yang sedang perut ini gusarkan. Entahlah, salah makan kot. Atau angin kosong dah menyelubungi sekitar perut agaknya.

Berbalik kepada cerita drive, or nak glamer drift. Drift lah sangat... hahaha! Agak mengilukan hati aku. Hari ni penentuan untuk aku 'menyandarkan' NBD di ofis ku. Ini semua gara-gara parking di ofis hubby yang dah melampau mahalnya! Seminggu cecah RM50 dan lebih! Kalau dibuat makan, dibeli susu anak atau disopinkan jumlah tu, lagi bagus! Makanya, aku lah yang harus mengorbankan rasa gusar, rasa takut di hati tentang nak pegang stereng balik! Bak kata abang... fikirkan duit tu beli susu adik lebih baik dari bayar parking! Yelah... eden torai!

Perjalanan dari ofis abang ke ofis ku tak jauh mana pun. Sepelaung je. Ketika di jalan raya, alhamdulillah aku berjaya dengan selamatnya. Akan tetapi, bila tiba nak parking di ofis yang mana aku perlu mendaki ke tingkat 15... Masya'Allah! Mulalah suspen, gabra tak hengat dah! Sudahnya, belum sempat ke tingkat 2... baru tingkat pertama enjin dah mati! Cherttt!!! Walhal macam-macam doa aku baca. Jenuh aku nak cool down balik. Perut yang tadi sakit sebab angin, dah tukar jadi sakit mengulas-ngulas macam nak terberanak pulak! Terus call abang, cakap kereta tak buleh start langsung! (Masa tulah terbayang auto!!! Hahaha... macamlah bayang hari ni, esok buleh dapat! Ko kene redah jugak Cik Ita oiiii!!!)

Sangat panik!!! Nak tak nak, aku call ofismate... minta bantuan mereka. Kene gelak jugaklah, tapi gelak untuk bagi semangat! Mashehlah Gee dan Amir. Yang lebih diorang gelakkan sebab aku tampal 'P'. Walaupun dah 9 tahun lesen full di tangan, aku tetap paksa abang beli 'P'. Ikutkan hati, mahu jer tampal keliling cermin! Muahahahaha... giler gabra ummi neh! Akhirnya, rakanku Amir yang tolong bawa NBD sampai ke atas. Alasanku, dah sejuk kaki tangan! Dah tak buleh nak concentrate dah! Esok ajelah aku cuba aksi lagak ngeri ni. Hihihiii...

Entah macam manalah nasibku esok. Silap-silap... dok call lagi ofismate minta bantuan! Haih... kalo macam ni, sampai bila pun tak teror. Bukan tak buleh nak parking di level bawah, tapi tu semua untuk reserved parking. Depan ofis pula, parking visitor dan datuk-datuk kat ofis ni. Apa hengat ade share ke dengan datuk-datuk tuh nak parking sebelah dia? Hahahaha. Lawak macam mana pun, pendakian belum berakhir, perjuangan harus diteruskan! Mudah-mudahan tiada sebarang insiden yang tak diingini berlaku selepas ini. Kene nekadkan hati ni. Insya'Allah.

Sunday, November 07, 2010

:: 7 Eleven... I Love U So!

It's my hubby's birthday! Selamat hari jadi sayang, semoga segala usaha dan impian abi untuk keluarga kita akan tercapai jua suatu hari nanti.

Ummi dan adik doakan agar abi sentiasa dirahmati Illahi, diberkati segala usaha, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik-baik. Semoga berjaya menjadi abi dan suami yang baik di dunia dan di akhirat...

Ummi dan adik cayam abi sangat-sangat! Kamulah wira kami!

Happy birthday my dear hubby... luv u till the end!


Beday Boy kene 'lauk'... cowi abi!


Kek dari si isteri. Tapi si suami tak dan nak rasa.

Thursday, October 28, 2010

:: Tindakan Berani Ummi...

"Abang balik lambat... cayang amek kete, bawak adik balik dulu" kata Cik Abang Sayang.
"Huh... agak-agaklah abi ni, ayang baru malam tadi pegang stereng balik, baru refresh sekali, tak kan buleh mahir pun. Plus, lesen dah mati. Kalau kene tahan, macam mana?".... keluh si bini.
"Emergency. Nanti abang gi hidupkan lesen cayang"... kata-kata perangsang si suami.
"Tak nak lah, tak yakin. Ayang tak berani lagi".... si isteri masih berdegil!
"Habis tu, macam mana? Nak tunggu mana? Abang banyak keje ni"... nada abi yang frust sebab ummi tak buleh drive lagi.
"Ayang naik train! Gi umah Along... Nanti abang amek ayang kat sana"... hati si ummi yang bulat dan nekad!

Naik train? Bawak Alisya??? Yeeee... itu yang aku lakukan semalam! Kerja gila mungkin. Tapi memang aku nekad. (kenapa tak nekad untuk drive balik je???) Huh... untuk perbuatan itu, aku masih berperasaan takut! Hahaaa... bukan takut dengan stereng kereta abi, tapi takut entah ke mana 'hala tuju' ku nanti! Masih takut dengan 'permainan' jalan raya.

Nantilah, baru sehari dua je aku 'berjinak-jinak' dengan 'Horlick Cheese Cake' abi tu. Hari pertama, hanya sejauh 1 kilometer sahaja. Hari ke-dua... aku dah berani sikit meredah jalan sepanjang MRR2 yang sedia maklum, jika jam 4 pagi pun kereta di situ tetap banyak. Pada mereka yang mahir dengan driving di Kolumpo ni, mungkin adalah sangat mudah untuk kalian memahami rentak jalan raya di sini. Tetapi bagi aku, yang mana pernah melalui trauma yang sangat dahsat suatu masa dulu... amatlah berhati-hati dan masih ada sisa trauma tersebut! Sungguhpun tidaklah melibatkan nyawa manusia mahupun haiwan yang melayang, namun pengalaman lalu banyak memberikan pengajaran. Tambahan pula, parking di ofis amatlah menyeksa jiwa! Parking bertingkat, yang mana aku harus mendaki setinggi level 16, barulah dapat meletakkan kenderaan dengan selamat. Level 1- 15 adalah untuk reserved parking. Jika aku membawa kereta ke ofis nanti, aku tidak tergolong di situ!

Memang benar, isteri sekarang harus berkebolehan untuk memandu kereta, berdikari sendiri apabila suami tidak dapat bersama di saat-saat genting. Dan itulah yang aku terfikir sekarang. (kalau abang baca ni... mesti abang cakap; kenapa tak fikir 3 tahun dulu?) Muahahahaha... abang, bukan ayang tak fikir dari dulu. Cuma keyakinan tu belum muncul-muncul lagi. Hihiiii... jalan kat Kolumpo ni complicated sangat. Pulak tu, kereta old fesyen, manual, stereng nak putar je mau turun 4 kilo! Hahahaa... itu bukan alasan! Yelah, ayang tengah cubalah ni nak dapatkan balik skill memandu. Bak kata kakak ku, kadang-kadang kita harus berani sendiri... redah je bawak kereta tuh sorang-sorang! Baru thrill! Errr... suatu hari nanti akan ku buat!!!

Berbalik pada kisah Alisya naik train. Memanglah ummi cuak tahap gaban nak bawak anak dara ni naik train. Pulak tuh, siang hari di rumah beby sitter... anak ini mengamok sakan. Mujur Along Ju temankan dari rumah Ibu Daycare. Petang hari, orang semua berpusu nak balik ke rumah dari tempat kerja dengan mengendong beg, termasuk kami... cumanya yang pelik kenapa aku kendong Alisya bersama? Dah macam nak bawa lari anak je rupanya! Hahahaaa... Lantaklah apa yang orang nak kata. Semakin aku nampak kelibat train menghampiri, semakin kencang degup jantung ni. (nak dating dengan abi kali pertama dulu pun, tak berdegup kencang macam ni lahhh...) Risau jika tak dapat duduk, macam mana nak dokong Alisya? Risau jika anak ini kamok-kamok, mengeliat-leding dalam train... macam mana nak handle dengan orang ramai di sekeliling? Huh... berdebar.

Rupa-rupanya, Alhamdulillah... Alisya sangat berhemah dan sangat bertimbang rasa ketika di dalam train. Sangat baik. Muka Alisya pelik, hairan dan janggal. Mujur dia tak mengamok, menjerit atau berdecit langsung. Perjalanan buleh tahan jauhnya. Lebih setengah jam, keadaan sejuk membuatkan anak ini hampir terlena! Mata yang memerhati??? Adaaa... tapi ku tak endahkan langsung! Aku lebih banyak berborak dengan Alisya, mengajar dia supaya lebih mengawal diri. Syukur, ummi 'lulus' membawa kamu naik train!


Muka ummi yang pelik. Dah macam minah hendon lari
bawak anak dari seberang je neehhh!
Muahahahaa... Alisya dah nak terlena masa ni.
(pic ehsan kamera henpon Along Ju)



Dan yang paling penting, Alisya merasai suatu pengalaman yang baru. Masheh anak ummi, kerana memahami situasi terdesak ummi semalam! Nanti kita cuba naik bas pulak! Ahahaha... ada brannn ke ummi???

Wednesday, October 27, 2010

:: Kami Sedomdom...

Sampai aje di ofis, aku dah pegang kepala. Nampak sahaja 'Cik Puan' lagi satu, badan dah mula rasa seram sejuk panas. Berderai hilai tawa ni, mula mengekek-ngekek kami berdua bila masing-masing saling berpandangan! Sampai terkeluar air mata lah! Memang kuat betul naluri kami; jiran di pejabat.

Hahaa...aiseyman, macam mana boleh sedomdom habis neh! Tanpa dirancang. Selalunya hanya rona baju sahaja yang sama. Tapi hari ni... tudung dan anak tudung pun sama daaaa! Nasib baik tak hilang seri mak-mak dara ni. Huahuahuahuahuaaaa.... puji sendiri aje nih!


And she is my bff. Cik Puan Dewi.
Sesekali, memang bikin kecoh!


Memang kami tak pernah merancang, namun... itulah gerak hati yang sama. Masing-masing berteka-teki dengan baju seharian yang mahu dipakai. Cuba untuk mengelak daripada sama warna, sama tema. Akan tetapi, pilihan hati yang tak akan disangka juga menjadi pujaan! Muahahahaha....

Makanya, marilah gelak berjemaah beramai-ramai di ofis. Nasib baik Cik Puan Dewi itu BFF ku! Kami okeh je... selamber!!!

Monday, October 25, 2010

:: Hati Ummi Yang Tidak Keruan...

Huh...macam mana hendak diluahkan rasa nih erk? Aduhhh... tengah tak keruan ni. Bila teringat balik, mau rasanya perut ni bagaikan ada 'dragon ball' di dalamnya, sedang berulit-ulit macam hendak terberanak! Rasa tak tentu arah dan mula mengulas-ngulas tatkala kerisauan di hati datang bertandang. Hati tidak senang, jantung berdegup kencang! Aisehhh... payah betul nak hidup aman!

Semuanya berpunca daripada kesilapan sendiri. Ianya berkaitan kerja seharian ku di pejabat. Berkhidmat dengan majikan sekarang, jika ada kesalahan walaupun sekelumit ianya akan mengakibatkan seluruh Mesia nih al-maklum! Haha...payahkan? Kesilapan tanpa ada susulan pantaun dan peringatan sekali lagi. (apakah aku merepek? Dah start gabralah ni...) Biarlah, harapnya semuanya kembali tenang tanpa ada yang menuding jari. Apa pun, aku akui kesilapan itu dari diri sendiri.

Habis cerita majikan! Mahu bercerita pasal Alisya. Ini lagi satu kes buat aku tidak keruan. Semalam, sedang aku berkerja di hari minggu... tiba-tiba abang menelefon;

"Cayang, abang bagitau ni... cayang jangan marah eh..." nada abang ala-ala takut dan ketar.
"Kenapa?" balas aku yang ketika itu mahu ke tandas!
"Adik jatuh sofa! Abang tak perasan.."
"Hahhh? Adik nanes tak? Ada pape ke? Lebam ke..." tersentap seketika nak masuk toilet!
"Pipi kiri adik lebam sikit, adik nanes gak. Tapi abang dah pujuk, adik okeh. Abang pun nanes gak nih!" abang nanes, pujuklah sendiri!
"Aduhhh... abang tuamkan lebam adik tuh, jap lagi ayang balik..." sambung masuk toilet tunaikan hajat!

Macam tulah sikit lebih kurang perbualan aku dan abang. Dahla aku ni memang jenis cepat gabra, bila dengar kes kesalahan di ofis perutku dah mengulas kencang! Aleh-aleh nak ke tandas, abang call dan nyatakan isu yang lagik dahsat ini. Makinlah 'dragon ball' dalam perut ni berputar-putaran! Atoiiiyaaiiii... dah macam tak cukup tanah dah rasanya nih. Mujur kerja di pejabat sudah habis, terus sahaja aku pulang dengan hati yang bukan kepalang!

Mungkin bagi sesetengah pihak, 'jatuh bangun' seseorang anak di awal usianya adalah perkara biasa. Tapi bagi ku tidakkk!!! Sedangkan anak yang normal jika terjatuh sofa, buaian mahupun katil... pun boleh menjadi 'hal' yang tidak diingini, inikan pula Alisya yang mana sedia tahu otaknya sememangnya sudah mempunyai kesan 'kerosakan' akibat lemas masa lahir. Dan aku sangat-sangat tidak mahu kesan rosak itu bertambah lagi. Aku tidak memandang enteng akan kes jatuh seperti kes Alisya ini. Aku tidak menyalahkan abang, sememangnya abang ada bersama di sofa ketika kejadian. Mungkin terlepas pandang. Apa pun, syukur Alhamdulillah... tiada apa-apa perkara susulan yang berlaku.

Mujur Alisya tidak meragam selepas itu. Apa yang membuatkan aku dan abang rasa lega... pagi ini Alisya sekali lagi melemparkan senyuman yang menusuk hati ummi dan abinya! Tak henti-henti dia senyum... hinggakan aku dan abang ketawa besar! Nak mengalir air mata pun ada gak masa tu sebabnya Alisya seperti memahami perbualan kami pagi tadi. Perbualan yang menggusarkan hati aku dan abang. Tiba-tibanya Alisya menghadiahkan senyuman manisnya sebagai penawar duka kami. Seakan-akan dia memahami situasi itu. Agaknya Alisya berfikir;

"Ummi dengan abi neh tengah kalut-kalut nih. Dah macam nak terpele'ot pon ade neh... baik aku senyum, biar ummi dengan abi ketawa. Aku tanak ummi dengan abi susah hati..."

Senyuman ini mungkin tampak biasa, namun bagi aku dan abang,
senyuman ini mampu membuatkan air mata kami berjuraian
dan hati bergelora!
(Pic taken after Alisya senyum riang!
Elok tengah menyengih, cepat-cepat ummi amek kamera.
Tapi bila nak snap, saki-baki senyum je yang tinggal!
Pandai berlakon makcik neehh)


Andai itulah yang Alisya fikirkan, sungguh ajaib perasaan yang dianugerahkan Allah ini! Terima kasih anakku, terima kasih kerana terus tersenyum... sekaligus menghilangkan segala kegusaran di hati ummi! Aku dah men-warning abang; Jangan nak marah-marah lagi kat adik. Ingat apa yang adik dah lalui!

Haha... warning ke tuh? Boleh ke isteri warning suami? Dosa tak? Hihihii... tapi berkaitan anak, dibolehkan kot???? Fuhhhhh.... tarik nafas lega sekejap. Mudah-mudahan inilah kes kedua dan terakhir Alisya jatuh! (sebelum ni Alisya pernah jatuh buai, Ramadan lalu. Umpama 'malaikat' menyambut kejatuhan anak ini, sedikit pun dia tak menangis!) Ummi berharap, kecuaian ini tidak akan berulang lagi.

Syukur Alhamdulillah Alisya okey!

** Abang, anak kita makin lasak tau. (lasak ke anak CP nih?) Yeee, lasak ikut gaya dia lah! Kalau taruk adik kat sofa, sila taruk tilam dan bantal 44 biji sekeliling sofa ye. Hihiii... tapi masa adik jatuh buai aitu, ade je tilam kat bawah buai 24 jam, tak pernah kita alihkan! Tup-tup adik jatuh style lain daaaa... tak jatuh atas tilam pun! Hahahaha... (boleh gelak lak ummi nih!)