Monday, January 17, 2011

:: Suam-Suam Kuku...

Rasa MALAS!!! Entah kenapa, mahu menghadap hari-hari berikutnya pun rasa malas yang amat! Apa lagi mahu berkarya agung di blog sendiri. Entah mana urat dawai yang dah bersimpul, membuatkan hati dan jiwa ini jauh melayang terbang sambil membawa perasaan yang sangat-sangat malas.

Jika diberi pilihan, aku mahu bercuti seminggu dua dari tugasan pejabat, mahu berpeleseran bersama Alisya, mahu bermelepetan bersama cik embun ku itu dan rasa mahu berada di bawah ketiak bondaku sambil menjamu, melantak dengan hebatnya masakan beliau! Ohhh... kenapakah begini?

Hmm..dah tak tahu nak ngomel apa pun, mungkin kisah ku ini disebabkan kerana 'kesentapan' terhadap sesuatu perkara yang sangat menyentuh emosi dan benak jiwaku. Biarlah, asalkan aku masih punyai suami tercinta dan anak tersayang. Oh suamiku, oh anakku... marilah kita sama-sama bermelesetan, bermalasan di Le' Bastion!!!

Wednesday, January 12, 2011

:: Abang Hemsem Body Ketaq-Ketaq!

Muahahahaaaa... baca tajuk je mahu muntah hijo! Eh... tak baik tau! Yang ku maksudkan adalah Abam Cayam ku! Sedang berusaha dan bertungkush-lumush untuk me-macho-kan diri, menstabilkan kolestrol dan tekanan darah dalam badan agar tiada penyakit yang datang menyinggah di kemudian hari. Gud work bebeh!!!

Antara hobi Cik Abam Cayam ku sekarang ni; Work-out, work-out, work-out, work-out, work-out!!! Dari ke gym rakyat di Putrajaya setiap Sabtu (kalau kami tak ke Gedangsa), kini sudah bertukar ke gym setiap masa terluang di rumah sahaja. Sesuatu yang baikkan. Haruslah ayang support abang dari belakang! I luv U lah Cik Abam Cayam, kerana berusaha keras untuk kesihatan diri. Demi isteri dan anak-anak mu jua kan? Walaupun lepas ber-exercise kemain sakit badan-badan tuh sampai nak lap badan lepas mandi ke, nak pakai baju ke... tak larat dah nak angkat tangan! Namun abang gagahkan jua niatnya itu.

Bukannya setakat nak bina badan kasi body ketaq-ketaq je, akan tetapi kerana keinsafan diri untuk menjaga kesihatan yang semakin merunsingkan kepala. Yelah, family abang banyak history penyakit berpakej. Haruslah jaga kesihatan tu dari sekarang. Baguslah, sekurang-kurangnya abang sentiasa sihat. Sesekali sakit, adat kehidupanlah.

Rumahku dah seperti pusat gimnasium berkos rendah! Hahahaa!!! Berdikit-dikit, berjengket-jengket abang membeli stuffs gymnya. Dari dumbbell, skipping rope, bodylastics resistance band sampailah ke trojan bench. (ayang pon dah tahu asal-usul nama-nama peralatan gym tau!) Impian Cik Abam Cayam ku nak 6 packs, nak body secantik Jacob Twilight! Hohohooooo... ayang sokong lagi! Asalkan nanti dah cantek molek body tu abang tak cari lain... dah lah ye! Muahahahaaa!!!

Cuma hatiku belum terbuka mahu join together untuk gym di rumah ni. Sebabnya, haruslah aku mahu jaga 'peranakan' ku. Baru je baca story pasal peranakan jatuh. Antara sebab-musababnya mengangkat benda berat! Nah... takkan nak tempah 'sakit' pula kan? One day kalau aku dah pencen dan dah nak tutup kilang, bolehlah join Cik Abam Cayam buat tabata ke, angkat berat ke. Lani tengok je lah dulu tabiat abang. Asalkan sihat dan tak mendatangkan kecederaan seperti terkehel ke, terhempas dumbbell ke muka ke...udahla! Let's work-out bebeh!!!

** Gambar-gambi tak dapat nak uploadlah. Berjeman menunggu. Nanti-nanti ajelah ku tepekkan gym equipment Cik Abam Cayam ku itu!

Monday, January 03, 2011

:: 3 Serie's...

Walauwehh! Macam BMW 3 serie's lah! Limited edition nehhh... muahahaha!

Allah selamatkan ummi,
Allah selamatkan ummi,
Allah selamatkan ummi Alisya,
Allah selamatkan ummi...

Beberapa jam sebelum ke dunia 30-an!

Selamat hari lahir buat diri sendiri! Selamat melangkah ke alam 30-an! Allah masih beri ku peluang untuk terus bernafas di bumi yang penuh dengan pancaroba ini. Alhamdulillah, masih panjang umurku, masih berpeluang merasai nikmat berumahtangga, bersuami dan punyai anak seindah Alisya Qaireen!

Tiada yang lain ingin ku panjatkan, hanya doa agar kehidupan ini semakin diberkati, semakin dilimpahkan rezeki dari-Nya dan semoga ada sinar yang menanti buat aku, abang dan anak-anak ku kelak.

Angka 30 hanyalah suatu simbol yang tak harus ditakuti. Malah bagiku ianya umpama satu bonus, yang mana tidak semua makhluk ciptaan Allah mampu bertahan sejauh ini. 29 tahun nan lalu, banyak perkara yang dipelajari membuatkan diri ini semakin matang, semakin tabah dan semakin berhati-hati dalam melayari kehidupan sebagai seorang anak, adik, isteri, ummi, teman dan kawan!

Suatu masa dulu, pernah ku impikan seorang anak
'lebih indah' daripada Alisya.
Akan tetapi,
Allah lebih mengetahui bahawa Alisya lah yang terbaik,
terindah dan 'lebih indah' daripada yang ummi impikan!

Ummi sayang kamu nak! Sangat sayang!


Tidak semua yang kita idam dan angankan akan kita kecapi. Sejauh mana kita merancang kebaikan, hanya Dia yang tahu manakah satu yang baik dan buruk bagi kita. Semoga diri ini dan keluarga mendapat keberkatan yang berpanjangan daripada Allah subhanahuwata'ala. Amin Yarabbal A'lamin...


** Semoga masih panjang umur ini agar dapat ku menjaga Alisya nanti. Andai takdir dan seruan Illahi perlu ku sahut terlebih awal, mahu saja anak ini dibawa bersama. Hanya ummi untuk Alisya dan abi!

Thursday, December 30, 2010

:: Yang Ku Mahu...

2010 akan meninggalkan kenangan. Sangat pantas masa berlalu. Sungguh tak disangka, 2011 dah terintai-intai di luar jendela. Masuk tahun baru, pasti azam yang disebut-sebut dahulu. Malaslah nak cerita bab azam, sebab ada sahaja azam yang tidak tertunai. (azam nak kayo-rayo, tak payah pergi kerja, dok rumah mengadap anak je... tapi sampai bila pun tak tercapai lagi!)

Sungguh pun ada sisa-sisa azam yang terbengkalai, masih ada juga beberapa azam sejak Alisya lahir dapat ku laksanakan pada tahun ini. Antaranya (cerita gak pasal azam nehh);

1) Sejak Alisya dalam kandungan, ummi berangan (kira samalah dengan azam kan?) nak sangat berjalan ke sopin berdua-duaan dengan kamu wahai anak. Dulu ummi selalu bayangkan kita berjalan pada hari Jumaat sebab tiap-tiap Jumaat ummi off. Dan tahun ni ummi dah dapat, bila mana kita ke sopin complex sambil menunggu abi habis kerja. Maklumlah, opis abi bersebelahan dengan sopin complex. Kata abi, dia kerja di Kamdar. Hahaa...

2) Sejak Alisya di sisi, ummi berangan mahu men-driving sendiri kereta abi untuk kita ke kedai ke, ke klinik ke... asalkan dapat berdua-duaan lagi dengan Alisya sambil ummi memandu pula. Itu pun azam ummi jugak. Ummi dah dapat, bila mana ummi nekad membawa kamu ke klinik tempoh hari. Abi masih di ofis ketika itu. Alhamdulillah, hati ummi kembali kuat untuk memandu semula. Sungguhpun adakala masih di tahap tergagap-gagap, gabra bila nampak bukit, senak perut plus mengulas-ngulas bila hampir nak tukar drive dengan abi dan hinggalah 'Pak Mat Tempe berlanggar dengan motokar!'... Itu semua buat ummi belajar lebih berdikari dan jangan selalu mengharap untuk melekap celah bedah ketiak abi je!

3) Sejak Alisya 'makin tenang' ni, ummi selalu berangan untuk bawa anak ummi ke ofis bila ummi kene kerja pada hari minggu. Ummi ni macam bangla, orang lain hujung minggu bercanda dengan anak bini, ummi pula harus kerja. Sebab tu kadang-kadang nak sangat hangkut Alisya sekali, biar senang hati ummi nak melaksanakan tugas. Dapat juga aku berbuat demikian dalam tahun ini. Mujur sangat-sangat Alisya faham dengan tuntutan kerja ummi. Alisya baik sekali ketika di ofis. Siap tersenyum-senyum lagi bila ramai mengerumun anak ummi ni. Sungguh, ummi tak rasa malu walau sedikit pun punyai anak seperti kamu. Malah ummi bersyukur sangat-sangat!

4) Sejak Alisya dalam perut, bila doktor mengesahkan ummi bakal dapat anak perempuan... ummi dah terbayang-bayang untuk 'melawakan' dia. Ummi dah ternampak-nampak pelbagai jenis aksesori untuk diperagakan kepada Alisya. Haruslah kan, anak perempuan. Mesti nak santek-santek selalu. Walaupun Alisya 'berkeadaan' sedemikian, namun itu semua bukan penghalang untuk anak ummi segar cantik. Ummi sememangnya suka jika anak perempuan ummi dihias cantik, comel. Bukannya memerlukan aksesori yang mahal-mahal pun, malah bukan sekali dengan pembelian emas sekati untuk anak ini. Cukup jika anak ummi tampak cantik, anggun di mata ummi dan abi.

5) Sejak Alisya makin 'jelita' ni, ditambah dengan rambut ikal mayang mengurai... memang ummi suka mendandan rambutnya. Sebelum Alisya lahir ummi dah pasang angan-angan mahu anak dara ummi berambut panjang agar ummi dapat menyisirnya selalu. Macam ummi lah masa kecik-kecik dulu, berambut panjang. Ummi dah dapat peluang menyisir rambut kamu nak! Rambut Alisya pernah dipotong pendek 3-4 kali. Akhirnya ummi dan abi biarkan sahaja rambutnya panjang. Dan abi juga sudah pandai mendandan rambut anak daranya ini, dipakaikannya sepit, diikatkan dengan getah rambut yang berbunga. Penuh betul aksesori di rambut Alisya, dah jadi macam 'Aisyah 50 sen' pun ye jugak. Heheee.. itulah abi! Main taram, asal anaknya cantik!

6) Sejak Alisya sudah melembutkan badannya, ummi dah berpeluang mendokong dia secara 'normal'. Maksudnya, ummi tak perlu rasa kekok lagi tatkala mahu mendokong kamu. Sebelum ni, Alisya didokong secara menghadap ke depan. Alhamdulillah, Alisya sudah boleh didukung secara dadanya bertemu dengan dada ummi yakni Alisya menghadap ke belakang. Struktuk tengkuknya juga semakin baik. Tidaklah termengadah ke atas sahaja. Itu pun perkembangan positif kan? Lama tau ummi tunggu nak dukung Alisya dengan baik sebegini rupa! Syukur!!!

Rasanya inilah antara azam dan angan-angan serta cita-cita ku buat anakanda Alisya sejak dia di rahimku dan sejak Alisya di jiwa ku. Walaupun adakala kesulitan berlaku, namun ianya dapat diatasi dengan baik. Tidak semua azamku untuk anak ini sudah tercapai, masih banyak... masih jauh! Namun 2011 yang bakal tiba adalah langkah seterusnya untuk ku teruskan usaha.

Sememangnya harapan seorang ibu untuk anaknya sangat menggunung! Aku juga tergolong di situ. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Walau baik atau sebaliknya yang kita perolehi, pasti ianya didatangkan dengan hikmah yang tersendiri dan pasti kemanisan akan berlaku. Wallahualammissawab!!!

Selamat menghadapi cabaran di 2011 buat semua pembaca!

Thursday, December 23, 2010

:: Terima Kasih Semua...

Sayu hati ini, hiba rasanya bilamana ramai sungguh yang sudi dan terus-terusan mendokan Alisya. Yang sms, yang menelefon, yang ber-inbox di FB. Sungguh hatiku terasa syahdu, terharu dengan keprihatinan teman-teman ini; rakan blogger, rakan facebook, kakak-kakak, abang-abang dan saudara-mara sekalian. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan doa-doa hamba-Nya.

Alisya Sabtu lalu... demam menyerang.


Badan dipenuhi asam jawa! Tinggal nak 'goreng' je ni. Hihiii...

Tiada apa yang mampu ku katakan, hanya doa dikembalikan agar kalian juga di bawah payungi Illahi. Hati ini memang tak berapa nak 'aman' sejak Alisya demam Sabtu lalu. Doktor pun cakap... "Lama dah Alisya tak datang (klinik Doktor James), last datang April lalu". Menandakan lama Alisya berkeadaan sihat. Alhamdulillah. Ramadan lalu ke klinik yang lain hanya untuk mengambil nebulizer.

Sepanjang demam, melepet saja anak ummi!


Sesekali mengamok, merengek sakan.


Beberapa hari selepas rasa sihat sedikit.
Dah boleh tido lentok, ok lah tu.


Hmmm, dah nak demam, dah nak sakit... ape nak dikatakan. Sabar ajelah hati ni tatkala melayan rengekan si anak, sudah tu tak mahu langsung dengan abinya. Duduk sebentar dengan abi dalam kereta sementara aku turun ke kedai pun dah merengek. Bila ummi ambil semula, kemain senyap lagi dia! Tak ke rasa nak 'cubit' je anak tu. Haihhhh Alisya, bijaknya anak ummi!

Seharian di Ibu Daycare, buat hati ini dap dup dap dup! Bila tengok handfhone berdering dari Ibu Daycare... mulalah gelabah ayam aku jadinya. Memang sah anak ini perlukan ummi dengan kadar segera. 2 hari Alisya masih dalam mood tak elok. Maafkan dedek ye bu...

Semalam... pulang dari kerja, selepas mengambil Alisya terus mengambil abinya pula. Sebelum mahu pulang ke rumah, kami beriadah dulu di sopin complex! Ya, Alisya pasti suka bab berjalan ni. Ternyata, sedikit rengekan pun tak ada. Tambahan pula ummi membelikan getah rambut baru untuk anak ini. Reward jika Alisya makin baik. Sungguh seronok riak wajahnya yang terpamer. Mulalah ummi dan abi berbisik sesama sendiri; ..... memang anak kita nak berjalanlah bang, nak cakap tak tahu! .....

Pagi ini, Alisya tidur sendiri. Tak perlu buai dah...


Wajah anak ummi yang makin 'dara'.
Sebab wajah ini lah ummi malashh nak gi kerja! Hahaaa...


Pagi ini pula, Alhamdulillah... keadaan si kenit ni makin baik. Yang buat ummi dan abi tersenyum adalah kerana Alisya juga sudah mula tersenyum manis! Sungguh manis. Hingga rasa malas mahu berkerja. Tak pelah nak, esok ummi dan abi off day... bolehlah kita anak-beranak pergi berambu-ramba! Anak ummi pun pasti suka kan? Berjalan... siapa tak mahu? Like ummi, like Alisya lah!

Sekali lagi, sangat-sangat terima kasih pada semua yang tak jemu mendoakan kesihatan Alisya. Semoga kita semua diberkati dan diberikan kesihatan yang baik. Amin Yarabbal A'lamin.....

Monday, December 20, 2010

:: Bila Alisya Tak Sehat...

Alisya demam! Sabtu lalu, bangun dari tidurnya, abang mengangkat Alisya dari buai. Melalak!!! Tak mahu langsung abi menyentuhnya. Aku leka menjemur baju di ampaian. Dek kerana kesian melihat Alisya terus-terusan meraung seperti dicubit, aku pantas mengambil dan mendukungnya. Dapat ku rasakan seperti ada yang tak kena dengan anak ini. Mukanya kemerahan, badan makin hangat.

38 darjah suhunya. Kategori demamlah tu kan. Ouhh...kesian anak ku. Lama dah anak ummi tidak berkeadaan sebegini. Kali terakhir Alisya tak sehat ketika Ramadan lalu. Pernah hati ini terdetik... "Syukurlah, anak ummi dah jarang sakit. Anak ummi makin kuat dan sihat!"... Aleh-aleh, demam ni datang secara tiba-tiba. Tiada sebarang signal yang diberi. Cuak lah! Mujur hanya demam biasa. Walaupun tiada 'pakej susulan' dalam demam ini, namun Alisya tetap merengek, melalak, meraung bilamana ada yang tak kena dengan badannya. Bila dah penat, melepet ajelah sudahnya. Tidur pun hanya mahu di lengan perkasa ummi atau di pangkuan! Kesiannya anak ummi. Patutlah lately ni Alisya tak banyak senyum, tak banyak 'kegembiraan'. Rupanya 'Hencek Demam' nak datang!!!

Cepatlah baik sayang. Kerana ummi tak sanggup, benar-benar tak sanggup melihat anak ummi meraung kesakitan. Anak ummi tak dapat nak luahkan apa yang sakit, anak ummi tak dapat nak mengadu apa yang tak kena kerana keterbatasan kamu. Hanya tangisan dan jeritan yang mampu melegakan keperitan yang Alisya alami. Kuat tangisan yang anak ku lemparkan, kuat lagi hati ini berasa sedih! Alisya menangis, ummi jua turut menangis kerana simpati dengan kamu. Moga anak ummi kembali tersenyum dan sihat. Amin Yarabbal A'lamin!!!

Thursday, December 09, 2010

:: Retreat & Relax...

Dua minggu sudah, kami anak-beranak diundang untuk merehatkan minda dan memanjakan diri di Philea Resort & Spa, Melaka. Majikan tempat abang mencari rezeki memberi peluang kepada isteri dan anak turut serta dalam program ala-ala kursus yang di panggil Retreat! Entah, aku pun tak tahu apakah misi dan visi mereka untuk kursus ini. Abang cakap, ianya untuk memantapkan lagi mision imposible ofis mereka! Apa-apa jelah, asalkan untung badan ku dan Alisya dapat turut serta. Muahahahaa...

Panorama nan indah di Philea Resort & Spa.


Tempat kami menginap selama 3 hari 3 malam.

Agak tak percaya juga bila abang menyatakan big bossnya menjemput spouse untuk turut bermalam di Philea! Segalanya ditanggung halal dan beres! Hehehee... Mulanya ku dengar Melaka, hmmm... tak berapa heranlah nak follow. Dah sah-sah rumah bondaku tercinta di sana. Akan tetapi, bila dah menjejakkan kaki ke Philea ni... dah lupe dirilah pulak! Rumah mak pun tak hengat nak balik dah. Hahahahaarumi bakoko punya anak!

Sementara abang sibuk dengan 'Retreat'nya pada siang hari, para isteri yang turut serta bersama anak-anak diberi kebebasan nak buat apa sahaja yang kami suka! Mandi pool ke, nak order makan lagi ke, nak ke spa ke, nak kilatkan kuku ke, nak trim rambut kasi santek lurus macam dalam iklan ke... semuanya underbayar! Huh lehhh... siapa tak suka kan? Syukur ajelah dengan rezeki ini. Terima kasih Enchik Boss! Sangat saya hargai reward ini!

Abi bersiap untuk ke Class Workshop.


Jalan menuju ke Spa. Ummi sempat ke sini! Wohooooo!!!


Sepupu sepapat Alisya yang menjaganya
tatkala ummi berkeliaran ke spa.

Kata Enchik Boss, ianya adalah 'bayaran' buat para isteri yang sering 'merungut' bilamana si suami asyik pulang lewat jauh malam. Makanya adakala tiada masa nak bermanja-manjaan dengan anak bini di rumah. Walaupun tidak selalu, bila sesekali abang kene stay makan masa jugaklah. Sampai ke subuh pun ade! Masa tu lah aku dan Alisya bagaikan hilang punca mana mahu pergi sementara menunggu abang habis kerja. Dan disebabksn itu juga, ku gagahkan diri membawa kereta semula! Lani, tak kesahlah Enchik Boss... nak stay berapa lama pun... saya masih boleh menunggu atau terus redah balik ke rumah. Asalkan nanti ade Retreat & Relax seumpama ini lagi! Buleh? Ahakss... demand lebey neeeh!

Bilik yang sangat mabeles! Masheh Enchik Boss!


Breakfast on the last day. Makanannya pun superb best!


Aktiviti last; Mandi kolam lah. Alisya tak berdecit langsung!

Sepanjang ber-Retreat & Relax ni, anakku yang sorang tu memanglah sangat behave-nya! Sangat baik dan senang sungguh tido malamnya. Pulak tuh, katil yang gedabak besar di bilik penginapan kami... hanya Alisya seorang yang conquer! Moodnya sepanjang di sini juga baik. Syukurlah, sekurang-kurangnya Enchik Boss tidak jeran nak menjemput kami lagi. Hahahaa! Lastly, terima kasih daun keladi... ade rezeki extra, ajaklah lagi! Daaaaa....