Monday, February 22, 2010

:: Mereka Bertandang Di Rumah Kami...

Ahad yang lepas, sekali lagi hari itu menjadi medan perjumpaan kami; teman-teman blogger yang senasib untuk melepaking di teratak aku, abang dan Sarra. Siapakah gerangan mereka-mereka itu? Mereka ialah family Zali, Shah, Zul, Rofaizal dan family Megat. (Jiey tidak berkesempatan kerana pulang ke kampong halaman...) Mulanya aku yang bercadang mahu mengajak mereka keluar menikmati panorama Kolumpo. Kononnyalah, nak dijadikan cerita... aku pulak demam! So, mereka-mereka ini sudah bertukar cadangan mahu melawat aku di rumah, yang masa tuh baru baik demam. (sebaik tidak melawat di hospital!)

Baru sampai... masih cari mood untuk makan


Makan time sudah tiba... bon appetite


Beriya-iya Ensek Zali bercerita fasal menu Chef di sebelah

Abang selaku Chef of The Day, telah pun beriya-iya memasak beberapa menu yang aku rase dah boleh bukak restoran! (masuk bakul hangkat sendiri ye bang) Haha... mase tuh tekak aku baru nak pulih dari demam, memanglah semua menu nampak sedap... tapi apakan daya, tekak nih tak buleh nak melantak dengan banyaknya. Maka, aku hanya rasa puas bila melihat rakan-rakanku yang lain menikmati juadah pada hari tersebut. Masing-masing ada bawa bekalan tambahan, walhal selaku tuan rumah... aku dan abang dah pesan, datang untuk makan dan lepak-lepak je, tak perlu bawa apa-apa. Anyway, tenkiu untuk semua yang ada membawa extra makanan.

Ada brani tak makan ayam sebegini rupa?


Jemputlah makan ye


Simple-dimple but kenyang jugak

Seterusnya, acara terjun tiruk kolam bermula. (bukannya dalam sangat pon...) Dimulakan dengan ayat; 'nak bawak anak-anak mandi' bertukar kepada apak-apak yang nak mandi sebenarnya. Biaselah tuh, kalaulah anak-anak ini pandai berkata, nahas apak-apak ini. Haha... boleh dikatakan acara pada hari itu sangat seronok. Lepas puas berendam sakan, apak-apak mula lapar balik. Alhamdulillah, menu yang abang masak... laku-laku belaka! (Ade chicken roasted, mashed potato baked with chesee, spageti carbonara, coleslow, KFC dari Ina, ayamas dari Put, buah-buahan dari Faizal dan belut dari Zali! (belut tuh eksen je! tak sanggup nak siang wooo!) Kira habis, senang nak dikemaskan! Syukurlah semua dapat makan dengan puas hati, tuan rumah sangat seronok, dan aku juga terus hilang demamnya! Thanks guys sebab sudi datang ke teratak Ita-Farid-Sarra, maaflah andai banyak kekurangan hari tuh. Hehe... anak-anak? Hmmm... Sarra lah anak yang paling baik, sikit tak meragam bila ramai yang datang kat rumah dia. Bila semua dah balik, adoiiii yaaaaaiiii... Sarra mula tunjuk 'hebat'! Mengamok pulak... bijak tul anak ummi nih. Nak orang ramai 24 jam mengadap dia. Buleh ker cenggitu?

Nabila menanes pada mulanya, terkejut kot


Idris yang baik dan tak banyak ragam pun


Bila family berkumpul. Apaks-apaks yang terlebey nih


Phia yang sexi pada petang itu. Sungguh chomeyl!


Sarra yang pertama kali tidak menanes kene air


Apak-apaks melayan anaks-anaks

Tu jelah cerita-ceriti kami; teman-teman blogger yang senasib, mempunyai anak-anak istimewa yang sama pe'el, ragam dan kerenah. Ape pun, hidup harus diteruskan. Berkenalan dengan family-family ini membuatkan hari-hari kami makin bersinar! Anak-anak pun, sungguh ada 'kekurangannya'... bila berkumpul, semua tampak hebat! Bestkan begini??? Semoga ikatan kekeluargaan kita bertambah erat... sayang kamu semua!

Thursday, February 18, 2010

:: Bertemu Mirza Aariz...

Seperti biasa, memang agak terkebelakang aku nak mematerikan cerita di blog. Kesuntukan masa dan halangan tugas, membuatkan semua hasrat terbantut! Apepun yang terjadi, apdet tetap apdet! Yehaaaa...

Bilakah berlakunya kejadian ini? Tanggal hujung Januari lalu, lokasi kejadian adalah di Pahlawan Mall, Melaka yang terchenta! Dah berkali-kali kami merancang untuk pertemuan yang kedua kalinya ini. Namun, misi asek gagal! Nama pun kawan lama, memang panjanglah cerita kami bila sesekali meluangkan masa bersama. Makan-makan di Nasi Lemak Antarabangsa, sembang-sembang pasal life, anak... bakal anak-anak dan macam-macam lagik lah! Mase memang tak cukup aje kalau dok bersembang nih! Entah bilalah mahu berjumpa lagi, harus 5-6 bulan dari sekarang. (silap-silap, masa tuh dah 'berisi' balik! haha...) Same-same dok kolumpo, tapi nak jumpe... sikit punya payah! Harapnya ada pertemuan yang seterusnya kelak... insyaAllah!

Sebelum makan, Sarra marah-marah dulu! Gaya cam nak turun jer


Ummi dan mama yang vogue. Posing itu wajib!


Posing lagik, kate lame tak jumpe!


Menu nasi lemak yang ngam ho!


Sarra dah kulldown sket


Papa Aariz yang suke makan, macam abi Sarra jugak


Aariz yang leka mengisai beg mama,
terkuar rahsia mama suka ukur badan lepas mak
an!


Abi dan papa yang banyak cerita dan tak habes-habes bercerita!

** 'Rumah' itafed baru aje dicat baru. Saje nak tukar mood. Kate baru baek demam, rajin lah sikit nak mengemas rumah! Enjoyyyy.....

Monday, February 15, 2010

:: Cerita Awal Tahun...

Tengok tajuk pon dah basi daaa! Tak kesahlah, asalkan segala memori seawal 2010 masih segar diingatan. Sebenarnya, banyak sangat cerita-ceriti yang masih tersimpan rapi dalam dashboard blog nih. Masih tidak berkesempatan mahu mengapdet. (Lebih-lebih lagik tuan blog baru baek demam yang sangat dahsat! Kate dokte, aku kene demam campak!... makin berkepuk lah cerita yang tertangguh!) Selambat mane pun, aku tetap akan mengabadikannya di itafed.blogspot.com ini! Kire kompilasi lah nih yer...

Tahun baru 2010: Rasanya aku pernah bercerita tentang perjumpaan teman-teman di alam maya pada 2 Januari lalu. Dah makan sebulan dah! Haha... kami sepakat mengadakan gathering yang pertama yang berlangsung di Bowling, Alamanda dan di kediaman Put. Happening gailers! Sampai hari nih masih terasa keseronokan itu. Semuanya pertama kali buat aku. Main bowling, strike dan longkang, potluck with bloggers dan yang paling terharu, sambutan hari lahir / surprise yang pertama kali dalam hidup! Terima kasih buat semua teman dan terutama Encik Suami yang beriya-iya berusaha untuk menghiburkan hati ini. Saya hargai....

Bowling yang pertama buat ummi di Alamanda


Setelah penat berhempas-pulas, ibu-ibu surrender


Acara bowling dah sampai ke penghujung


Supercake untuk Superkids dari Encik Sayang


Menu-meni yang meriah pada hari itu


Put selaku tuan rumah yang pandai membuat kejutan untukku


Tadddaaa... si 'tua' yang di-raikan pada hari itu


Sesi potong kek manja-manja dengan Encik Sayang


Ketika potluck makan-makan berlangsung


Posing paling best dari Supermom


Giliran Superdad pula beraksi


Seterusnya: Ade lagik agenda bersama teman blogger nih. Suatu petang Sabtu, kalau tak silap bertarikh 16 Januari, selepas ke Gedangsa... kami sepakat ke rumah Nabila. Saje nak melepak-lepak melepaskan penat seharian menunggu giliran. Kali nih, tak berapa nak cukup korum... tapi masih meriah! Memang kami dah umpama sebuah keluarga. Adakala rasa seperti lebih erat dari family sendiri. Kerana apa? Kerana kami semua berkongsi rasa yang sama, hati dan perasaan yang sama, kami berkongsi naluri keibu-bapaan yang sama. Inilah 'jodoh' buat kami. Ina selaku tuan rumah, telah bersusah-payah memasak untuk kami menjamu selera! Menunya simple; sambal petai dengan ikan bilis, gulai lemak labu (kegemaran ku, thanx Ina...) dan ikan goreng. Sedap! Serius... nak-nak gulai lemak labu tuh. Tabek lah kat Ina sebab teror masak gulai labu. Den tak gheti! Gheti makan jer... haha! Malam, kami pun berangkat pulang. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai nih. Macam-macam cerita yang keluar! Hahaha... (Mase nih aku tak dapat nak rakamkan sangat detik-detik nih, kamera cap lipanku kehabisan batery!)

Sarra ketika menunggu giliran di rumah Kak Raw. Camni pun leh tido!


Kelihatan Phia ikut langkah Sarra


Mood anakku yang masih okey masa nih :)


Minggu depannya (23 Januari): Selepas selesai urusan di Gedangsa, kali nih Zali yakni babah Aiman pula menjemput kami ke kampung halamannya di Sungai Besar. Menurut Zali, tidak berapa jauh dengan rumah Kak Ro. Tapi, setelah memulakan langkah... maaaak ai! Buleh tahan jauhnya... sebaik aku tido jer dalam kete! Hahaa... Adventure jugak jalan pulang ke kampung Zali nih. Sesekali layan bali kampung orang, syok habis! Plak tuh, kampung Zali penuh dengan kehijauan padi yang sedang masak ranum! Sedar dari tidur, ingatkan dah sampai Kedah! Sekali lagik kami berkumpul, kali nih bermalam di kampung Zali nih. Best... sangat best! Mahu lagik rasanya diulang kembali saat-saat seperti ini. Tapi kene lah tengok jadual kerja dulu. Kene amek cuti weekends, baru ngam ho! Tidaklah terkejar-kejar nanti mahu pulang esoknya. Ape pun, sememangnya berkenalan dengan teman alam maya nih, banyak mengajar kami semua erti kegembiraan, kepayahan dan suka-duka membesarkan anak istimewa, yang dikongsi bersama.

Hijau bumi ciptaanNya


Terpana seketika dengan view ini. Santekkan?


Encik Zali leka memasang jaring


Anak-anak yang seronok bila berkumpul


Hasil tangkapan Encik Zali yang boleh dibanggakan!


Sebelum pulang... Sarra membisik:
"Abi, nanti kite lepak lagik yer"

(Shah, pinjam pic yer...tenkiu)

Begitulah cerita-ceriti ku seawal tahun ini. Memang banyak lagik kenangan bersama mereka-mereka ini yang mahu dipaterikan di sini. Apakan daya, tuan empunya blog ini memanglah sangat lambat mahu mengapdet semua cerita yang ada. Tak kesahlah, asalkan semua memori dapat dirakam di itafed.blogspot khas untuk tatapan anak-anakku nanti. Lebih-lebih lagi Sarra, kerana anak inilah alam maya menjadi penghubung paling erat buat kami semua! Segalanya bermula di sini!

Tuesday, February 02, 2010

:: Sehati Dan Sejiwa...

Touching habis bila ayah cakap nak turun gi tengok mak kat tingkat bawah. Huh... even diriku hanyalah menantu, tapi naluri ku jugak turut sebak! Lebih touching bila ayah cuba nak urut kaki mak!

Huh... tajuk cam romantis jer kan. Tapi apa yang mahu ku rungkaikan adalah berkenaan kedua mentua ku; mak Ton dan ayah Hanip. Mereka kini berada di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana kedua-duanya disahkan demam.

Mulanya ayah yang warded dulu, disusuli mak 3 hari selepas ayah warded. Namun, menurut kata dokte, mak Ton berkemungkinan demam denggi (kini di wad denggi) dan ayah, masih dalam pantauan dan masih belum pasti apakah punca sebenar sakit ayah kali nih. Doa dan harapan anak menantu mak ayah, semoga mak dan ayah kembali sehat, dipayungi Illahi hendaknya. Semoga kesihatan semakin baik dan pulih seperti sedia-kala.

Hmm... memang sehati sejiwa kan mak ayah nih. Sama-sama sihat, sama-sama warded. Kesian, memanglah. Mulanya dua-dua tak mahu ke hospital. Bila anak-anak dah gesa, baru lah ikut. Itupun terpaksa... bestuh, kalau dok rumah... bila mahu sembuhnya? Encik Suomi memang tak keruan pada mulanya. Yelah, sekali gus sampai dua-dua kene tido kat hospital. Nak buat caner? Ini pun dugaan buat abang. Doa-doalah moga mak ayah dapat keluar cepat. Ayah makin sembuh, tapi mak masih dalam pantauan. Kalau benar demam denggi, aduhhhh... risau hati tak keruan jadinya! Semoga mak ayah cepat sembuh! Amin....

** Banyak cerita-ceritiku tertangguh. Nanti lah, tunggu masa yang sesuai. Takziah buat abangku, Zamri dan isterinya di atas pemergiaan ayah mentua abangku itu. Hidup dan mati, sihat dan sakit adalah ketentuan Illahi. Ianya adalah hakiki sejak azali.....

Thursday, January 28, 2010

:: Pertama Kali Jo-en Contest...

Santekkan? Dapat ke tak stuffs ini, tunggu dan lihat ye

Hehe... saja mahu mencuba. Selalu tengok blog kawan-kawan yang rajin join contest, pastuh terpilih sebagai pemenang. Bestkan? Arini, giliran aku pulak nak cuba nasib.

Contestnya kat sini. Pemenang akan dapat barangan deko english style. Menarikkan? Esok adalah tarikh tutup. Andai ade rezeki menang contest nih, akan diberitahu untuk berkongsi kegembiraan. InsyaAllah... (kene rajin tengok blog nih....) da-da....

Thursday, January 21, 2010

:: Gelabah! Nak Nanes...

Nape nih? Tetibe jer cam seram sejuk lak. Adoiii... perut dah mengulas, pantang ade hal yang suspen, mulalah menggelodak perut nih! Gabra tak habis dak Ita nih... fffiiieeeuuhhhh!!!!

Hati hanya mampu berdoa dan berdoa dan berdoa, semoga tempat untuk anakku dan rakan-rakannya masih ada, masih terbuka, masih ada kekosongan untuk mereka 'bersekolah', masih diterima! Semoga anak-anak ini ada sinarnya, sememangnya aku sebagai maknya, mahu yang terbaik buat Alisya.

Ya Allah...permudahkanlah urusan-urusan kami. Kau berilah kami petunjuk jalan yang Engkau rahmati. Amin Yarabbal A'lamin...

Mudah-mudahan 'sekolah' tersebut masih
menerima anak ini. Masihkah ada kekosongan???


** Jiey, serius... Ita jadi gelabah ayam lepas dengar penjelasan Jiey pasal sekolah anak kita. Risau yang teramat nih... risau andai sekolah tuh tak dapat terima anak kita atau antaranya. (sedih nihhh....) Walhal belum tahu lagi keputusannya, dah rase macam-macam. Ya Allah...moga-moga anak kami dapat 'bersekolah'...amin! (ayat pun dah macam hape jer... dah tak tentu arah nih dok memikirkan 'nasib' Sarra. Mengalahkan nak menghantar ke asrama penuh! Nak masuk U pun tak macam nih suspen lah)

Tuesday, January 12, 2010

:: Dia Anakku...

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku...

Ku percaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini...

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Dia anakku... umpama pelangi petang. Apakah dosanya???

Bait-bait lagu ini, terlalu mendalam buatku... bukan ku pinta semua ini. Lebih-lebih lagi untuk suamiku, anakku dan kehidupan ini. Anakku... maafkan ummi atas semua yang kamu lalui hari ini.

Dia anakku... kenapa harus dia dikasari, padahal bukan pintanya untuk jadi begini. Kenapa harus dia disakiti, padahal bukan ini yang dimahunya. Kenapa anakku harus melalui semua ini, padahal tak pernah sekali aku mendoakan semua ini. Kenapa harus anakku menjadi punca segala hal, padahal tidak sesekali dia membebankan. Kenapa harus dia merasa seksa, padahal anakku tidak pinta dilahirkan sebegini. Dia hanya anak kecil yang harus dibelai, dimanja, dikasihi. Dia juga mahu merasai nikmat hidup di muka bumi ini. Dia anakku!!!

Anak ini menyinari hidupku,
memberikan aku kebahagiaan yang ku cari,
walaupun dia hanya 'pinjaman' untukku


Ya Allah, andai hamba-Mu ini tersasar jauh, tunjukkanlah aku jalan yang benar. Tunjukkanlah aku jalan yang Engkau redhai. Redha... ungkapan yang senang difahami, tetapi terlalu perit untuk ditelan. Tidak pernah sekali pun aku menolak dugaan dan takdir Illahi. Tidak sesekali aku ingin menjadi hamba yang kufur lagi lemah imannya. Tidak pernah aku kesali atas apa yang terjadi, apatah lagi mahu mempertikaikannya. Tidak! Bukan ini jalan yang harus aku tujui, bukan ini jalan yang harus aku pilih!

Kata seorang teman kepada ku: Kau kene kuat Ta, harus tabah, persetankan apa orang nak cakap. Orang tak kene, tak tahu macam mana rasanya! Lantaklah orang nak salahkan kau ke, nak cakap kau tak pandai beranak ke. Nih semua dah ditetapkan, kita dah cuba yang terbaik... nak buat macam mana?

Kata seorang kakak: Akak faham perasaan kau dik, akak faham sangat-sangat! Lebih-lebih lagi, kau baru nak bina keluarga. Tiba-tiba Allah beri ujian dapat anak pertama macam nih. Akak faham naluri kau dan Farid nak jadik mak ayah untuk pertama kali ni. Mesti hati tuh teringin nak anak yang sempurna. Tak pelah dik... ada sinar, ada hikmah yang menanti kau dan keluarga esok hari. Tak apa kalau Allah beri anak macam tuh kat dunia, kat akhirat esok... anak inilah yang membantu kau dan Farid!

Kata seorang ibu mertua: Mak faham sangat-sangat perasan Ita dan Ayed. Ye... mak tau macam mana rasa diduga sebegini rupa. Tak salah kalau nak hiburkan hati tu, sebab memang perlu untuk membina semula semangat kita. Mak tau macam mana kusutnya fikiran Ayed dan Ita. Sabar banyak-banyak. Kita tak tahu apa yang Allah rencanakan dan janjikan untuk kita di masa depan nanti. Kita tak tahu ape perjanjian Cica dengan Allah hingga Cica sanggup nak tempuh semua nih kat dunia. Sabar ye Ta... jaga anak baik-baik tau. Amanah Allah tuh.....

Sesekali terngiang-ngiang kat corong telinga nih akan kata-kata ini. Untuk membina semangat, untuk mengubat hati yang duka-lara, untuk merawat kesakitan yang menusuk jiwa! Hari ini aku 'jatuh' lagi... jatuh yang benar-benar menyakitkan! Aku mahu bangun, tidak mahu kalah... semuanya kerana anakku. Jatuh dan bangun... sampai bilakah? Aku tak pasti... lama dah aku tak merasa 'kesakitan' sebegini. Apa pun yang aku lalui hari demi hari, jauh di lubuk hati... aku teramat bersyukur kerana Allah memberi aku peluang untuk merasai nikmat menjadi ibu kepada anakku. Allah beri aku peluang untuk merasai ada janin yang pernah bergerak di rahimku. Aku bersyukur kerana Allah beri aku nikmat merasai dan membelai rambut, kulit, tubuh anak kecil dari benih suami sendiri! Alhamdulillah... aku bersyukur yang teramat. Nauzubillah... tidak pernah aku menyesali akan kehidupan hari ini!